Catatan: Mohd Asri Redha
Satu hari di tahun 2003
Satu tempat di Serdang, Bandar Baharu
SENAMAN MENYIHATKAN OTAK DAN MENYIHATKAN BADAN....
Hanya sekadar cerita-cerita aktiviti saya di Bandar Baharu ini..... tidak ada niat untuk menyinggong mana-mana pihak baik yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia...
Kehidupan manusia setiap hari dengan bekerja, bekerja dan
bekerja kadang-kadang membosankan dan
seringkali menimbulkan ketegangan dan tekanan dalam diri setiap individu.
Sekiranya ini berlaku maka lambat laun produktiviti jabatan akan menurun tanpa
disedari. Menyedari hakikat inilah suatu program telah dirangka oleh Pejabat
Daerah dan Tanah Daerah Bandar Baharu yang dinamakan program XPDC Mesra 2 –
Kembara Permatang Kerat Telunjuk. 
Hasil jawapan
dari tugasan yang diberi telah dibentang dan diperdebatkan oleh semua ahli dan
para fasilitator dan pada akhirnya Tuan Haji Hashim Ismail, Pegawai Daerah
Bandar Baharu telah memberi kesimpulan dari perdebatan itu dan juga matlamat mengadakan program ini. Beliau
memaklumkan bahawa kursus berbentuk kembara seperti ini amat berkesan dalam merangsang
setiap peserta kearah berfikiran fositif , yakin tentang kemampuan diri dan yakin
kita boleh, menyihatkan badan, menjalin semangat kerjasama antara sesama
kakitangan dan juga meningkatkan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Semuanya ini akan memberi kesan yang amat positif
kepada diri sendiri, keluarga dan seterusnya ditempat kerja. Sebab itulah kata
beliau lagi usaha-usaha meningkatkan produktiviti jabatan tidak semestinya
hanya kepada kecanggihan peralatan yang ada tetapi juga kepada diri individu
itu sendiri. Kalau ia berfikiran positif dan berani menerima cabaran, setiap
apa sahaja dugaan pasti sanggup diharungi dan ditempuhi.