Sunday, 9 August 2015

Selamat Tinggal 'New City District'... Walau Kebersamaan Kita Hanya Sesaat

Catatan: Mohd Asri Redha
Tempat: Bandar Baharu...
Tarikh : 04 Ogos 2015

Assalaamualaikum WRT.. kepada semua sahabat-sahabat yang masih membaca blog saya ini...dan selamat malam buat sahabat non muslim yang ramai juga baca blog saya ni...  Terima kasih kerana jengok juga blog ini.. kadang-kadang macam terpaksa juga jengok kerana nak tengok apa cerita walaupun tak ada apa cerita menarik pun.. apa-apa yang saya posting kat blog saya ini selalunya saya 'link' juga dengan FB saya.. jadi bila rakan FB terlihat status saya ada link dengan sesuatu lalu klik kat situ jadi secara automatik dia  akan berpaut pula pada blog saya ini.. jadi tak dapat tidak terbaca juga sikit... kalau rajin.. baca bagi habis.. kalau malas tengok tajuk saja lepas tu lari kelain... macam-macam lah... tapi tak apalah.. saya menulis hanya sekadar kepuasan diri sahaja.. tulis sebagai satu wadah merekodkan segala aktiviti saya..  itu sahaja...

Oklah.. tengok tajuk kali ini, macam tak mau tulis dah.. Ya semasa saya menulis ini saya tidak lagi berjawatan Pegawai Daerah Bandar Baharu dan YDP Majlis Daerah Bandar Baharu... Nampaknya hayat saya bersama dengan Daerah Baharu ini tidak lama .. Saya melapor diri sebagai Pegawai Daerah Bandar Baharu pada tanggal 22 Mac 2015. Jadi jangka hayat saya disini hanya 4 bulan 10 hari  sahaja. Itulah adanya.. Mengulangi sejarah  lama saya bertugas sebagai KPPD (Pembangunan) Bandar Baharu hanya 2 bulan 20 hari sahaja dalam tahun 2003. Lagi singkat tempoh perkhidmatan saya.. Entah apa yang menyebabkan saya ditempatkan dengan begitu singkat sangat. Tapi sebagai seorang pegawai kerajaan, saya terima seadanya setiap arahan yang diberikan... tak kuasa nak tahu apa, kenapa, sebab apa  ditukarkan. Biar orang atasan sahaja yang mengetahuinya... mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku...

Penyerahan tugas sebagai Pegawai Daerah Bandar Baharu
kepada Tu Hj Mohamad Che Nai Penerimaan Tugas sebagai
YDP PBT Tmn Perindustrian Kulim High-Tech dari Tuan
Tn Hj Mohamad Che Nai  telah selamat disempurnakan.
Kebetulan saja pertukaran kami ni macam suka sama suka .
Sekarang ini saya ditukarkan ke Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Kulim High-Tech sebagai Yang DiPertua... berkuatkuasa 02 Ogos 2015.

Hari ini nak cerita fasal perasaan dan pengalaman saya sahaja semasa bertugas di Daerah Bandar Baharu.. Walaupun hanya 4 bulan 10 hari disini, tapi saya banyak mendapat pengalaman-pengalaman  manis semasa bertugas disini... Sesungguhnya saya seronok sekali bertugas di Daerah ini. Daerah yang terlalu jauh dari Alor Setar ini kadang-kadang memang menjadi ingauan ngeri pada setengah orang , memandangkan terpaksa menempoh perjalanan yang jauh untuk sampai ke Serdang, apatah lagi pada yang sudah punya keluarga dan rumah yang tinggal menetap kekal di Sungai Petani atau di Alor Setar. Kalau nak berulang alik ke sana , tentu memenatkan sekali, dan kosnya memang tinggi.. sebab itu ramai yang bila dapat bertukar ke daerah ini,  merasa macam kena denda atau rasa macam kena buang.. Saya harap kalau sapa ada persepsi itu, elok buang jauh-jauh dari hati sanubari. Kalau tidak kita bekerja dalam keadaan tertekan, bekerja dalam keadaan stress dan hanya anggap macam tempat penempatan sementara sahaja. Jika kita membenci apa yang telah ditetapkan kepada kita itu dan  kita terpaksa mengharunginya hari demi hari dalam 'mode' pemikiran yang pasif dan negative. Emosi kita boleh terganggu malahan menjejaskan pandangan kita terhadap kehidupan itu sendiri. Oleh itu kalau ada perasaan dan sikap macam ni. macam mana la kita nak buat kerja dengan seronok dan dapat meningkatkan produktiviti kita.. Betul tak..

Bagi saya, rasa bersyukur sangat dapat bertugas di Daerah Bandar Baharu, apatah lagi disinilah jawatan saya Pegawai Daerah atau DO bermula.. Memang jawatan DO itu ada 'prestige' yang tersendiri dan ada keutamaan dalam kedudukan protocol negeri. Hebat tu.. Kalau pi majlis-majlis rasmi, akan disediakan kerusi atau tempat khas dalam majlis tersebut.  Nak parking kereta pun disediakan tempat khas untuk VIP.. hebat tu...  Kalau dalam daerah itu memang tidak dapat dinafikan akan peranan DO dan duduk tempat tertinggi dalam keutamaan protocol daerah. Jadi pandai-pandai seseorang yang bergelar DO membawa diri menyesuaikan keadaan yang ada. Manakala Jadi Yang DiPertua PBT Tmn Perindustrian Kulim High Tech ni keutamaan protocol kurang sikit.. tapi dia bagi kelebihan lain pula yang jika diberi pilihan pasti ramai yang mau... tak caya.. tanya yang biasa duduk kerusi tu...

Saya bermula sebagai DO di Daerah ini.  Syukurnya.. Dulu-dulu masa belajar di Sekolah Menengah Yan, boleh kata hari-hari saya  melalui kediaman rasmi Pegawai Daerah Yan yang tersergam besar dan indah.. Dalam hati tentu rasa kagum sesiapa yang mendiami rumah tersebut... Tak terbayang langsung nak jadi DO pada waktu itu. Ya laa.. nak terbayang lagu mana, mengaji pun tak pandai manapun... cukup makan saja.. waktu tu kalau dok terfikir pun nak jadi cikgu, askar, posmen atau polis... sebab yang kita dok nampak pun depan mata yang tu aje kat kampong. Sampai waktu saya minta kerja Pegawai Tadbir Negeri pun tak tahu kerja Pegawai Tadbir tu lagu mana. Apa tah lagi nak mohon kerja DO tu buat macam mana.. Sebab tak ada iklan kerja DO... rupanya jadi Pegawai Tadbir Negeri tu boleh menjawat kerja macam-macam ikut gred yang kita ada dan ikut kehendak boss atas juga, kalau dia nak bagi jawatan tu dia bagi, kalau dia tak mau bagi pun boleh juga.. sebab ada Pegawai Tadbir Negeri macam saya tak pernah jadi DO pun ada sampai pencen... begitu adanya.

bagi duit raya pada kanak-kanak.. suka sangat la depa tu
Dah dok biasa bergambar.. tungu apa  lagi ambil gambar laa......
Daerah ini banyak memberi pengajaran dan pengalaman kepada saya. Bertugas di Daerah seperti ini kita lebih banyak berhadapan dengan rakyat secara 'direct'.  Kita lebih banyak belajar tentang denyut nadi hati rakyat..  Itu kata orang-orang politik. Tapi itulah realitinya.. Kita terpaksa berhadapan dengan rakyat yang punya pelbagai keperluan, pelbagai masalah, pelbagai cadangan, pelbagai watak , pelbagai perangai, pelbagai fahaman, pelbagai agama dan sebagainya..  Kena bijak menangani isu-isu rakyat yang sentiasa perlukan bantuan kerajaan dalam segala bidang.. banyak isu-isu sosial yang perlu ditangani dan program-program sosial yang perlu diatur susun dalam menyampaikan segala dasar-dasar kerajaan negeri dan persekutuan. Kawasan seperti ini perlu lebih banyak pembangunan yang sesuai dengan perkembangan semasa.. Masih banyak pembangunan sosial dan fizikal yang perlu difikirkan untuk penduduk disini..

Sudah tentu untuk bergerak elok didaerah, saya tidak boleh bergerak berseorangan.. selain anggota kerja dibawah jabatan saya iaitu Pejabat Daerah , Pejabat Tanah dan Majlis Daerah Bandar Baharu, saya memerlukan kerjasama dengan semua agensi-agensi kerajaan yang beroperasi di daerah ini, pertubuhan-pertubuhan sukarela yang ada, peniaga-peniaga ,  kerjasama dengan kepimpinan tempatan, kerjasama dari YB ADUN Bandar Baharu dan uga YB Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Alhamdulillah sepanjang mengadakan program dan mengikuti program didaerah ini saya mendapat  kerjasama yang padu dari semua pihak. Ini yang membuatkan saya terharu sangat dan rasa terkilan kerana terpaksa meninggalkan daerah ini untuk bertugas ditempat lain pula. Bukan senang untuk menjalinkan hubungan mesra dan baik dengan semua pihak. Kita kena berkorban masa dan tenaga untuk semua itu baru boleh berjaya.. Bila dah ok, kena tukar pula...waduuh.. lepas ini kena mula balik sesuaikan dengan suasana ditempat baru pula.. Saya berharap akan mendapat kerjasama sebaiknya
dari semua pihak ditempat baru nanti seperti yang saya dapat kat Bandar Baharu ini..


YB Dato Sabrina dan suami Datuk Azizan ...sahabat saya tu..
      



Saya tidak mahu cerita panjang apa aktiviti yang saya buat kat Bandar Baharu, kerana semua itu ada saya rekodkan sebahagiannya dalam blog ini. Bolehlah layari posting saya tersebut jika sudi dan ada kelapangan...

Tengahari tadi merupakan aktiviti saya yang terakhir di Bandar Baharu, walaupun saya tidak lagi jadi DO pada waktu ini, tapi program ini saya aturkan bersama anak-anak buah,  lama dah.. tak sangka pula nama saya naik untuk kena tukar... Kita merancang, Allah SWT yang menentukannya.  Sekali dengan buat Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Daerah Bandar Baharu 2015 , anak-anak buah saya buat siap-siap majlis pertukaran saya ini.. Yang ini saya tak atur.. depa yang atur.. Naik segan pula untuk majlis pertukaran yang diaturkan itu.. bukan ada apa jasa sangat. cuma dok rasa .. dalam tempoh yang singkat ini apalah sangat yang boleh saya buat untuk pembangunan di daerah Bandar Baharu ini.. Baru dok merancang-rancang begitu saja... Ingat lepas Raya baru nak masuk gear 3... untuk buat segala aktiviti  dan cadangan-cadangan yang boleh dilaksanakan... Bagi saya tak buat majlis pertukaranpun tak ada masalah sangat.. seganlah nanti urusetia dok fikir nak cari hadiah dan sebgainya kat saya... menyusahkan orang pula..Terlalu singkat sangat dan tak berbaloi nak bagi cenderamata kat saya ini..

Walau bagaimana saya tidak boleh menolak kalau ada orang memberi.. suka sangat-sangat apa yang diberi.. terima kasihlah pada semua yang memberi..  jasa saudara tetap dalam ingatan saya sentiasa.

Cenderamata yang diberi kepada saya.. terharu sangat dengan
pemberian itu semua... dan suka sangat. Terima kasih pada yg
bersusah payah menyediakan itu semua.. Hanya Allah SWT
yang boleh membalasnya........


Kesimpulan saya yang  boleh berikan disini ialah, saya seronok bekerja disini, saya seronok mempunyai ramai kawan-kawan baru yang mesra-mesra belaka, aktiviti disepanjang bulan Ramadhan memang tidak dapat saya lupakan.... pendekata segala-galanya indah-indah belaka, tidak ada suatu yang tidak indah, tidak seronok dan tidak menarik... segalanya membahagiakan belaka.. boleh lagu tu... 4 bulan 10 hari yg penuh dengan kebahagiaan...

Oklah.. saya sudah letih sangat ni.. tadi tengahari Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Daerah Bandar Baharu.. ramai yang datang menjamu selesa, dan majlis berjalan lancar sekali dengan kerjasama semua jabatan-jabatan kerajaan, agensi swasta, ngo dan pemimpin tempatan serta ahli-ahli politik tempatan... terima kasih semua... memang letih sungguh.. kena memandu balik pula lebih 150 km jaraknya.. tapi saya gagah juga taip , menulis cerita spontan saja saya tulis bila teringat... maka inilah jadinya....

Saya mohon kemaafan sepanjang saya bertugas disini, jika ada terkasar bahasa,  tingkah laku yang kurang menyenangkan dan apa-apa sahaja yang membuat orang rasa kecil hati, tak puas hati,  tak suka, terkilan, meluat, marah dan seumpama itu...... saya hanya insan kerdil yang tak punya apa-apa, dan saya bukan maksum... mesti ada salah silap dimana-mana... maka ampunkanlah saya dan keluarga saya...... amat bahagia kalau kita boleh ampunkan sesiapa sahaja yang pernah membuat sesuatu yang tidak elok pada kita.... betul tak..

sebelum berundur dengar dulu lagu kesukaan saya ni yaa...klik saja .. SELAMAT TINGGAL .. BROERY MARANTIKA

Terima kasih dan jumpa lagi.....

Cerita2 Saya masih boleh dikuti  melalui facebook dan blog.. mudah sahaja nak cari.. taip sahaja nama saya .. Mohd Asri Redha kat search diinternet.... keluarlah macam-macam blog saya.. pilihlah mana s nak baca...Saya juga akan 'create' blog baru untuk aktiviti saya di PBT Taman Perindustrian Kulim High- Tech.. Tajuknya tak terfikir lagi...