Sunday, 14 June 2015

AYUH... MARI KITA ASINGKAN SISA-SISA PEPEJAL BUANGAN DARI DAPOR RUMAH KITA .. SELAMATKAN BUMI KITA..

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 13 Jun 2015
Tempat: Pendang Kedah

Assalaamualaikum... WRT.. buat sahabat-sahabat pembaca sekalian.. & Selamat Malam... Semoganya sihat sejahtera semua..

Saya sambung kembali tulisan saya dalam blog ini pada hari ini.. Seminggu dua ni syeh nak menulis tu tiba-tiba sahaja mai dan menjadi pula tu..  Sebelum ini banyak saya bercerita fasal
kebersihan, keindahan, fasal gotong royong dan seumpama itu.. Kali inipun saya masih lagi berminat nak memperkatakan perkara itu dalam catatan saya ini.... So kalau dah meluat tak payah baca..  tapi saya tetap nak menulis juga perkara berkenaan kebersihan ini tanpa jemu-jemu.. Agar ianya menjadi satu budaya untuk semua kaum sehingga memberi kesan yang positif pada persekitaran kita. Kita berangan-angan orang kita menjadi seperti orang Jepun atau Korea dalam hal berkaitan kebersihan ini.. Tak pa kan ambil contoh-contoh seperti itu.. Ada juga contoh-contoh tak baik, tapi sepertimana saya pernah katakan dulu, kita ambil yang baik-baik sahaja.. Yang tak baik tu biar pi kat depa, itu dunia mereka..  Saya tak pasti samada hal berkaitan menjaga alam sekitar dan kebersihan ada berkaitan dengan ugama atau kepercayaan mereka tapi kalau dalam Islam, soal kebersihan memang berkaitan dengan Agama Islam sepertimana Firman Allah SWT dalam Surah Al Taubah ayat 108, dan Surah Ali Imran Ayat 222.. yang membawa maksud 'ALLAH SWT SENTIASA MENYAYANGI MEREKA YANG BERSIH DAN SUKAKAN KEBERSIHAN'. Begitu juga Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, Al Tirmizi dan Ibn Majah ' iaitu 'KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN'.

Jadi kalau ia berkaitan dengan agama dan ada hukum hakam dan ada halal haramnya, maka sepatutnya lebih-lebih lagilah kita Umat Islam perlu mementingkan kebersihan dan mengamalkan kebersihan dalam setiap kehidupan kita. Malangnya itu tidak terjadi pada semua umat Islam, malahan institusi agama seperti masjid dan surau pun tidak menampakkan ciri-ciri kebersihan sepertimana yang dituntut oleh Agama Islam..

Malu kita dengan orang-orang yang bukan berugama Islam. Inilah yang perlu digerakkan dan diketengahkan berterusan.. Manusia sekarang ini kurang sekali nak mendengar ceramah-ceramah berkaitan kebersihan, ceramah-ceramah agama, kuliah-kuliah agama dan sebagainya, terutama anak-anak muda . Banyak sangat pengaruh luaran sehingga sukar anak-anak muda malahan golongan dewasa dan orang tua untuk memberi perhatian pada hal-hal berkaitan pembangunan insan yang menuju kepada insan yang bertakqwa dan prihatin dengan alam sekitar.

Sekitar aktiviti di Majlis Pelancaran di Taman Sri Merbok
CCTV yang dipasang oleh Pengurusan Taman ini diserata
sudut taman telah menyifarkan kejadian  jenayah
di Taman Sri Merbok ini.

Bukan tidak ada ceramah ceramah agama yang dibuat dimasjid dan surau serta ditempat awam.. selalu sangat dibuat. Yang dok pi kaki masjid juga la yang ramai.. yang lain tu hilang entah kemana. Kalau sudah segan sangat nak pergi dengar ceramah agama, kerajaan bawa ceramah agama atau kuliah agama ke rumah melalui media-media elektronik TV, Internet, Radio dan sebagainya.. Ya laa.. mungkin alasan malas nak pi kerana jauh, rimas panas tak selesa dalam masjid atau tempat awam, tiada kenderaan nak pi dan sebagainya. Itu pun masih dok mengelak.. Tengok sahajalah kat rumah, bila ada ceramah atau kuliah ugama dalam TV atau Radio, macam ada orang suruh, automatik tangan sambar control TV ubah channel.. Kan kah sekarang ini ada beratus channel yang boleh ditengok. Sanggup tengok gambar kantonis yang tak faham apa satu tu dari dengar kuliah motivasi atau kuliah ceramah agama. Tak percaya , tengok sendirilah dirumah.. Betul tak..  TV pula waktu tu la dia nak tayang drama-drama box office dia. Macam dirancang pula... Tapi itulah keadaannya... realitinya begitu. Jadi kalau kuliah yang mai kerumah pun tak mau dengar dan lihat, nak dengar tang mana lagi.


Ok hari ini punya cerita... Pagi tadi saya menghadhiri satu program berkaitan Kitar Semula di Taman Sri Merbok, Pendang.. Hari ini hari Sabtu.. Cuti. Tapi bila ada jemputan seperti ini saya akan beri keutamaan, walaupun pada pagi yang sama ada 2 program dijemput iaitu di Kuala Nerang  dan di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah (Program Berbasikal Kayuhan Ceria)

Program di Taman Sri Merbok Daerah Pendang itu berkaitan Program Printis Pengasingan Sisa Pepejal Buangan  Rumah . Program ini sebenarnya berkaitan Pengasingan Sisa Pepejal Di Rumah dimana mulai 01 SEPTEMBER 2015 nanti Kerajaan telah mewajibkan setiap premis wajib mengasingkan sisa pepejal sebelum dibuang masukkan ke dalam tong sampah.Pembahagiannya mengikut Kumpulan seperti berikut:

 Antara sisa pepejal yang perlu diasingkan mengikut kumpulan ialah

1. Kertas,
2. Plastik segala macam

3. Lain-lain : a. Kaca/Seramik . b. Sisa elektronik/barang elektrik kecil, c. Bahan         Fabrik/kasut/getah/kulit, d. Tin aluminium/besi/logam, 

e. Sisa berbahaya,
4. Sisa Pukal .. katil buruk , peti air lama kusyen lama dll seumpamanya
5. Sisa Kebun/Taman .. daun , ranting, pelepah kelapa dll seumpamanya
6. Sisa Makanan/Lampin Pakai buang dll .. yang ini masuk dalam tong sampah setelah bubuh dalam plastik.

Bilangan 1 hingga 5 , yang kecil masukkan dalam plastik dan letak diluar tong.

Jadi program pengasingan sisa pepejal ini sebenarnya banyak manfaatnya dan akan mengurangkan pembuangan sampah ditapak pelupusan yang semakin terhad sekarang ini.

Saya tertarik dengan ucapan dari KP SWCorp yang berkaitan Kempen Jelajah Mata Hati...  Bermaksud kita melihat dengan Mata Hati.. Bukan sekadar  melihat, tapi kena ada  rasa apa-apa. keprihatinan. Malangnya ramai buang sampah, tapi tak rasa apa-apa.. Kita tengok orang buang sampah merata-rata, kita tak rasa apa.. Kita tengok sampah depan mata kita , kita tak rasa apa-apa... Jadi kalau itu memang kita melihat tapi hanya sekadar melihat sahaja tanpa ada perasaan untuk membantu, melaksanakan atau menolong mengurangkan pencemaran sampah disekitar kita.. Kita tidak membantu kearah kesejahtaraan bumi yang bersih, indah, terpelihara dari pencemaran dan seumpama itu.

Saya berharap semoga  semua usaha-usaha ini akan mendapat kerjasama manusia-manusia yang menghuni bumi Malaysia ini, kerana ia amat bermanafaat kepada manusia dan memelihara kestabilan alam sekitar ini. Walaupun apapun program yang dilancar dan sebaik manapun program ini, ianya tidak mungkin berjaya jika rakyat tidak memberi kerjasama kepada usaha-usaha murni ini.. Sikap dan perangai manusia ini memang sukar diubah.. Kerajaan pernah buat kempen ini beberapa tahun yang lalu , tapi ia tidak mencapai kejayaan.. Rakyat masih bersikap  tidak ambil kisah. Mereka masih kekal dengan tabiat lama, campur adukkan ..segala jenis sampah dalam bungkusan atau tong.. Negara-negara maju seperti Eropah, Jepun, Korea, Singapore dan lain-lain telah lama mengamalkan pengasingan bahan buangan sisa pepejal ini, dan telah lama menikmati manfaatnya. Kita di Malaysia masih terkial-kial dengan sikap dan perangai sebahagian kecil rakyatnya yang masih tidak mahu berubah dan memandang enteng sahaja akan program murni seperti itu.. Apa-apapun  sesiapa yang membaca catatan saya ini adalah orang yang terbaik dan prihatin dengan kebersihan.. .. Marilah kita jadikan diri kita contoh yang terbaik dengan mengamalkan pengasingan sisa pepejal buangan rumah.. agar apa yang kita buat ini menjadi contoh kepada jiran-jiran, sahabat-sahabat serta masyarakat sekeliling kita. Itulah yang saya rasa kita mampu buat.. Kita nak paksa orang buat, rasanya tak kesampaian.. Penguatkuasaan undang-undang memang boleh buat, tapi ia tidak akan berkesudahan, kerana kalau penguatkuasa nampak dia ikut la, bila penguatkuasa tak ada , balik asal juga... Larat ka nak jaga dan tengok setiap hari..

Taman yang menjadi tempat pelancaran kempen pengasingan sisa pepejal ini adalah contoh terbaik kepada kita untuk diikuti dan dicontohi.. Seronok sangat saya bila masuk ke Taman ini. Tengok semunya begitu menarik dan indah sekali. Keadaan persekitaran adalah kemas, bersih, longkang bersih, sampah tiada, rumput terpelihara, infrastruktur permainan yang ada terjaga elok dan ada CCTV lag.. Tahniah kepada kepimpinan taman ini yang begitu berjaya dalam mendidik semua penduduk dalam Taman Sri Merbok agar prihatin dengan aspek kebersihan, aspek keselamatan, dan kegiatan-kegiatan sosial penduduk Taman ini. Banyak inovasi yang mereka lakukan. Pemimpin Taman ini telah berjaya mengujudkan suatu suasana keharmonian yang amat unik, kerana Taman ini  didiami oleh pelbagai orang yang berlainan agama, bangsa dan fahaman politik.  Kerjasama yang diberikan oleh ahli adalah amat baik sekali dan setiap aktiviti yang dilaksanakan mendapat kerjasama semua ahli.

Saya rasa di Kedah, inilah satu-satunya Taman Perumahan yang mempunyai Kawalan Keselamatan Kawasan melalui CCTV yang dipasang disetiap sudut taman tersebut. Kos pemasangan CCTV ini adalah hasil sumbangan semua ahli taman tersebut...    hebaat... hebaat...memang hebat.. Taman-taman lain boleh kaa... Nak kutip duit upah Pengawal Keselamatan jaga Taman sendiripun, puas berkelahi...Alangkah bahagianya jika semua Taman Perumahan dapat menuruti jejak seperti Taman Sri Merbok, Pendang ini....  Sekali lagi tahniah saya ucapkan....

Ok.. permisi dulu... saya mahu pergi Ke Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.... dijemput untuk terima Tauliah Pelantikan sebagai Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah ... tak pernah terlibatpun dengan Bulan Sabit Merah ni... tapi atas kapasiti sebagai DO, depa lantik juga untuk daerah.. Tak apalah .. terima sahaja...

Jumpa lagi....


No comments:

Post a Comment