Saturday, 4 July 2015

Perhimpunan Dwi Bulanan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh:23  Jun 2015.


Assalaamualaikum WRT .. buat semua pembaca blog saya ini... Saya berdoa semoga kita semua sentiasa beroleh bahagia apatah lagi dalam bulan Ramadhan ni yang penuh keberkatan..

Hari ini saya berkesempatan mengadakan majlis perhimpunan bersama dengan semua kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu. Saya rasa inilah julung-julung kalinya perhimpunan seperti ini diadakan..

Tujuan saya mengadakan perhimpunan ini ialah sekurang-kurangnya saya dapat menyampaikan amanat saya kepada anak-anak buah saya diketiga-tiga organisasi itu.. Dari situ saya boleh menjelaskan akan beberapa perkara dasar pentadbiran saya, penemuan-penemuan saya dan juga cadangan-cadangan saya untuk kebaikan bersama juga.

Saya terpaksa buat juga walaupun dalam bulan Puasa, masa amat mencemburui saya.. Ada kesempatan, buat terus , tidak boleh tangguh-tangguh nanti berlaga dengan program lain pula.... Inipun sudah tertangguh beberapa kali... Hanya hari ini baru dapat berhimpun semua.

Jadi dibawah ini saya catatkan sedikit sebanyak ucapan saya sebagai Pegawai Daerah Bandar Baharu dan Yang DiPertua Majlis Daerah Bandar Baharu dalam Perhimpunan Dwi Bulan Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu pada 23 Jun 2015 (8.00 pagi) di Pekarangan Pejabat Daerah Bandar Baharu.. Kadang-kadang bila bercakap begitu sahaja ia hilang begitu sahaja selepas beberapa ketika... Bila saya rekodkan macam ini , ada juga boleh buat rujukan .. nanti bila saya ambil tindakan apa-apa tidak boleh ada yang kata tak tahu , atau tak mai majlis tersebut... Saya tak jangka ada anak-anak buah catat apa yang saya cakapkan  itu dan edar kepada semua kakitangan.. tapi tidak mengapa, saya masih mampu untuk menaip balik apa yang saya telah cakap dalam perhimpunan itu sebagai satu contoh bahawa  Cakap Serupa Bikin.. Samada kita mahu atau tidak mahu sahaja..  Bukan masalah besar sangat kalau setakat nak tulis banyak-banyak dan tidak ambil banyak masa pun...  Ok.. Kalau sudi bacalah catatan itu.. kalau tak sudipun.. tak ada sapapun yang paksa ...... saya tulis hanya untuk kebaikan sahaja..... Atur cara ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negara Ku dan Lagu Allah Selamat Sultan serta Bacaan Ikrar Anggota Perkhidmatan Awam. Lama dah rasanya anggota perkhidmatan awam tidak baca ikrar ini. Sekurang2nya bila baca ikrar ini , baru ada kesedaran tentang halatuju sebenarnya kita sebagai penjawat awam... kebanyakannya dah lupa....
...............................................................................................................................................................

Assalaamualaikum WRT... dan Selamat Sejahtera dan Juga Selamat Berpuasa
En Hasbullah.. Ketua Penolong Pegawai Daerah Bandar Baharu , En Izwan .. Penolong Pegawai Daerah Bandar Baharu,  Penghulu-Penghulu Mukim, Pegawai-Pegawai Kanan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Ketua-Ketua Bahagian Majlis Daerah Bandar Baharu, seterusnya tuan2 dan puan2 semua anggota pentadbiran Pejabat Tanah dan Daerah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu..

Saya telah berada disini sejak 10.04. 2015 hingga ke hari ini. Setakat sekarang ini saya belum lagi bertemu secara rasmi dengan semua anggota MDBB dan Pejabat Tanah dan Daerah Bandar Baharu lagi. Memang hajat saya untuk berjumpa dengan semua anggota a jabatan-jabatan ini. Walau bagaimanapun masa amat mencemburui kita .. Masih lagi tidak berkesempatan untuk buat begitu.. Hinggalah hari ini saya dapat bertemu tuan-puan pada hari ini   dan ia menjadi satu perhimpunan yang terbesar juga dan saya rasa julung-julung kali  diadakan sejak sekian lama..

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.

Pengurusan Sumber Manusia

Dalam mana-mana organisasi, sumber manusia adalah salah satu faktor pengeluaran yang paling penting. Manusi ada hati dan perasaan.. Untuk menguruskan sebuah orgnisasi yang besar seperti kita ini amat mencabar sekali. Ia mencabar kerana manusia mempunyai hati dan perasaan. Untuk memastikan sesebuah organisasi itu beroperasi secara lancar, ada aturan dan peraturan yang ditetapkan.... dan sesiapa yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan maka akan berlakulah perkara-perkara salah laku kakitangan , dengan lain kata tidak berdisiplin.

Bagi saya yang masih baru menerajui organisasi ini, saya beranggapan bahawa semua anggota pentadbiran MDBB dan PD & TBB adalah baik-baik belaka, berproduktif belaka dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Kalau boleh saya tidak mahu mendengar sejarah-sejarah lama yang  tidak baik ... Penentuan seseorang itu sama berdisiplin atau tidak berdisipln adalah  dinilai dalam tempoh saya berada di organisasi ini.. Kalau dalam tempoh ini pegawai buat kerja halal balal sahaja , tidak buat kerja, tuang kerja, rasuah dan seumpamanya,  ia perlu dikenakan tindakan tata tertib.
Penggunaan kad perakan waktu adalah wajib.. samada semasa datang dan semasa  balik.. Siapa kita untuk tunjuk hebat seolah pejabat ini macam harta bapak kita... kita ini hanya pegawai Kera jaan sahaja. dibayar gaji bulanan.. Jadi kalau sebelum ini jarang guna , maka sekarang kena guna sepenuhnya. Saya mahu sekurang-kurang anggota kerja perlu bekerja 8 jam setiap hari,. baru berbaloi dengan gaji yang dibayar kepada kita. Kalau lebih tu... Alhamdulillah ia tahu nilai kerja nya itu boleh mendapat pahala sedekah diatas kerjabuatnya itu dengan ikhlas...... Jangan dok kalut nak kira elaun lebih masa , seolah-olah dalam tempoh pukul 8.00 pg hingga 5.00 petang itu kita bekerja sepenuhnya... pada perkiraan saya terlalu sikit yang benar-benar buat kerja produktif sepanjang masa itu. Ada masa kita pergi makan pagi dan makan petang, keluar hantar anak ke sekolah atau tadika atau rumah pengasuh, keluar hantar makanan kat rumah, pi klinik, malahan pergi khenduri, dan segala macam yang tidak berkaitan langsung dengan kerja rasmi yang kita buat dan lakukan dalam waktu kerja. Jadi pandai-pandailah kita gantikan balik masa yang kita gunakan itu.

Semua ketua unit , ketua bahagian, dan ketua jabatan yang terlibat ... adalah menjadi tanggongjawab tuan semua sebagai ketua atau penyelia memainkan peranan yang sebenar sebagai ketua atau penyelia sebab pangkat tuan puan lebih tinggi dari pegawai bawah seliaan tuan puan.. tentunya tanggungjawab lebih besar. Jadi kena jalankan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin , terutama dalam memastikan semua anggota kerja  bawah seliaan tuan puan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Saya tidak mahu mendapat berita ada kalangan anak-anak buah yang tidak pernah datang kerja, tidak pernah punch card, atau guna punch card tidak sempurna dan gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan..atau arahan yang dibuat kepada anak buah tidak dibuat atau tidak dibuat dengan bersungguh-sungguh. Tuan-tuan sebagai ketua perlu mengambil perhatian serious perkara tersebut dan terus mengambil tindakan susulan membetulkan keadaan samada tegoran lisan, tegoran secara bersurat dan sebagainya.. Kalau ini tuan-tuan gagal mengambil tindakan, maka tuan puan juga akan dipersalahkan kerana cuai dalam menjalankan tugas...... Saya harap perkara ini tidak berlaku kepada tuan-tuan.. Jadi laksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan semua anggota kerja ... mulai sekarang yang balok liat sangat tu kenalah bermuhasabah diri dan kembali kepada peranan kita sebenar sebagai seorang pekerja... banyak kerja kita nak kena buat.. sekarang bukan masa lagi nak dok rehat-rehat atau buat lebih kurang....

Tuan dan Puan Sekalian..

Senario Kewangan KErajaan

Dalam menjalankan operasi jabatan kita.. tentunya selain sumber manusia, yang kena ada ialah Kewangan. Banyak sumber kewangan kita perlukan dapat untuk membolehkan organisasi kita berjalan lancar. Perkara ini saya perlu sebutkan kepada tuan-puan. Dengan penjelasan yang sedikit ini sekurang-kurangnya kita menyedari akan kedudukan kewangan organisasi kita.. Ramai dikalangan kita tidak pernah memikirkan dari mana sumber kewangan yang kita perolehi... Apa yang kita fikir ialah setiap bulan kita tahu berapa haribulan kita akan dapat gaji.. Kalau tarikh yang diumumkan itu kita pi jolok kat ATM Machine.. tiba2 duit tak keluar, spontan sahaja berhamburan kata-kata kurang enak dikeluarkan memarahi majikan kita...... tanpa kita tidak pernah mengambil tahu kenapa berlaku demikian. Kita juga jarang bermuhasabah diri melihat diri kita sendiri adakah  selama ini kita bekerja dengan sepenuh keikhlasan dan 100% tumpuan kepada urusan kerja rasmi kita....  apakah sumbangan sebenar kita kepada jabatan... saya bercakap ini bukan untuk saudara saudari semua sahaja, tapi lebih-lebih lagilah kepada saya .

Sebenarnya kalau kita kira balik hasil kita kutip dalam daerah Bandar Baharu ini tak dapat pun menampong perbelanjaan kita di Pejabat Daerah dan Tanah serta Majlis Daerah Bandar Baharu ni. Dengan kata lain kita perlu sumbangan luar dari daerah kita ini.... samada dari Kerajaan Negeri, maupun Kerajaan Persekutuan. Kalau tidak ada bantuan tersebut, kita terpaksa mengurangkan kakitangan kita dan terpaksa mengurangkan kos operasi kita dengan langkah penjimatan yang amat drastik. Tuan-tuan kena sedar dan faham akan situasi ini.. Jangan sangat kita terlalu meminta itu ini. Kalau tidak dapat apa yang diminta janganlah pula kita bertindak diluar batasan yang tidak dijangka. Kita terima seadanya dan mari kita kita tingkatkan produktiviti diri kita dengan sumber yang sedia ada ini.. Masih ada ruang untuk kita meningkatkan produktiviti dan prestasi diri dan jabatan kita kearah yang lebih cemerlang.. Cemerlang tidak semestinya kita perlu duit ringgit yang banyak... Aset yang ada ini sudah memadai.. Pokoknya mahu atau tidak mahu sahaja... Kita tidak boleh lagi mengharapkan sangat akan bantuan dari kerajaan negeri untuk meningkatkan produktiviti kita..... apatah lagi di Majlis Daerah Bandar Baharu..

Saya amat jelas sekali akan kedudukan kewangan kerajaan negeri apabila saya menduduki jawatan sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kedah sebelum datang ke sini.. Saya tahu apa masalah besar yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dari segi Kewangan.. Banyak maklumat-maklumat yang saya ada dan kadang-kadang bila memikirkan itu, boleh gila dibuatnya...  Manakan tidak... kehendak kerajaan, kehendak rakyat amat tinggi... tapi dimanakah kita hendak mencari dana yang mencukupi untuk menampong semua keperluan tersebut. Kos perbelanjaan operasi agensi kerajaan negeri seperti kita ini semakin meningkat setiap tahun... tapi hasilnya tidak meningkat sepertimana kos... sudah tentu ini memberi masalah kepada kerajaan untuk membuat keputusan berkenaan pelbagai permintaan jabatan  dan kerajaan negeri...   tambah sana , sini masalah.. tambah sini,  sana masalah.. macamlah tu keadaannya.  Tahun sudah sahaja Kerajaan Negeri berbelanja melebihi pendapatan melebihi RM60 Juta. .. Besar angka tu.. Nak ambil mana duit untuk bayar perbelanjaan tu,. Kita bukan ada sumber hasil yang lumayan.. hanya mengharapkan sebahagian besarnya  cukai  hasil tanah, cukai hiburan, perlombongan dan galian, royalti hutan dan sedikit sebanyak sumbangan wajib kerajaan persekutuan  dan belas ikhsan dari Kerajaan Persekutuan .. Tak banyak manapun.. Peratusan peningkatan setiap tahun terlalu sedikit berbanding perbelanjaan ... Di mana lagi nak cari duit tu.. memang memeningkan bagi sapa yang duduk ditempat tersebut.. Yang penting setiap bulan setiap anggota kerja mahu gaji ada dalam akaun mereka...

Sebab itu kita tidak boleh sangat mengharapkan sangat Kerajaan Negeri memberi segala kemudahan yang kita perlukan , apatah lagi di Majlis Daerah Bandar Baharu. Kita kena berfikir secara kreatif , aktif dan proaktif bagaimana caranya kita boleh mempertingkatkan hasil jabatan kita disamping memikirkan cara-cara mengurangkan segala macam pembaziran yang berlaku dalam organisasi kita... Saya boleh minta kerajaan negeri mempertimbangkan bajet yang lebih sikit tahun depan jika kita dapat tunjukkan sesuatu peningkatan yang membanggakan  didalam kutipan hasil dalam daerah Bandar Baharu.. tapi bolehkah.. inilah cabaran besar yang kita kena sahut.. kita kena tunjukkan sesuatu bahawa kita boleh....

Jangan jadikan kekurangan kakitangan menjadi alasan untuk kita tidak boleh mencapai kecemerlangan. Jangan jadikan kita kekurangan bajet untuk kita mengurangkan usaha kita bekerja dengan lebih gigih..  Bagi saya aset sumber manusia yang ada ini sudah lebih dari mencukupi.. sesuai lah dengan daerah kita yang tidak sebesar mana.. dan hasilpun tidak sebanyak mana.. Saya dapati masih ada ruang untuk meningkatkan produktiviti anggota kakitangan kita supaya dapat dimaksimakan dengan penstrukturan pembahagian beban kerja yang lebih seimbang dan sepatutnya.

Kerajaan sekarang lebih menumpukan kepada kebajikan anggota yang sedia ada , dan tidak sangat memberi penumpuan pada pengisian jawatan-jawatan kosong yang belum diisi.. disebabkan kekangan kewangan sekarang ini. Sebab itu banyak post-post kenaikan pangkat diisi dengan segera demi kemajuan kerjaya tuan-tuan dan puan-puan semua.. Malangnya bila dah naik gred ada kakitangan yang dok rasa macam gred lama.. buat kerja macam dulu juga, sedangkan beliau sudah bertaraf kanan dan bertaraf penyelia dan ada anak buah dibawahnya... gajipun semakin bertambah,
kuasapun ada sikit sebanyak. Sepatutnya tanggungjawab bertambah, bukan berkurang .. tapi yang berlaku sebaliknya.. Jadi saya berharap  pegawai yang telah naik gred atau naik pangkat kena tengok balik diri sendiri, layakkah kita memegang jawatan gred sekarang ini.. Bila dah naik gred sikit ada yang jadi terlebih boss pula.. segalanya dia minit bagi anak buah dibawahnya buat... selalunya yang dok kena gred 17 la yang menjadi mangsa hingga menimbulkan ketidakpuasan hati pegawai bawahan tersebut ... boss suruh dia,  dia arah anak buah dia buat... kadang-kadang minit mesyuarat pun bagi orang bawah buat sedangkan itu tanggungjawab dia. Sebab itu ada surat dan minit mesyuarat yang ada itu pelik-pelik sikit dan tidak sampai maksud yang sepatutnya.. Saya sampai sekarang ni, tak pernah lagi suruh assistant saya atau sesiapa sahaja tolong buat setiap draf ucapan saya... segala-galanya saya buat sendiri, malahan taippun saya taip sendiri. Macam ucapan saya pagi ini saya buat sendiri, dan taip sendiri...  Tak ada masalahpun.. Begitu juga semasa saya digred 44 , 48 dan 52 pun saya masih lagi buat minit mesyuarat sendiri dan taip sendiri surat-surat yang agak teknikal dan berkepentingan .. tak lah saya suruh kerani buat surat2 begitu sebab saya tahu implikasi sesuatu surat itu... Malahan tuntutan mileage sayapun saya buat sendiri.... sejak kebelakangan ini sahaja saya bagi PA tolong taipkan . Itupun draf saya bagi dulu... Tak ada masalah dan sempat pun.. Sebab itu saya berani mencabar sapa yang kata tak sempat tu... saya nak tengok apa yang dia buat setiap hari...

Bila kita bertaraf penyelia dan kanan sepatutnya kita adalah orang berdisiplin dan berprestasi cemerlang. Kalau tidak berprestasi cemerlang takkan orang nak bagi pangkat pada kita..  Jadi kena bertanggungjawab sepenuhnya dan menjalankan peranan kita sepatutnya.. Dulunya tak banyakpun pangkat-pangkat, tapi kalau orang tengok CC waktu tu bergerun juga .. opis boy dan kerani -kerani tak berani nak melawan.. arahan dia macam arahan bos atasan... begitu hebat kewibawaan CC waktu tu. La ni saya tak tau lah... kadang-kadang anak-anak buah tak buat kerja, tak punch card atau tidak berdisiplin yang berlaku depan matapun nak tegor tak berani.. nak suruh boss no satu juga buat tegoran... Sebab itu saya dapati sekarang ni tahap disiplin agak longgar . Kesan dari inilah kita dapati banyak tegoran-tegoran audit sama ada tegoran pengurusan atau kewangan.. Tegoran tidak punch card, tegoran tidak ambil tindakan pegawai yang tak datang bertugas, tegoran tidak rekod inventori , tegoran belanja tidak ikut prosedur, tegoran lambat daftar hingga terlupa terus daftar terutama di Pejabat Tanah,,, tegoran tidak tulis buku log kenderaan dengan betul dan segala macam benda yang sepatutnya kita sebagai penjawat buat tapi tidak buat.. maknanya  tak ada sapa yang tengok dan tegor dan ambil tindakan berdisiplin terhadap pegawai dan kakitangan yang cuai, tak buat kerja, lepas tangan dan sebagainya. Sebab itu orang-orang seperti ini masih ada lagi sehingga hari ini.

Saya tidak boleh bertolak ansur terhadap isu pelanggaran disiplin yang berlaku.. Jika ada maklumat dan fakta yang lengkap, saya sendiri akan ambil tindakan termasuk jika penyelianya yang tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya... Sudah banyak jabatan yang saya bertugas dan selalunya ada pegawai-pegawai yang culas seperti itu yang telah saya ambil tindakan sehingga ada yang terpaksa dibuang kerja  atau ditamatkan kontrak mereka.

Sebab itu kita selalu dok rasa kita tidak cukup kakitangan sampai tak sempat nak buat.. Sebab ada kakitangan yang tidak buat kerja sepatutnya dan tidak memaksimakan tugas dan tanggungjawab mereka.  Mana-mana tempat saya pergi, bila saya buat sedikit pemantauan dan apa-apa aktiviti yang banyak sikit mulalah mai mengadu tak sempat, tak cukup kakitangan, banyak kerja dan sebagainya... Sebenarnya saya sudah kaji lama dah.. kalau tengok status dan trend pekerja setiap hari, sebenarnya masa itu cukup, kakitangan yang ada lebih dari mencukupi.., jika kita ubah sikit cara bekerja kita....

Do It Now  .. Permudahkan Segala Urusan Pelanggan

Paling mudah ialah kita mengamalkan 'Do It Now'. Buat kerja sekarang juga apa yang diarahkan. Jangan bertangguh jika kita ada masa buat sesuatu benda yang ditugaskan.. Jangan jadikan amalan.. 'tak palah letak kat situ dulu, minggu depan aku buat'... tu yang akhirnya jadi bebanan dan jadi susah segalanya.. Kita ambil contoh mudah sahaja.. kenapa dulu ambil 2 atau 3 minggu malahan lebih dari 4 minggu pun ada bila nak daftar pindah milik tanah.. Tapi dengan pengubahsuaian sedikit cara kerja .. satu jam pun boleh selesai .. tak ada masalah pun.. mau atau tidak mahu sahaja..Saya berkehendakkan biarlah kelambatan jika berlaku bukan dibawah kawalan kita... Kalau dibawah kawalan kita, kena bagi secepat mungkin. Sebagai contoh dari segi pelaksanaan projek atau pembelian apa-apa keperluan... kalau dah ada speks dan kelulusan, keluarkan LO atau Pesanan Kerja dengan segera , kalau boleh hari itu juga.. susah sangat kah nak buat LO tu... jadi biar nanti bila timbul kelewatan projek bukan dibawah kawalan kita.. tapi mungkin dibawah pihak pembekal atau kontraktor... yang jadi lewat ini kerana kita tak buat segera  dan sekarang.. Jadi selepas daripada ini fikirkan lagi apa-apa lagi kerja yang boleh kita segerakan agar orang awam, atau pelanggan kita mendapat perkhidmatan yang memuaskan dari kita hasil dari kecekapan dan kecepatan kita membuat kerja... Bukannya perlu belanja apapun untuk itu.. Pokoknya terletak pada kita... Kita bekerja ikut Mat Lazim... dulu2 macam tu... ikut lah sampai berketurunan...  seolah kita rasa rugi sangat kalau bagi cepat pada pelanggan kita...

Kerajinan dan Tidak Berkira

Saya juga ingin menyentuh tentang hal diri kakitangan yang terlalu sangat berkira fasal kerja. Kita memang berkira seolah-olah nak tolong kawan dan sahabat itu beri bebanan yang teramat sangat. Alangkah bahagianya jika semua anak-anak buah saya rajin-rajin, ringan tulang, tidak berkira, dan ada sikap bantu membantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Dalam hidup bermasyarakat , terutama dalam sesuatu organisasi, kita memerlukan satu sama lain.. Tidak mungkin kita boleh hidup bersendirian. Tidak dapat tidak kita perlu saling memerlukan. Kita jangan anggap kita tidak memerlukan pertolongan sesiapa, dan pada masa yang sama kita angkuh, kerana kita rasa tidak perlu pertolongan sesiapa orang lainpun jangan harap kita nak tolong... waah hebat .. kata-kata tu.. Sebenarnya kita tidak terlepas menolong orang dan ditolong orang.. Ambil contoh mudah sahaja kalau kita cuti sakit atau cuti rehat,  takkan pelanggan nak tunggu kita balik kerja baru boleh operasi yang dibuat berjalan balik, sedangkan kadang-kadang keperluan itu tidaklah terlalu teknikal sangat , hanya sekadar pentadbiran biasa yang orang lain boleh buat walaupun tanpa ketiadaan kita.. Tapi begitulah yang saya nampak dan perhati.. kadang-kadang kerja-kerja yang biasa2 sahaja mengambil masa sampai berhari-hari baru boleh disiapkan kerana menunggu pegawai balik balik bercuti... Apalah salahnya minta tolong rakan sekerja kita yang kita dok tengok hari2, dok melawak hari2, dok berjalan seiring pi makan dikantin dan setiap aktiviti bersama, tapi bila bab kerja ni.. berkira sangat... Pakat-pakatlah kita bantu membantu sama lain.. Janganlah berkira sangat.. Tak terok manapun. Kita juga kena faham, kalau dah orang tolong kita, kitapun janganlah pula buat-buat lupa pula... bila 'time' rakan kita perlukan pertolongan, semawalah diri untuk tolong buat, bukan buat-buat tak tahu sahaja. Banyak aktiviti pejabat memerlukan kerjasama anggota kerja semua. Bila ada 'task force' apa2 operasi, mari kita buat sama-sama bantu rakan kita yang mungkin tidak menang tangan untuk buat sendiri.... rugi kah kita menolong sesama insan macam kita ni... bagi saya amat rasa bahagia kalau saya berjaya tolong orang..  Jangan biarkan pelanggan kita tertunggu-tunggu.. kita kena beri servis yang terbaik kepada pelanggan kita... dengan sedikit keprihatinan kita dan tidak berkira dalam kerja , kita telah membina imej yang amat baik dimata  pelanggan kita.. Itu yang kita mahu kan...Tak payahlah kita nak tunjukkan  kuasa kita yang tak kemana itu... Kuasa yang kita ada kita guna untuk kebaikan, kesenangan  dan keselesaan pelanggan kita.

Saya juga mengharapkan semua kakitangan dapat bekerjasama sesama kita , kalau boleh setiap aktiviti samada dibuat oleh Pejabat Tanah dan Daerah atau Majlis Daerah sama-samalah kita pakat-pakat tolong menolong sesama kita.. sokong menyokong sesama kita. Jangan bersikap mementingkan diri sendiri.. Banyak program-program rasmi yang dianjurkan oleh organisasi kita, jadi pakat-pakat turunlah bantu. Barulah ada nikmatnya kita bekerja.. hubungan mesra dengan sesama insan dalam organisasi kita sebenarnya memberi kebahagiaan kepada kita.

Kebersihan.. Melihat Dengan Mata Hati

Minggu-minggu kebelakangan ini saya kerap tulis dalam blog saya mengenai hal-hal berkaitan dengan gotong royong, hal kebersihan dan keindahan... Banyak yang saya tulis dan luahan rasa isi hati saya yang juga merupakan pandangan dan pendirian saya berkenaan hal KEBERSIHAN.. Bagi yang memahami  dan mengerti, maka ikutlah arus itu.. ikutlah .. bagi yang kurang mengerti dan tak mahu faham.. paksalah diri untuk memahaminya sepanjang masa saya bertugas disini.. ikut sahaja..  saya bukannya bawa untuk keburukan, tapi adalah untuk kebaikan kita semua.. untuk kebaikan jabatan kita, untuk kebaikan kita.. untuk kebaikan pelanggan kita dan untuk kebaikan rakyat di Daerah Bandar Baharu... Tak susah manapun nak ikut... Yang penting kita kena melihat dengan MATA HATI... bukan sekadar melihat, tapi melihat dengan ada perasaan.. selepas melihat ada tindakan yang perlu dibuat..

Dalam organisasi kita ni ada hampir 150 orang anggota.. Macam-macam kita boleh buat dengan jumlah anggota yang sebanyak itu.. Dalam hal kebersihan ini saya amat mengharapkan semua anggota ada kesedaran yang tinggi... Bukan setakat disini sahaja kita mementingkan kebersihan, tapi dirumah, di taman awam, di rumah ibadat, di jalan raya, disungai, didalam hutan dan dimana sahaja kita berada, kita kena ada  kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan menjaga alam sekitar dari dicemari dengan kekotoran buangan manusia ini.

Kita akan buat banyak lagi aktiviti gotong royong membersihkan kawasan... saya tidak mengharapkan sangat orang luar untuk bersama kita, tapi kalau boleh bekerjasama dengan kita itu amat-amat saya hargai dan memang banyak agensi kerajaan dan ngo yang sudi bersama kita dalam program2 yang kita aturkan. Yang pentingnya kita yang kena kehadapan dulu.. Kalau kita sendiri tak turun , macamana kita nak mengharapkan orang lain turun bersama kita.

Tadi saya ada menyebutkan kita melihat dengan MATA HATI... ya macam itulah yang sepatutnya.. Kalau sekadar hanya melihat, tak rasa apa-apa .. maka itulah yang ada pada sebahagian besar dari kita.. kita tengok orang buang sampah, tak rasa apa-apa.. Kita nampak rumput panjang dihalaman rumah dan diluar rumah kita kita tak rasa apa-apa, kita tengok longkang depan rumah kita tersumbat , tidak rasa apa-apa, kita tengok bilik air dirumah kita berlumut kita tidak rasa apa, kita nampak sampah depan mata kita tidak rasa apa-apa, kita tengok lori kita kotor kita tak rasa apa-apa, kita tengok tengok najis kucing kat lantai opis kita tak rasa apa, semua hal yang berkaitan  kekotoran kita tak rasa apa-apa seolah-olah semua itu bukan kerja kita , seolah-olah ada orang lain yang akan buat semua itu.. Sebab itu saya kata, kita melihat .. melihat begitu sahaja..  sepatutnya kita kena ada perasaan. Kena ada rasa keprihatinan dalam hal seperti ini. Kalau kita boleh selesaikan tanpa libatkan orang lain, kita selesaikan. Contoh mudah, kita nampak longkang depan rumah kita (luar pagar rumah kita) rumput panjang atau tersumbat dan boleh selesai kalau sendiri buat, maka buatlah.. Ni tidak, kita sanggup tengok sahaja, dan minta orang lain mai buang seperti E-Idaman. Susah sangatkah nak cuci longkang depan rumah kita... Bagi saya perkataan yang sesuai ialah PENYEGAN saja.. betul tak. banyak lagi contoh-contoh yang saya boleh sebutkan disini. Tapi tak apalah saya biarkan perkara ini dilihat semula dan difikirkan semula oleh saudara saudari semua melihat dengan MATA HATI... Saya mahu semua aset yang dibawah kawalan kita samada aset alih atau tidak alih berada dalam keadaan bersih dan indah segalanya.. Kalau ada nursery.. nursery yang indah dan bersih, kalau ada bangunan .. bangunan yang indah , cantik dan bersih.. dan juga jangan merokok dalam bangunan, kalau ada stor dan bilik-bilik biarlah bilik yang kemas, bersih dan sedap mata memandang,  kalau ada peralatan-peralatan elektik biarlah ia bersih elok, tidak berdaki .. Kalau ada kenderaan kita , biarlah kenderaan yang bersih dan terjaga rapi tidak kira setua mana pun kenderaan itu. Jaga ia bagi elok2 macam harta sendiri. Semua orang kena lihat sekeliling kita apa lagi yang boleh kita perelokkan atau bersihkan.. tanpa ada apa-apa arahan atau suruhan buat itu ini.. Kita nampak sahaja, terus kita buat.. boleh tak begitu.. Bukan perlu belanja apa-apa pun hanya sedikit kerajinan, keprihatinan dan melihat dengan Mata Hati, maka perkara itu kita boleh diselesaikan...  mudah kan...

Pembaziran dan Penjimatan

Dalam urusan harian kita diopis dan diluar opis, banyak perkara yang boleh kita jimatkan jika semua kakitangan prihatin dengan persekitaran kita. Sebenarnya ia berkaitan dengan jimat berbelanja dan jimat mengguna. Melalui pelbagai pendekatan kreatif dan proaktif saudara-saudari semua saya rasa, bajet yang kita ada ini memang lebih dari cukup, malahan boleh dikurangkan lagi. Ini bukan bermaksud bila kita mengurangkan bajet , produktiviti kita semakin berkurang. Bukan itu maksud saya.. Semua orang mengetahui seperti yang telah saya ucapkan tadi bahawa Kerajaan Negeri juga menghadapi kekangan kewangan yang agak kritikal sejak kebelakangan ini. Apa salahnya kita sebagai kakitangan mengambil pendekatan membantu kerajaan negeri mengurangkan perbelanjaan kita dimana perlu. Begitu juga di MDBB, tidak terkecuali..  Terlalu banyak faedahnya jika berjaya melaksanakan langkah-langkah penjimatan yang tidak sesusah mana pun untuk melaksanakan. Bagi saya bila kita melakukan penjimatan bermakna kita telah mengurangkan pembaziran..

Saya telah bertugas dalam banyak jabatan-jabatan dan memang saya nampak banyak sangat berlaku pembaziran, Sedangkan pembaziran itu dapat dikurangkan jika kita semua dapat melihat dengan mata hati..  Mungkin selama ini kita hidup dan bekerja dalam suasana yang amat selesa sekali, sehingga kita terlupa untuk melihat realiti sebenar .  Setiap bulan kita mendapat gaji yang tetap. Tidak ada masalah sepanjang masa kita bekerja .. Sebab itu kita tidak rasa apa-apa.. Segala bil2 dapat dibayar tanpa masalah, sikit ka banyak ka,,, pada akhirnya kerajaan bayar juga. Sebab itu kita tidak rasa apa-apa. Saya boleh beri banyak contoh-contoh yang boleh kita tengok semula, samada itu keperluan sebenarnya atau hanya kerana keseganan kita sahaja menyebabkan kita membiarkan begitu sahaja.  Kita ambil contoh penggunaan tenaga elektrik sahaja . Kos utiliti ini memang tinggi. Setiap bulan berbelas ribu RM kita belanjakan untuk bil elektrik sahaja. Ada banyak pembaziran berlaku dalam penggunaan elektrik seperti membiarkan Alat penghawa dingin terbuka sepanjang masa dalam bilik pegawai, walaupun pegawai itu tidak ada pun seharian kat opis. Saya sendiri tidak membenarkan alat penghawa dingin dibuka selagi saya tidak masuk opis. Bila saya masuk , saya sendiri akan buka.. Jadi lepas ni.. tok sah dok buka awal-awal.. Bagi saya masuk saya buka sendiri, tak terok manapun.. Begitu juga lampu-lampu, ada yang terpasang, tanpa sebab.. sedangkan dah tak ada orang pun kat opis. Saya tidak menggalakkan lampu-lampu dipasang banyak sekali, walau saya ada kat opis waktu malam.. Kalau nak bukapun sekadar boleh nampak tangga saja. Ni saya lihat , lampu terang benderang bersama dengan 'aircond' lagi. Dekat bilik saya saja ada 3 aircond ... kadang-kadang saya jadi tukang tutup.. Jadi saya harap semua pihak kena lihat dengan Mata Hati keadaan persekitaran kita.. Bila nak balik pastikan  segalanya telah ditutup elok. Dekat Pejabat Daerah saya pernah jadi tukang tutup lampu dan 'aircond' dibilik-bilik banyak kali dah.. sebab saya yang terakhir ada kat opis.. Di Pejabat Tanah pun saya pernah beberapa kali masuk tutup lampu dan 'aircond' yang terpasang... sebab saya lihat ada terpasang. Tak sampai hati nak biar ia terpasang begitu sahaja.. Begitu juga kenderaan-kenderaan jabatan. Jangan 'start' awal selagi tak bergerak dok tunggu kakitangan atau pegawai mai naik kenderaan tersebut untuk keluar.. Apa tujuan kita 'start' kita awal-awal.. Kereta-kereta dulu mungkin la kut kena perangat dulu. Kereta sekarang ni tak macam tu dah. Begitu juga yang saya selalu tengok pemandu-pemandu yang bawa kakitangan  atau boss pi mesyuarat.. pemandu duduk dalam kereta dengan pasang enjin dan 'aircond' sekali.. berehat sungguh. Kalau 3 jam mesyuarat , 3 jam lah dia duduk dalam kereta tu... Berapa banyak minyak dibakar begitu sahaja..  Boss pula tak pernah tegor... Kita tak rasa apa kerana kita tak cari duit.... Ini boleh dikatakan berlaku dikebanyakkan jabatan.. ...

Jadi selepas ini saya harap semua orang kena ada rasa ambil berat tentang pejabat kita.. Jangan masing-masing harap mengharap orang lain, kalau perkara itu kita boleh buat sendiri, apa salahnya kita buat atau tolong tutupkan.. Dekat satu pejabat yang saya pernah bertugas , saya bawa alat tukang yang saya ada , untuk tukar kepala paip air yang dan longgar getahnya.. Bila saya tanya pada pekerja yang dok guna air itu, dia kata dah minta CC ganti lama dah, tak sampai-sampai lagi. Tau berapa lama air bocor begitu, dah lebih 2 bulan macam tu... Nak kata kat sapa , nak salah sapa kes2 semacam ini.. Sebab itu saya pi beli kepala paip harga lebih kurang RM8.00 sahaja dan tukar sendiri.. Lepas tu 'claim' balik.. Bagi saya tak ada masalahpun... apa yang susahnya.. Kenapa benda-benda yang sebegitu kecil pun tak boleh nak selesai sedangkan implikasinya besar.. ia menimbulkan pembaziran dan kos yang tinggi.  Masalah kita ialah kita terlalu menyalahkan orang lain..atau mengharapkan orang lain yang selesaikan, kerana itu bukan kerja asasi kita.   Benda sekecil itupun nak ikut prosedur dan tunggu duit mai baru boleh beli. Pengalaman saya di sebuah PBT saya pernah buat semakan mendapati ada kebocoron air berlaku di premis yang disewakan oleh PBT, tapi oleh kerana bil dibayar oleh PBT itu  tanpa persoalan, penyewa tersebut tidak kisah sahaja.. tak ada usaha untuk perbaiki dan kakitangan PBT tersebut yang terlibatpun tidak ada rasa apa-apa bila tengok bil air itu lebih kurang RM7,000 sebulan.. Bukan sikit tu.. dah bertahun dok tolong bayar.. Bila saya nak potong bekalan air, baru semua tersedar dan baru penyewa tu nak membaiki kebocoron dan bayar sendiri bil air tersebut. Benda ini berlaku kerana kita tidak ada rasa apa-apa bila melihat sesuatu yang luar biasa sikit.   Ada lagi kes-kes yang kita bela peniaga-peniaga , terutama dipasar-pasar PBT, sampai pasang peti ais dan segala macam peralatan elektrik  yang banyak menggunakan kuasa elektrik, yang elektriknya dan airnya kita bayar..  Sepatutnya ianya dibayar oleh penyewa tapi kita membiarkan begitu sahaja sejak sekian lama, sehinggalah bila saya buat tegoran baru kelam kabut nak buat meter baru dan sebagainyaaa.. Benda ini bukan perkara baru. Adakah perkara seperti itu nak kena tunggu pegawai atasan juga pi tengok dan buat tegoran... Pegawai dalam PBT banyak ,, dok buat kerja apa... Ini yang saya kata kita terlalu ambil sikap sambil lewa dan tidak serious dalam tanggungjawab yang diamanahkan. Saya belum lagi buat pemantauan menyeluruh akan operasi di MDBB disini, tapi saya harap semua yang terlibat kena teliti semula operasi harian saudara saudari semua agar jangan perkara tidak sepatutnya berlaku kita biarkan begitu sahaja. Jangan pula nanti saya pergi melawat jumpa macam-macam pembaziran yang kita sengaja biarkan berlaku... Ketua-ketua yang bertanggungjawab tentang perkara ini.. Saya beritahu awal perkara ini agar ianya tidak berulang.

Saya amat mengharapkan saudara-saudari semua supaya berfikir sikit akan apa-apa kerja yang dibuat seharian itu.. Kalau rasa pelik sikit, cepat-cepat siasat. Orang awam atau pelanggan kita tidak akan 'complaint' apa-apa kalau ianya tidak merugikan mereka atau lebih-lebih lagilah kalau menguntungkan mereka.

http://www.semangatjatiptks.blogspot.com/2012/02/kenali-bangunan-tempat-anda-bekerja.html

Keselamatan

Satu lagi perkara yang saya perlu sentoh ialah berkenaan Keselamatan Pejabat dan Keselamatan Dokumen-Dokumen.. Sebagai jabatan kerajaan, banyak dokumen2 penting ada dalam pejabat kita terutama di Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Tanah. Pemerhatian saya sepanjang berada disini saya dapat tahap keselamatan amat longgar sekali. Kita harus faham betapa perlunya segala dokumen kita ini dipastikan tersimpan elok. Kelonggaran tahap keselamatan pejabat kita akan memboleh banyak rahsia-rahsia pejabat dibocorkan kepada orang yang tidak sepatutnya.

Keselamatan yang longgar akan memboleh pelbagai penyalahgunaan dokumen  dibuat untuk kepentingan diri sendiri. Ianya membolehkan pihak-pihak yang berkepentingan melakukan sabotaj terhadap aktiviti Pejabat.. Semua ini sebenarnya boleh berlaku bila-bila masa . Bayangkan dokumen buku perkhidmatan kita yang kita letakkan begitu sahaja atas meja tanpa disimpan balik ditempat berkunci, kalau dihilangkan atau diambil oleh yang tidak suka akan kita... Dimana lagi nak cari maklumat perkhidmatan kita... Jenuh cari, sedangkan bila kita nak pencen nanti dokumen itu amat diperlukan.. Sebelum perkara itu terjadi, eloklah sangat diberi perhatian yang lebih demi kepentingan kita juga. Kita ada peraturan dan prosedur dalam hal-hal penyimpanan dokumen, keselamatan pejabat , kawalan keselamatan dan sebagainya...

Pemerhatian saya sendiri mendapati , kadang-kadang ada harinya bilik kebal pun tidak berkunci, pintu pejabat dibiarkan begitu sahaja tanpa dikunci sepatutnya.. Kita tidak boleh terlalu bergantung sangat kepada Pengawal Keselamatan untuk menjaga keselamatan pejabat kita, Mereka adalah orang swasta.. kita pun tidak tahu dengan sapa mereka berkawan dan sebagainya. Mungkin ada orang yang boleh berpakat sesama mereka untuk melakukan perkara-perkara yang kita tidak jangkakan. Bukan bermaksud saya tidak percaya kepada mereka.. Memang mereka bertanggungjawab jika berlaku apa-apa kehilangan dan sebagainya. Tapi kalau yang hilang itu adalah Buku Perkhidmatan atau Geran atau Komputer yang penuh dengan segala maklumat penting, bolehkah ianya diganti oleh syarikat keselamatan tersebut..  Memang tidak boleh.. Jadi kita jangan terlalu ambil mudah sangat akan hal-hal keselamatan ini..

Penggunaan peralatan elektrik juga perlu dipastikan ditutup selepas waktu pejabat, jangan dibiarkan terbuka begitu sahaja yang boleh mengundang kepada kebakaran.. Tapi itu yang saya jumpa ada computer yang tidak ditutup dengan sempurna ... Mesin fotostat dibiarkan begitu saja terbuka dan sebagainya.. Susah sangatkan untuk menutup computer dan mesin-mesin yang ada. Jadi perkara ini seharusnya jangan diamalkan lagi dan kena ambil berat supaya kemungkinan-kemungkinan kebakaran boleh dielakkan. Saya juga mendapati ada kakitangan yang merokok dalam pejabat, walaupun terpampang tanda larangan merokok.. Tak kira la buka tingkap ka atau sebagainya.. Kawasan pejabat adalah kawasan larangan merokok. Jangan kita tunjuk ego kita dengan masih juga merokok dalam pejabat.. Saya harap sesiapa yang buat perangai macam itu ubahlah ... Banyak tempat lagi boleh merokok. Puntung rokok yang ditinggalkan juga boleh mengundang kepada kebakaran.

Baiklah saya rasa sudah banyak  perkara saya perkatakan dalam ucapan sulung saya ini ditengah panas yang semakin terik ini, dalam bulan puasa pula. Saya mohon maaf jika ianya membebankan saudara saudari yang terpaksa berdiri disini mendengar ucapan saya dan jika ada kata-kata dalam ucapan saya ini telah menyinggong hati dan perasaan saudara saudari semua. Niat saya tidak lain dan tidak bukan hanya sekadar untuk mempastikan organisasi ini berjalan lancar, beroperasi dengan baik, dan pada akhirnya pelanggan kita akan mendapat kepuasan dari perkhidmatan kita yang terbaik.

Marilah kita sama-sama bekerja dengan sepenuh hati dan penuh keikhlasan agar apa yang kita buat ini mendapat keredzaan Allah SWT.. yang mana pada akhirnya setiap kerja buat kita akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Sekian, saya sudahi dengan ucapan Wabillahitaufikwalhidayah wassalaamualaikum warahmatullahhiwabarakaatuh...

Terima Kasih.

MOHD ASRI REDHA B. ABDUL RAHMAN
Pegawai Daerah Bandar Baharu
YDP Majlis Daerah Bandar Baharu

No comments:

Post a Comment