Friday 10 April 2015

Nostalgia Daerah Kecil Jerlun

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 05.04.2015
Tempat: Air Hitam, Daerah Kecil Jerlun

Assalamualaikum WRT... Malam ni panas benar...  Mungkin tengah malam nanti nak hujan kot.. Cuaca sekarang ni pelik benar.. sat panas benar sat turun hujan pula.. Kadang terlalu lebat, kadang hanya sekadar lalu sapu begitu saja... Mungkin alam sekitar yang semakin tercemar dan terganggu tabiat semulajadinya menyebabkan semua fenomena ini berlaku... Susah untuk dibuat ramalan yang tepat oleh Jabatan Kaji Cuaca disebabkan fenomena yang tidak menentu...

Malam ini saya ada sedikit bahan untuk pagut butir-butir keyboard ini untuk menjadikan tulisan yang boleh difahami.... Ya cerita fasal Majlis Perasmian Pejabat Daerah Kecil Jerlun oleh YAB Dato Seri Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah pada hari ini...

Perasmian Pejabat Daerah Kecil Jerlun
oleh Menteri Besar Kedah DA.. YAB
Dato' Seri Mukhriz Mahathir.....
Saya nak kena tulis juga sebagai meluahkan rasa hati, memandangkan
saya mempunyai pertalian dengan Daerah Kecil Jerlun ini walaupun saya teliti dalam ucapan DO atau MB atau dalam buku cenderamata, perkara yang lalu tidak disebutkan... Mungkin  tidak mahu diingatkan sejarah lama. Tapi saya yang pernah bertugas di situ pada tahun 2004 dan 2006 tentunya peristiwa itu ti

Sebenarnya Pejabat Daerah Kecil Jerlun ini telah pernah dibuka pada tahun 2004. Pada waktu itu saya adalah pegawai yang diarahkan oleh Kerajaan Negeri untuk menguruskan pelaksanaan perjalanan Pejabat Daerah Kecil Jerlun ini.. Sebenarnya ada dua lagi daerah kecil  telah dirancang dan dilaksanakan iaitu Daerah Kecil Merbok Saya dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Daerah Kecil Jerlun... Iaitu saya kena bertugas diDaerah Kecil Jerlun yang kawasannya meliputi keluasan 31,174.73 hektar dan dibahagikan kepada 10 Mukim..dengan 162 kampong.  Luas juga kawasan Daerah Kecil Jerlun. Selama 2 tahun saya bertungkus lumus di Pejabat Daerah Kecil Jerlun melaksanakan kerja sosial, pembangunan, keselamatan dan ekonomi rakyat. Banyak program telah saya aturkan didaerah kecil ini yang memberi manafaat kepada penduduk tempatan walaupun menghadapi kekangan kewangan dan sumber manusia. Jadi waktu itu saya sebenarnya sudah jadi DO kecil..

Semuanya ada saya rekodkan agar ianya menjadi sejarah bila terjadinya Daerah sebenar  nanti... Segalanya berjalan lancar... Namun langit tidak selalu cerah.. Peralihan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Kedah telah merubah  segalanya... Keutamaan sudah menjadi tidak utama lagi... perlahan-lahan Pejabat yang baru mula bernafas ini telah ditinggalkan dan akhirnya ianya ditutup terus.... Begitulah adanya... banyak dah belanja waktu itu .. hancur lebur menjadi debu... Pejabat Daerah Kecil Merbok juga mendapat nasib yang sama. Di Pejabat Daerah Kecil Kuala Ketil juga terima kesannya walaupun terkini saya difahamkan MD Baling buat cawangannya disitu.

Hinggalah pada hari ini Pejabat Daerah Kecil Jerlun telah dibuka semula dengan rasminya oleh YAB Dato Seri Mukhriz Mahathir.. Menteri Besar Kedah DA..... Dengan kapasiti Dato' Seri Mukhriz sebagai  Menteri Besar dan juga sebagai ADUN Air Hitam, sudah tentu beliau mahukan kawasannya juga dimajukan sewajarnya kerana selama ini sudah ketinggalan jauh berbanding dengan sebelah Jitra , walaupun berada dalam daerah yang sama... Hasrat mula dulu diujudkan Pejabat Daerah Kecil ini ialah begitulah iaitu untuk mempercepatkan pembangunan dikawasan Jerlun ini.

Saya berharap pembukaan semula Pejabat  Daerah Kecil Jerlun ini akan memberikan kesan yang lebih baik kepada pembangunan dikawasan Jerlun ini. Dan saya juga mengharapkan ianya akan berterusan sampai bila-bila..

Terima Kasih... Jumpa lagi..

Gambar-gambar dibawah ini ialah Gambar Tahun 2004 ... di Air Hitam Jerlun











No comments:

Post a Comment