Catatan: Mohd Asri Redha
Tempat: Dewan KEDA, Relau, Daerah Bandar Baharu
Assalaamualaikum WRT.. buat pembaca blog saya ini. Kita masih lagi dalam bulan Ramadhan... dah sampai penghujungnya.. banyak tugas perlu kita laksanakan. Puasa bukan penghalang, kerja tetap diteruskan seperti biasa malahan kena lebih bersemangat lagi.. Setiap pahala dari kerja ikhlas yang kita buat ini akan dilipatgandakan lagi oleh Allah SWT. Itu janji Allah SWT kepada kita... Dalam masa yang sama, ibadat pun kena ditingkatkan sebanyak mungkin mengambil keberkatan Bulan Ramadhan yang penuh segala kebaikan.....
Di bawah ini hanya catatan ucapan saya dalam Majlis tersebut sekadar coretan-coretan nak
panjang catatan saya ni saja dan rekod saya aje.
Assalaamualaikum WRT.. dan Selamat Sejahtera,
Terima Kasih Saudara Pengacara Majlis
YB Dato Hj Abdul Aziz b. Sheikh Fadzhir
Ahli Parlimen Kulim Bandar
Baharu
YB Dato Norsabrina bt.Mohamad Nor ADUN Bandar Baharu.. Ahli MMK Negeri Kedah
Ybhg. Dato' Hj Mohd Arpan, Pengurus Besar KEDA
Barisan Kepimpinan UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu
Ketua-Ketua Jabatan Daerah
Penghulu-Penghulu Mukim
Pengerusi-Pengerusi JKKK Kulim dan Bandar Baharu
Setiausaha-Setiausaha JKKK Kulim dan Bandar Baharu
seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang amat dimuliakan oleh
Allah SWT sekalian
Terlebih saya mengalukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
dalam majlis pada kali ini.. Iaitu Majlis Penyampaian Elaun Pengerusi dan
Setiausaha JKKK Daerah Bandar Baharu dan Kulim.. Macam kebetulan pula ya
diaturkan penyampaian elaun pada waktu ini.. amat sesuai sangat-sangat
memandangkan kita akan menyambut kedatangan Hari Raya Eidul Fitri tidak
beberapa hari sahaja lagi. .. Begitu cepat masa berlaku... sedar tak sedar kita
sudah menghampiri ke penghujung Ramadhan Al Mubarak ini..
Begitu lah perjalanan masa.... ia begitu ganas.. ia berlalu
tidak mengira apa.. tidak ada sapa yang boleh menghalangnnya, samada untuk
dipercepatkan, diperlambatkan atau diberhentikan.. Jadi dengan masa yang kita
masih ada ini marilah kita pergunakan sepenuhnya untuk kerja- kerja ibadat kita
dan juga kerja2 amal kita dengan penuh rasa keikhlasan dan penuh rasa
bertanggungjawab. Kita tidak boleh menunggu dan menanti lagi untuk semua itu..
masa tidak menunggu kita.. belum tentu
besok hari kita ada harapan lagi... mungkin hari ini adalah hari terakhir kita
untuk menyedut udara ciptaan Allah ini... jadi tuan-tuan dan puan-puan sekalian dibulan Ramadhan yang amat berkat ini
marilah kita pakat sama-sama termasuk saya untuk bermuhasabah diri dan menilai
kembali akan kerja buat kita sama apa yang kita buat ini diterima oleh Allah
SWT diakhirat nanti.
Dato2, Tuan2 dan Puan2 sekalian
Saya tak mahulah bercakap panjang kerana sebelum inipun saya
pernah bercakap dalam majlis yang seumpama ini di Kulim.. jadi saya berharap
tuan2 dan puan sebagai Pengerusi dan Setiausaha JKKK yang diberi amanah oleh
Kerajaan untuk menjalankan tanggungjawab
yang ditetapkan, dapatlah kiranya melaksanakan tanggungjawab tersebut
dengan sebaik mungkin.
Tuan-tuan diberi pula Elaun Khas untuk melaksanakan
tanggungjawab tersebut. Kalau kita tidak melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan itu, bermakna bayaran elaun yang tuan terima itu tidak sepatutnya
diterima. Kalau diterima juga kita tahulah apa hukumnya. Tak buat kerja tapi
kita dapat upah.. Berat tu tuan-tuan dan puan-puan.
Banyak peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh
Tuan2 dan Puan2. Saya tak mahulah nak cerita lagi apa tanggungjawab itu kerana
tuan2 dan Puan2 juga sudah lama jadi pemimpin tempatan dan taklimat pun telah
diberi kepada tuan2 dan puan2 sekalian. Cuma sekarang ini terletak kepada tuan2
semua untuk nak buat atau tak buat sahaja.
Sehubungan sudah berjumpa dengan tuan2 dan puan2 pada hari
ini, saya di pentadbiran daerah amat memerlukan banyak maklumat-maklumat
terutama berkenaan dengan keperluan pembangunan fizikal kampong tuan2 dan juga
maklumat berkenaan penduduk-penduduk yang ketinggalan dalam arus pembangunan
iaitu penduduk yang tidak berkemampuan.
Maklumat ini amat diperlukan oleh Pentadbiran Daerah kerana
kita tidak tahu bila maklumat ini dikehendaki oleh pihak atasan tapi kita kena
bersedia dengan maklumat yang lengkap berkenaan perkara tesebut.
Memang tuan-tuan ada yang menyediakan maklumat tersebut tapi
seeloknya berilah lebih terperinci.. contohnya kalau kg itu perlukan sebuah
jalan kampong yang baru, kenalah beri
alasan-alasan yang kukuh, bilangan penduduk yang memerlukan, panjang jalan yang
diperlukan, tandatangan kebenaran pemilik tanah , gambar2 yang bersesuaian.. Bila ini ada
barulah mudah diperingkat Penghulu dan daerah nak buat keutamaan yang mana nak
diangkat dahulu, jika diminta oleh pihak atasan. .. Jadi biar lengkap dan orang
yang prosespun suka tengok cara permohonan itu dan mudah untuk dipertimbangkan
oleh pihak atasan.
Begitu juga dengan orang-orang yang kurang berkemampuan..
Data-data ini kena ada .. Kenalah cari seluruh cerok pelusuk kampong dibawah kawalan tuan-tuan.. Jangan bagi ada
yang tertinggal walaupun seorangp. Bantu mereka untuk kita daftarkan dalam
senarai E-Kasih jika mereka benar-benar layak dan tergolong dalam kalangan
termiskin, miskin dan mudah miskin.
Sekarang ini sebarang penyaluran bantuan
untuk golongan kurang berkemampuan kena melalui rekod daftar E Kasih.
Bila nak sokong daftar dalam E Kasih tu pula, tuan puan
kenalah juga tengok betul-betul.. Saya tak mahu sepertimana yang saya hadiri
Mesyuarat Fokus Group Peringkat Negeri Kedah baru-baru2 ini. Mesyuarat Focus
Group adalah mesyuarat untuk membincangkan pengesahan penduduk masuk daftar dalam
E Kasih dan membincangkan penyaluran bantuan-bantuan yang perlu diberi kepada
mereka yang direkodkan dalam E-Kasih. Di satu Daerah dalam negeri kita juga...
ada ditunjukkan pemohon yang memohon untuk dimasukkan dalam rekod E-Kasih..
keadaan rumahnya. .. kami pakat-pakat dok gelak bila tengok rumah.. mungkin
rumah tuan2 dan puan2 tak sebaik rumah pemohon ni.. dengan rumah batu bercat
elok ada bilik air bermarmar lagi, ada kitchen kabinet serta dihadapan rumah
ada kereta lagi... banyak kes ditunjukkan bila pembanci-pembanci datang buat
siasatan susulan.. Tak rasa malu ka … masih terasa nak masuk mohon bantuan yang
dikhususkan untuk kumpulan sasaran yang tidak berkemampuan.. tapi itu hakikat
yang berlaku.. dan ada contoh.. Saya harap di Bandar Baharu atau Kulim, tak ada
kot yang semacam itu.. Kita kena ikhlas dan jujur dalam membuat penilaian dan
sokongan.. Jangan kerana ia rakan-rakan kita, adik beradik kita, satu dan
sebagainya, kita sokong sahaja.
Jadi tolong cari … jangan ada tertinggal.. jangan nanti TV3
pula atau orang media terjumpa orang dhaif dalam kampong
kita.. papar dalam mana-mana media yang tidak pernah dapat apa-apa bantuan dan tak ada sapa datang
tengok... satu dunia tahu. Kita nak letak muka tang mana, kalau ianya berlaku di Kg tuan-tuan
puan sekalian. dalam daerah saya jaga pula, dan dalam kawasan YB pula.. Nampak sangat yang kita ni macam tak buat kerja...
Satu perkara lagi saya masih lagi menunggu beberapa JKKK yang masih lagi belum
menghantarkan kepada saya profil kampong masing-masing. Ini merupakan satu
tanggungjawab dan arahan yang wajib kena buat.. Bukan lagi ikut suka kita, nak buat tak pa, tak buat pun tak pa.. Ini dianggap
tugas rasmi.. senang cerita. .. jadi tolong buat dan bagilah lengkap .. dan diberi penambahbaikan berterusan dan dikemaskini sentiasa.
Begitu juga dengan mesyuarat JKKK.. Ini juga merupakan salah
satu tugas rasmi yang wajib dibuat oleh tuan2 dan puan2.. kalau tak buat yang
ini bukan JKKK la namanya. Kena buat tuan-tuan. Dalam mesyuarat seperti inilah
baru lah boleh dirancang apa program yang hendak dibuat dalam kampong
masing-masing.. banyak program boleh dirancang seperti dekat nak raya ni..
Perhimpunan Anak Muda Pulang Ke Kampong, Majlis Berbuka Puasa , Majlis Hari
Raya, Majlis Forum Perdana , Kelas Tuisyen, Program Ekonomi, Program Pembasmian
Kemiskinan, Pendaftaran Orang Miskin,
Program Pembangunan Fizikal, Program Sosial, dan segala macam program boleh
dibincangkan dan diaturkan. Tapi Kalau tak buat mesyuarat . . nak bincang apa dan nak buat
apa.. Jadi buatlah tuan-tuan puan2 sekalian. Anak-anak buah kita dok tunggu bila nak buat mesyuarat.. depa pun banyak idea juga.
Apatah lagi punya nak bagi buat mesyuarat berjalan lancar, kerajaan bagi
elaun mesyuarat lagi untuk semua AJK dan duit belanja mesyuarat pun dibagi...
Beza sungguh dengan JKK dulu-dulu.. Nak apa lagi tuan-tuan dan puan-puan..
Saya
ada rekod sapa JKKK yang dah buat mesyuarat cukup lengkap , ada yang buat tak
cukup haul, ada yang tak buat langsung.. Saya bercadang bersama dengan KEDA
selepas ini untuk pamerkan semua JKKK yang ada
dan kita tunjukkan satu-persatu sapa yang buat mesyuarat ikut time, JKKK
mana yang buat mesyuarat tak cukup time, JKK mana yang tak buat mesyuarat
langsung.. Bukan untuk memalukan sesiapa tetapi sebagai sebagai satu maklumat
umum yang patut diketahui oleh semua kerana ia bukan rahsia. Jadi tidak ada
masalah untuk kita pamerkan maklumat tersebut. Jadi saya berharap selepas ini
bermesyuarat lah dengan anak-anak buah yang telah dilantik sebagai AJK untuk
merencanakan pelbagai program yang boleh membawa manfaat kepada penduduk
kampong tuan-tuan.
Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana dapat
hadhir dalam majlis ini, terutama yang datang dari Kulim... Jauh juga tu.. Dan saya mohon ampun dan maaf jika
sepanjang ucapan saya ini ada perkataan yang terkasar bahasa dan menyinggong
hati dan perasaan.. Tidak ada niat-niat apa-apa yang sebaliknya, hanya sekadar untuk memastikan supaya JKKK Daerah kita ini menjadi JKKK yang aktif, proaktif, dan disegani. Saya juga mengucapkan
berbanyak terima kasih yang semua pihak yang menjayakan program ini,
terutama KEDA yang merupakan urusetia yang bertungkus lumus menjayakan majlis
ini dan berusaha menyediakan elaun ini dapat diberikan sebelum hari raya ini.
Sekian terima kasih dan tak terlalu awal saya ucapkan Selamat
Menyambut Hari Raya Eidul Fitri , Maaf Zahir Dan Batin………
No comments:
Post a Comment