TERJALIN KEMESRAAN, MENCABAR KETABAHAN
DAN KESABARAN , TERPANCAR KEKUATAN, DAN KREATIVITI
SERTA PROAKTIF TERHASIL MELALUI XPDC MESRA 2 KEMBARA PERMATANG KERAT TELUNJUK
Serdang, Bandar Baharu :
Tarikh: 15.03.2003
Catatan : Mohd Asri Redha

Program ini
telah disusun sebegitu rupa yang merangkumi program berjalan kaki mendaki Bukit
Pisang dan Bukit 80 relong yang jaraknya lebih kurang 3 KM hingga ke puncaknya.
Di samping itu setiap kakitangan yang
berjumlah lebih kurang 50 orang telah dipecahkan kepada 4 kumpulan dan setiap
kumpulan diketuai seorang ketua kumpulan.
Tugasan telah
diberikan oleh urusetia kepada setiap peserta untuk diselesaikan oleh mereka
semasa dalam perjalanan ke puncak bukit tersebut. Tugasan yang diberi ini
mencabar daya keintelekan dan daya
kreativiti setiap peserta dan terpaksa bersatu hati dan pendapat untuk mendapat
jawapan yang memuaskan.
Amat menakjubkan
sekali semua peserta telah berjaya sampai ke puncak dengan selamat dan
mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang disusun oleh urusetia.

Puncak Bukit 80
Relong adalah suatu tempat yang begitu nyaman dengan deruan anginnya yang
dingin membalut setiap kulit peserta membikin suasana yang begitu selisa kepada
setiap peserta ditambah dengan pemandangan cantik dari atas bukit dengan
keaslian flora dan faunanya. Ini mengajar peserta erti keindahan alam
semulajadi dan wajar dikekalkan suasana
seperti itu sampai bila-bila.

Pejabat Daerah Bandar Baharu
No comments:
Post a Comment