Friday, 27 March 2015

NOSTALGIA 2013 DI NEW CITY

Catatan: Mohd Asri Redha
Satu hari di tahun 2003 
Satu tempat di Serdang, Bandar Baharu

SENAMAN MENYIHATKAN OTAK  DAN MENYIHATKAN BADAN....















NOSTALGIA 2013 DI NEW CITY: Kembara Permatang Kerat Telunjuk..

TERJALIN KEMESRAAN, MENCABAR KETABAHAN DAN KESABARAN , TERPANCAR KEKUATAN,  DAN KREATIVITI SERTA PROAKTIF TERHASIL MELALUI XPDC MESRA 2 KEMBARA PERMATANG KERAT TELUNJUK


Serdang, Bandar Baharu : 
Tarikh: 15.03.2003
Catatan : Mohd Asri Redha

Kehidupan manusia setiap hari dengan bekerja, bekerja dan bekerja  kadang-kadang membosankan dan seringkali menimbulkan ketegangan dan tekanan dalam diri setiap individu. Sekiranya ini berlaku maka lambat laun produktiviti jabatan akan menurun tanpa disedari. Menyedari hakikat inilah suatu program telah dirangka oleh Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Bandar Baharu yang dinamakan program XPDC Mesra 2 – Kembara Permatang Kerat Telunjuk.

Program ini telah disusun sebegitu rupa yang merangkumi program berjalan kaki mendaki Bukit Pisang dan Bukit 80 relong yang jaraknya lebih kurang 3 KM hingga ke puncaknya. Di samping itu setiap kakitangan  yang berjumlah lebih kurang 50 orang telah dipecahkan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diketuai seorang ketua kumpulan.

Tugasan telah diberikan oleh urusetia kepada setiap peserta untuk diselesaikan oleh mereka semasa dalam perjalanan ke puncak bukit tersebut. Tugasan yang diberi ini mencabar daya keintelekan  dan daya kreativiti setiap peserta dan terpaksa bersatu hati dan pendapat untuk mendapat jawapan yang memuaskan.

Amat menakjubkan sekali semua peserta telah berjaya sampai ke puncak dengan selamat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang disusun oleh urusetia.










Puncak Bukit 80 Relong adalah suatu tempat yang begitu nyaman dengan deruan anginnya yang dingin membalut setiap kulit peserta membikin suasana yang begitu selisa kepada setiap peserta ditambah dengan pemandangan cantik dari atas bukit dengan keaslian flora dan faunanya. Ini mengajar peserta erti keindahan alam semulajadi  dan wajar dikekalkan suasana seperti itu sampai bila-bila.


Hasil jawapan dari tugasan yang diberi telah dibentang dan diperdebatkan oleh semua ahli dan para fasilitator dan pada akhirnya Tuan Haji Hashim Ismail, Pegawai Daerah Bandar Baharu telah memberi kesimpulan dari perdebatan itu dan juga  matlamat mengadakan program ini. Beliau memaklumkan bahawa kursus berbentuk kembara  seperti ini amat berkesan dalam merangsang setiap peserta kearah berfikiran fositif , yakin tentang kemampuan diri dan yakin kita boleh, menyihatkan badan, menjalin semangat kerjasama antara sesama kakitangan dan juga meningkatkan rasa kasih sayang antara satu sama lain.  Semuanya ini akan memberi kesan yang amat positif kepada diri sendiri, keluarga dan seterusnya ditempat kerja. Sebab itulah kata beliau lagi usaha-usaha meningkatkan produktiviti jabatan tidak semestinya hanya kepada kecanggihan peralatan yang ada tetapi juga kepada diri individu itu sendiri. Kalau ia berfikiran positif dan berani menerima cabaran, setiap apa sahaja dugaan pasti sanggup diharungi dan ditempuhi.

Pejabat Daerah Bandar Baharu