Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Friday, 10 July 2015

SYUKUR NIKMAT ALLAH SWT... MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 04 Julai 2015
Tempat: Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Bandar Baharu


Salam sejahtera dan selamat berpuasa.. masih bertahan lagi dengan puasa yang semakin menghampiri penghujungnya... Alhamdulillah.. Tidak ada rasa kekesalan bagi umat Islam menghadapi dugaan Allah dalam bulan Ramadhan malahan, kedatangannya ditunggu-tunggu bagi yang mengerti. Sayu rasanya bila Ramadhan Al Mubarak ini semakin sampai ke penghujungnya.. Apakah Ramadhan yang akan datang, diri ini masih ada lagi didunia ini, tiada siapa yang mengetahuinya, hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.. Kalau begitu Ramadhan kali ini kita gunakan sepenuhnya .
untuk beribadat dimana yang boleh, kerana setiap ibadat dan kerja baik kita akan dilipat gandakan pahala dan ganjarannya oleh Allah SWT....

Ok.. kali ini saya nak cerita berkenaan aktiviti jabatan sahaja.. Ketiga-tiga jabatan saya telah bergabung tenaga mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama dengan Pemimpin-Pemimpin Tempatan, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Puspanita, NGO dan lain-lain lagi . Majlis ini diadakan pada 04 Julai 2015,, diperkarangan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Bandar Baharu. Inilah julung-julung kalinya majlis ini di sini, dan sambutannya memang menggalakkan.

Biasa la bila mengadakan majlis berbuka puasa, tentunya nak makan-makan sambil beramah mesra dengan semua kakitangan, dengan orang-orang politik, dengan Yang Berhormat kawasan, dengan ketua-ketua jabatan dan semuanya.. Seronok juga boleh bersantai-santai seperti ini sekali sekala....

Saya amat berterima kasih kepada YB Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu dan YB ADUN Bandar Baharu yang seringkali memberi kerjasama yang erat bersama dengan pentadbiran daerah dalam menyalurkan sumbangan untuk program-program sosial seperti ini.. Begitu juga dengan jabatan-jabatan yang tidak kurang banyak membantu menjayakan majlis ini.

Itu yang kita hendak sebenarnya, hubungan silaturrahim sesama insan itu amat perlu diujudkan. Melalui cara ini barulah keharmonian dapat dicapai. Dimana-mana tempat dan keadaan,  keharmonian  dan kesejahteraan sesama insan iu amat perlu diberi perhatian. Melalui cara inilah sahaja yang dapat membahagiakan semua orang.  Selalu saya ketengahkan fasal bahagia ini, kerana untuk apa kita hidup didunia ini jika tidak bahagia.. Kerana hubungan yang tidak baik sesama insan membikin diri dalam keadaan 'tension', sakit hati, geram, cemburu, marah, meluat, dan perkataan yang seumpama itu... kalau kita ada perkara-perkara seperti itu  dalam diri kita , jangan harap boleh hidup bahagia didunia yang hanya sementara itu. Hubungan baik sesama jiran boleh dijalin jika kita berjaya mengenepikan perkara-perkara tersebut.

Program majlis diisi dengan tazkirah dari Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu, ucapan saya, ucapan dari YB ADUN Bandar Baharu dan juga Majlis Tahlil.. serta penyampaian cenderamata / duit raya kepada semua kakitangan  yang hadhir.   Majlis Berbuka Puasa di sediakan juadah enak termasuk kambing panggang dan buah-buahan enak dari pokok kawasan kediaman rasmi DO sendiri..

Jumpa lagi dalam catatan lain pula...








Friday, 3 July 2015

Tahniah.... APC 2015 .. Kecemerlangan Bertambah

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh:  28 Jun 2015 Ahad
Tempat: Dewan Seri Negeri, Wisma Darulaman Alor Setar

Hari ini saya hadhir ke Majlis Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Negeri  Kedah 2015 di Wisma Darulaman. Seperti mana sebelum ini Kerajaan Negeri telah mengadakan Majlis ini dengan menjemput semua penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan  Cemerlang yang terdiri kakitangan Kerajaan Negeri Kedah.. Ramai yang terima. Daripada 4537 kakitangan tetap kerajaan negeri seramai 361 orang telah menerima anugerah tersebut. Mengiringi anugerah tersebut ialah hadiah RM1000.00 untuk setiap penerima APC itu.. Lega la depa dekat-dekat nak raya ni dapat anugerah tu..

Ramai juga penerima-penerima itu terdiri dari bekas-bekas anak-anak buah saya dulu semasa saya bertugas  di Pentadbiran Tanah, Pentadbiran Daerah dan di Pejabat SUK.. Tahniah saya ucapkan kepada mereka semua. Gembira sangat tengok depa dapat anugerah tersebut.. Kawan-kawan KCS pun ada yang dapat anugerah APC tersebut... Satu pengikhtirafan kepada mereka untuk terus berbakti kepada Kerajaan Negeri Kedah dengan lebih cemerlang.

Sebagai Ketua Jabatan saya kena hadhir majlis ini sebagai satu tanda sokongan kepada anak-anak buah saya yang menerima anugerah tersebut.. Untuk Pejabat Tanah dan Daerah Bandar Baharu, 4 orang kakitangan telah dianugerah APC tersebut. Mereka ialah Pn Siti Hajar Bt Azizan.. Pembantu Tadbir , Mohd Zainol b. Abu .. Pembantu Operasi, Muhammad Hazrul Zulmi b Zulkifli .. Pen Pegawai Tanah dan Mohd Fakhrurrazi b. Hashim..  Pembantu Awam H11. Saya mengucapkan tahniah kepada mereka semua atas kejayaan tersebut. Jadikan APC ini sebagai satu dorongan untuk berusaha dengan lebih gigih lagi dan lebih cemerlang lagi.  Jangan pula nanti bila tahun-tahun ke hadapan tak dapat anugerah dah , prestasi semakin menurun..

Ok.. jumpa lagi.. dalam tulisan lainnya.











Thursday, 25 June 2015

Bantuan Segala Macam .. Bahagianya Hidup Di Negeri Ku iNi

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 22 Jun 2015
Tempat: Masjid Al Khairiah, Mk Sg  Batu, Daerah Bandar Baharu

Assalaamualaikum.. WRT ... Buat sahabat-sahabat ku yang amat mulia disisi Allah SWT.. dan Selamat Berpuasa... Saya baru saja balik dari Masjid Al Khairiah, Mk Sungai Batu , Daerah Bandar Baharu.. Tadi baru sahaja berlangsung Majlis Berbuka Puasa Bersama Pembesar Negeri Kedah dan Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Guru Quran Sukarela, Para Pengendali Jenazah seperti Tukang Mandi Mayat dan Penggali Kubur dan juga Bidan-Bidan Kampong bagi Seluruh Daerah Bandar Baharu. Majlis tersebut diadakan di Masjid tersebut dan berjalan dengan santai-santai saja.

Bertuahnya negeri kita ini. Dalam keadaan sebahagian kecil negara-negara luar yang masih terkial-kial dalam membangunkan ekonomi negara mereka disebabkan keadaan negara yang tidak aman, kita masih dapat duduk dalam keadaan yang amat selesa sekali dan membangunkan ekonomi negara dalam keadaan yang aman makmur, tanpa apa-apa gangguan keamanan.

Sebab itu kadang-kadang oleh kerana kita tidak pernah diduga dengan peristiwa-peristiwa kecelaruan keselamatan dan kecelaruan ekonomi negara yang tidak berkesudahan, maka kita lupa akan nikmat keamanan itu.. Kita leka dengan kemewahan kita dan kita leka dengan kesenangan. Sebab itu kadang-kadang tingkah laku dan perbuatan sebahagian kecil rakyat kita banyak menjurus kepada hendak melingkupkan negara kita ini.. Mengadakan demonstrasi sana sini, fitnah sana sini, terlibat ajaran songsang, permainan politik yang keterlaluan, gejala-gejala sosial ciptaan anak-anak muda dan seumpama itu adalah merupakan asas-asas kepada keruntuhan kepada sesebuah tamaddun bangsa dan negara. Pakat-pakat lah kita semua mengekalkan perpaduan sesama kita tidak mengira bangsa, agama, suku, negeri dan sebagainya agar kekuatan negara kekal abadi dan keamanan negara sentiasa berterusan.

Ehh.. kenapa banyak sangat saya melalut ni bercakap berkenaan keamanan negara ini.. Moral ceritanya ialah kalau negara kita tidak aman, macam manalah kerajaan boleh memberi segala bantuan kepada rakyatnyaa. Kalau segala asset negara dikerah hanya untuk hal-hal berkaitan keselamatan sahaja, mana mungkin kerajaan nak tumpu sepenuhnya kepada program-program sosial dan ekonomi dengan sebaik mungkin. Tak mungkin perkara itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Tak mungkin majlis penyampaian bantuan pada hari ini dapat dilaksanakan kalau agensi tidak dapat menjana keuntungan hasil kegiatan ekonomi yang bercelaru ini.. Kerana keamananlah menyebabkan semua rakyat dapat melaksanakan aktiviti ekonomi dengan sebebas-bebasnya tanpa ada rasa takut dan tanpa ada rasa tidak selamat.. Jadi amatlah bertuahlah kita
semua dapat berada dalam negara ini.

Maka dapatlah kerajaan memberi bantuan yang bukan sedikit belanjanya. Di Daerah Bandar Baharu ini sahaja seramai lebih 440 orang telah diberikan bantuan kewangan tersebut. Saya difahamkan lebih dari RM2 Juta dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Kedah untuk diagih kepada para Bidan Kampong, Guru Quran Sukarela, Tok Mudim dan Ahli Pengendali Jenazah seluruh negeri Kedah.

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan ini disempurnakan oleh YB Dato' Hj Mohamad Rawi, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir ialah YB Dato' Norsabrina Mohd Nor , Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang juga ADUN Bandar Baharu.. Pegawai Kanan Jabatan Daerah Bandar Baharu, Kepimpinan Politik tempatan dan lain-lain lagi.  Dalam majlis ini juga
Tazkirah Khas berkaitan 'Rahmat Ramadhan'  oleh Ustaz Rohaizat Jaafar , Imam Masjid AL Fateh, Serdang telah diberikan kepada para hadirin yang hadhir.

YB Dato' Hj Mohamad  Rawi dalam ucapannya  telah menyingkap kembali tentang isu Pendatang Rohingya ke Kedah. Punca mereka lari dari negara mereka adalah kerana mereka tidak selamat lagi berada dinegara mereka disebabkan berlaku segala macam diskriminasi bangsa dan agama, penderaan sosial dan perkauman,  berlaku ketidakamanan dinegara tersebut dan segala macam isu kemiskinan..  Jadi beliau minta supaya rakyat bersyukur sangat2 dengan negara kita yang tercinta Kalau tidak, tidak mustahil rakyat negara ini juga akan menjadi seperti apa yang berlaku kepada orang Rohingya tersebut.

Oklah ya.. dah lewat benar ni.. saya mau tidur ni.. nanti nak kena bangkit sahor pula.. Kalau bangkit awal sikit boleh juga buat Sembahyang Tahajjud.. Bulan Ramadhan adalah paling terbaik kita mulakan balik sembahyang malam ini.. kalau yang lama tertinggal. . Kalau dok buat selalu .. Alhamdulillah.. tentunya sudah mendapat nikmatnya walau didunia ini. Sembahyang Tahajjud adalah sembahyang yang amat dituntut oleh agama, kerana amat besar faedahnya bagi yang mengerti.. Tengah malam nanti nak pi mengendap halaman kediaman rasmi DO , kerana waktu-waktu tu kawaq suka masuk curi buah durian yang dah mula luruh.. Bulan puasa iblis dirantai, tapi ada juga manusia-manusia yang sanggup mencuri dalam bulan-bulan puasa ni... rasanya separuh dari buah durian dalam kawasan kediaman rasmi DO Bandar Baharu habis kat depa sahaja...  Larat ka nak tunggu hari-hari..

Terima kasih kepada yang semua anak buah yang menjayakan program tadi, jabatan-jabatan, YIK, Pejabat YB Wakil Rakyat, NGO dan semuanya yang terlibat baik secara langsung dan tidak langsung. Tanpa kerjasama semua mana mungkin majlis yang diadakan ini boleh berjalan lancar.. Terima kasih sekali lagi..

Ok.. Selamat Malam, dan Selamat Sejahtera semua... sebelum tidur tu niat puasa dulu ya.. Saya sayang anda semua..

Al Fatihah.. aamiin.



Thursday, 18 June 2015

MenYambut RamadHan ....

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 16 Jun 2015
Tempat: Tepian Tasik Serdang 2, Bandar Baharu


Sama-sama berganding bahu menyediakan juadah
makan tengahari
Assalaamualaikum WRT.. Buat sahabat-sahabat saya dan anak-anak buah saya sekalian. Saya doakan semuanya sihat walafiat..

Sempena menyambut kedatangan bulan yang mulia , Bulan Ramadhan dan sekali gus semua umat Islam akan mula berpuasa, Kelab Kebajikan Majlis Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Ramadhan 2015/1436H telah diadakan di Tepian Tasik Serdang 2.

Majlis ini sekadar mengujudkan tali silaturahim sesama kakitangan disamping mengadakan majlis tahlil untuk ahli-ahli keluarga yang telah meninggal dunia.. Dalam majlis ini diadakan jamuan tengahari dan penyampaian kotak buah kurma kepada semua anggota Majlis Daerah Bandar Baharu.

Tahniah kepada urusetia yang berjaya mengadakan majlis ini.  Saya berdoa sepanjang bulan puasa ni kita semua diberi sebanyak mungkin pahala oleh Allah SWT. Al Fatihah.. aamiin  

SELAMAT BERPUASA....




Monday, 15 June 2015

Kita Berdialog Untuk Kebaikan Bukan Untuk Mengutuk: Dialog Science & ICT For Action

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 15 Jun 2015

Assalaamualaikum WRT... dan selamat malam semua.. Malam ini terniat pula nak tulis satu rencana yang berkaitan dengan program yang saya hadiri pagi tadi.. Malam ni kita sembang-sembang fasal ICT dan SCience.. Tapi selalunya topik seperti ini ramai tidak berminat.. ya laa.. agak teknikal sikit.. Tapi tak teknikal pun.. tajuk saja yang lebih-lebih..

Saya hidup dalam dunia kehidupan yang boleh dipisahkan dengan nyata dimana pada satu bahagian saya hidup dalam dunia yang serba kekurangan dan pada satu bahagian lagi saya hidup dalam dunia teknologi yang pelbagai macam.. Bila ini berlaku pada saya dan saya masih ingat akan peristiwa dibahagian awal kehidupan saya , sudah tentu saya boleh nampak perbedaan yang begitu nyata. Kita boleh buat perbandingan yang jelas sekali... antara dua dunia yang berbeda sama sekali... Nasib baiklah saya tidak anti kepada IT pada waktu permulaan perkembangan ICT dalam kehidupan seharian kita.  Kalau saya anti kepada teknologi ini , tentu saya rasa jadi buta IT terus.. Ramai juga sahabat yang lebih berumur dari saya yang tak berapa nak reti menggunakan pelbagai aplikasi yang canggih dalam dunia internet. Tapi oleh kerana mereka mampu, telefon mereka memang canggih . .Smart Phone lagi.. Malangnya aplikasi yang ada dalam telefon itu tidak digunakan sepenuhnya.. Telefon yang teramat canggih itu hanya digunakan untuk Telefon, SMS dan juga berinternet secara biasa.. Itu bagus jua kalau pemiliknya buat langganan broadband. Ada setengah tu sampai ke sut tak langgan Broadband yang banyai ditawar kan oleh Syarikat Penyedia Perkhidmatan,  Tapi bagi saya Alhamdulillah... walaupun saya tidak mempunyai ilmu yang mendalam berkenaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini, tapi minat yang tiba-tiba membuat saya berusaha belajar secara basic bersendirian.. Al Hamdulillah sedikit sebanyak saya dapatlah juga mengikuti perkembangan2 terkini dalam teknologi komputer, gajet-gajet elektronik, dan juga komunikasi yang  canggih...  Ok panjang pula intronya

Bagi saya teknologi komunikasi moden perlu dipelajari oleh semua orang tidak kira tua atau muda.. Jangan jadikan tua sebagai alasan untuk kita tidak menggunakan teknologi yang semakin berkembang setiap tahun itu. Apabila ada aktiviti promosi ICT dan Science diadakan di Daerah Bandar Baharu ini walaupun dikampong, saya suka sangat untuk mengambil bahagian sama.. Cumanya bagi Daerah Bandar Baharu ini yang agak jauh di Selatan Negeri Kedah, infrastruktur berkenaan komunikasi  ini agak kurang diberi perhatian.. Masih banyak lagi tempat-tempat di dalam Daerah Bandar Baharu ini tidak mempunyai liputan broadband yang luas dan laju. Kalau adapun tidak laju.. Kalau tidak laju macam mana pula rakyat  nak guna gajet atau smartphone untuk menimba ilmu dari internet dan memudahkan urusan harian  menggunakan kemudahan internet.


Inisiatif dari YB ADUN Bandar Baharu yang mengadakan Dialog  Science & ICT For Action di Kg Cherok Meranti, Sg Batu  adalah langkah yang amat baik. Melalui majlis ini dapatlah penduduk kampong mengenengahkan isu-isu dan masalah berkaitan infrastruktur komunikasi dan internet. Semua penyedia perkhidmatan  komunikasi seperti TM, DiGi, Celcom dan SKMM telah hadir dalam dialog tersebut..Begitu juga beberapa jabatan daerah seperti PDRM, MDBB, Penerangan telah hadir dalam majlis ini.  Melalui cara ini pihak Syarikat Penyedia Perkhidmatan dan SKMM boleh melihat dan mendengar sendiri luahan rasa dan perasaan orang-orang kampong yang juga dahagakan komunikasi yang canggih dan berkesan.. Mereka juga tidak harus ketinggalan dalam arus telekomunikasi canggih dan teknologi yang amat diperlukan.

Semua JKKK berdekatan dijemput dalam majlis ini iaitu dari Kg Sg Batu , Kg Sg Buluh, Kg Sg Kasai, Kg. Rantau Panjang, Kg. Sg Taka, Kg Sg Pasir dan Kg Kenangan. Banyak masalah dan cadangan disuarakan oleh penduduk kampong berkenaan untuk diteliti dan dikaji oleh pihak penyedia perkhidmatan dan SKMM. SKMM sendiri nampaknya memberi harapan yang agak positif dalam beberapa isu yang dibangkitkan. Isu-isu keselamatan dan infrastruktur fizikal juga dibangkitkan dan direkodkan untuk tindakan susulan jabatan-jabatan dimana yang bersesuaian.

Sekiranya talian dan komunikasi internet lebih baik dengan kelajuan yang berpatutan barulah orang-orang kampong boleh menggunakan telefon pintar mereka itu dengan lebih hebat lagi , disamping dapat menggunakan komputer untuk melayari internet. Selama ini sebahagian besar penduduk kampong dan warga emas dikampong hanya menggunakan fungsi tradisional seperti membuat panggilan dan menjawab panggilan, selain menaip khidmat pesanan ringkas SMS. Mereka tidak dapat memanafaatkan sepenuhnya kecanggihan telefon pintar yang ada dan dimiliki. Di dalam telefon pintar mengandungi pelbagai aplikasi seperti aplikasi peta, pencarian lokasi, pencarian segala jenis maklumat, , informasi dan kalendar yang sepatutnya dapat membantu memudahkan segala urusan harian mereka. Orang-orang kampong sekarang ini sudah mampu untuk memiliki telefon pintar , namun begitu ianya memerlukan infrastruktur komunikasi yang elok dan berkelajuan tinggi untuk membolehkan mereka melayari internet dan berkomunikasi tanpa masalah.. Saya berdoa agar pihak-pihak yang bertanggung jawab seperti SKMM dan Syarikat Penyedia Broadband melakukan sesuatu dengan segera agar seluruh kawasan Daerah Bandar Baharu diliputi sepenuhnya dengan kemudahan perhubungan digital yang lebih baik dan sempurna.

Oklah,, elok saya tamatkan cerita tadi disini sahaja. Sebenarnya saya amat berminat untuk menulis berkenaan  ICT canggih ni dan bagaimana ianya boleh memberi kemudahan yang begitu meluas dalam menjalani kehidupan seharian. Hanya yang biasa mengunakannya baru tahu betapa mudahnya urusan harian dapat diselesaikan hanya dengan mengadap komputer atau menggunakan smartphone yang ada... memang hebat dan memang amat memudahkan... Saya sudah banyak mendapat manfaatnya dari penggunaan teknologi komunikasi dan internet yang canggih ini.. nanti saya cuba cari bahan dulu dan akan tulis nanti..

Ok Permisi dulu.. Alfatihah.. aamiin.

Thursday, 11 June 2015

AMALAN MENGHARGAI KEBERSIHAN ITU BERMULA DARI RUMAH .. AYuH JanGan Malu KutiP SamPaH

Tarikh: 07.06.2015
Catatan : Mohd Asri Redha
Tempat.: Dataran Tasek Serdang


TanaM Pokok.. YB ADUN
pun tanam juga...  
Assalaamualaikum WRT.. sahabat ku sekalian.. nampaknya saya boleh meneruskan lagi catatan blog saya petang nii..  kali terakhir saya hentikan tulisan dalam blog sejak seminggu lalu.. sebenarnya banyak bahan untuk saya tuliskan melihat kepada peristiwa dan berita terkini yang berlaku sejak kebelakangan ini.. Tapi tidak banyak ruang waktu untuk saya menulis.. tahu kah saudara semua.. dalam satu hari kalau saya berulang alik dari Alor Setar ke Serdang Bandar Baharu dan balik, masa yang saya ambil lebih kurang 4 jam.. Ya 4 jam dalam satu hari tu habis atas jalan raya sahaja... memandu lebih kurang 300 km .. jauh tu... Sebab itu kalau tidak ada apa-apa urusan rasmi di Alor Setar, saya tak akan balik Alor Setar.. Saya tidor di Serdang sahaja.. Jangan tanyala tidor dimana.. dimana-mana pun boleh.... tapi ada saya kutip bahan dan maklumat2 untuk cerita-cerita akan datang.. jadi kita tulis la pelan-pelan noo... samada orang nak baca atau tidak , terpulanglah.. yang penting saya puas dengan apa yang saya buat.... dan tak kacau sapa-sapa...

Pagi tadi  anak-anak buah saya di Majlis Daerah Bandar Baharu telah menyusun ator Program Gotong Royong Perdana di sekitar Tasik Serdang.... Tasik ni memang cantik dan amat menarik pemandangannya.. Selalu saya sebut disinilah satu-satu Pekan yang ada 2 tasik yang sedia ada yang boleh dijadikan tarikan pelancong, tempat riadah , tempat beristirehat, tempat beribadah dan segala perkara baik-baik boleh dilakukan di tepian tasik ini... Sebab itu saya tegaskan supaya kebersihan perlu dijaga rapi disekitar kawasan ini.. Bagi saya kita tidak perlu berbelanja besar untuk menjadikan sesuatu tempat itu menarik dan nyaman... hanya amalan kebersihan berterusan akan menampakkan sesuatu tempat itu menarik.. MDBB adalah sebuah PBT yang paling kecil dikalangan PBT yang ada di Kedah . Sumber kewangannya juga adalah amat terhad sekali.. Namun begitu saya menegaskan dalam hal kecantikan dan keindahan... tidak perlu berbelanja besar... kalau  ada lanskap yang indah dan besar-besar sekalipun tapi tempat itu tidak terjaga dan kotor , sudah tentu tidak ada maknanya..

Orang kita suka sangat kalau nak bagi cantik kena buat bangunan besar-besar dan indah-indah .. tetapi jarang sangat kita beri perhatian kepada aspek-aspek kebersihan sekitar kita...  Pergilah kemana-mana tempat peranginan, terutama ditempat yang tidak ada jagaan secara tetap, kotor dan rosak sana sini disebabkan perbuatan manusia yang tidak berakal.. Sampah dibuang merata-rata , walaupun kadang kala tong sampah ada didepan mata.. Tempat-tempat peranginan semula jadi seperti diair terjun, sungai-sungai , dan hutan-hutan lipor .. boleh dikatakan 'trend'nya sama sahaja dari segi pembuangan sampah oleh manusia yang menggunakan tempat-tempat peranginan.. segala sudut ada pelbagai macam sisa makanan dan lampin pakai buang ditinggalkan dicelah-celah pokok selepas habis sahaja mereka berkelah. Depa ingat lepas ni ada orang kutip kut .. Atau depa ingat depa tidak akan datang lagi dan kut ke tempat peranginan ini..

BerucaP
Kalau semua orang fikir macam tu, buatlah apa apapun, yang pasti masalah kekotoran dan tidak bersih tidak akan ada penyelesaiannya. Kenapa la berat sangat untuk buang bahan-bahan buangan yang tidak digunakan kedalam tempat yang dikhususkan atau sekurang-kurangnnya bawa balik sampah-sampah tu kerumah dan buang dalam tong sampah rumah yang ada. Kadang-kadang orang yang sama juga paling kuat 'complaint' kepada PBT dan jabatan-jabatan fasal penyelenggaraan yang kurang, fasal kebersihan yang tidak diambil berat dan sebagainya... Begitulah manusia adanya. Asyik menyalahkan orang sahaja sedangkan diri sendiri tidak mahu berubah juga.

Oklah panjang pula 'intro'nya.. Memang fasal bab kebersihan ini saya memang semangat sikit nak menulis... macam-macam boleh saya tulis... tu yang melalut-lalut sikit..


MemeSiN RumPuT
BeramaH MesrA
Ok lah bila nak buat 'Gotong Royong Perdana'   tentu kena besar sikit dan dijemput ramai jabatan dan penduduk sekitar untuk berganding bahu melaksanakan tanggungjawab yang amat murni ini... Namapun PERDANA, Tapi begitu lah keadaannya bila tiba hari Pelaksanaan Gotong Royong Perdana tu.. tak ramai manapun yang datang.. Trend inipun saya rasa sama sahaja dimana-mana tempat bila diadakan gotong royong bab-bab kebersihan ni... patutlah pun kempen segala macam oleh Kementerian, PBT dan segala agensi kerajaan pada akhirnya tidak tercapai hasrat untuk memberi kesedaran menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia betapa penting menjaga alam sekitar kita dan membersihkan sekitar kawasan kita..... kerana semua ini pada akhirnya untuk kepentingan kehidupan kita yang lebih selesa juga... Tapi tidak juga jadi begitu.... masalah sikap juga memainkan peranan dalam hal ini.....
MengangkuT
MengutiP
Kata orang , boss boleh la bercakap saja, lepas bersyarah perasmian,  pekena jamuan, sembang-sembang lepas tu balik. Kerja-kerja gotong royong bagi anak buah buat.. Yang ni saya tidak boleh terima, Saya bukan orang macam itu. Apa yang kita cakap itu yang kita kota... kita pakat sama-sama turun ke padang, sama-sama mengutip sampah yang dibuang oleh manusia-manusia yang memang kurang ajar tu.. Kadang-kadang tu boss segan juga nak turun kutip sampah dan sebagainya. Bukan setakat boss pegawai-pegawai pun rasa malu nak kutip sampah dan cuci longkang. Bagi saya nak malu apa, bukannya terok mana pun... benda-benda seperti itu dok buat selalu dah.. apa yang peliknya kan... lagipun sepagi tu memang diluangkan masa untuk kerja gotong royong. Jadi gunakan masa itu untuk buat kerja gotong royong mengutip sampah, mengecat ka, tanam pokok ka, mesin rumput ka dan sebagainya....  bagi saya ini juga merupakan satu senaman yang amat menyihatkan.. Keluar peloh bercerau... lencon baju yang dipakai.. puas rasanya...  Sebab itu bila ada orang ambil gambar saya dok kutip sampah dan bawa masuk dalam FB , ramai dok puji dan sebagainya seolah-olah macam sebelum ini, tak ada orang atau pegawai atasan buat kerja macam tu...  saya pun naik seriau semacam.. takut orang kata dok menunjuk-nunjuk pula.... harap2 jangan dok tuduh macam tu kat saya.... Karektar saya dah macam tu nak buat lagu mana..  Lebih baik terimanya sebagai positif...

Kalau kita ingat buat kerja-kerja renyah seperti itu adalah paksaan.... maka jadilah ia sebagai satu kerja yang amat memeritkan dan menyusahkan.. dia buat la kerja sentuh sana sikit sentoh sini sikit lepas tu lepa sahaja terus hilang.... biasa la tu . Saya memang suka memerhati dan menganalisa perkara-perkara seperti ini...... banyak tempat sudah saya bekerja terutama di PBT .. keadaan lebih kurang serupa sahaja. Kita cuba lah sedaya yang ada untuk mengubah pemikiran dan perlakuan seperti itu dengan mengamalkan Kepimpinan Melalui Teladan.. Cakap Kena Serupa Bikin..

Satu lagi yang saya nampak bila buat gotong royong .. penduduk setempat amat kurang memberi perhatian dan kerjasama dan tak turun pun sedangkan kita buat untuk keselesaan mereka yang tinggal disekitar itu sebenarnya.... untuk ketenangan mereka, untuk keharmonian kehidupan mereka dan untuk keselesaan mereka. Kalau difikir-fikirkan apa perlunya saya yang duduk di Alor Setar, bersusah payah turun bergotong royong ditempat mereka , sedang orang tempatan sendiri tidak ambil kisah pun...  yang banyak orang bandaran dan jabatan serta NGO yang kita jemput sahajalah...

Paling saya kecewa bila saya dan anak buah turun kutip sampah sekeliling tasik ini, dan lalu dihadapan sekumpulan penduduk taman yang bersebelah Tasek Serdang tersebut, sambil saya dan anak-anak buah dok tunduk kutip sampah dan botol-botol terbuang, boleh depa tengok sahaja apa yang kita buat... Macam heran pula tengok apa yang kita buat. Depa dok berborak-borak kosong sahaja kat pondok rehat itu... Apa salahnya depa tumpang joint sama bergotong royong membersihkan kawasan mereka...  Bukan depa tidak tahu kita buat gotong royong kawasan depa, tapi itulah yang dikatakan sikap... memang geram betul.. tapi apa yang boleh dibuat... kalau itupun masih tidak dapat menyedarkan mereka,  apa lagi caranya.. tak taulah saya... Kalau begitu sikapnya macammana pula dengan anak cucu mereka.. sapa lagi nak tunjuk contoh tauladan yang baik kepada anak cucu mereka kalau bukan mereka.... Hati dan perasaan seperti batu.. tak ada rasa apa-apa apa yang dilihat dan didengar. Sebab itu jangan hairan kalau ada orang sanggup buang sampah ikut suka dia saja, dimana saja walaupun tempat awam..  dan orang lihat perbuatannya.. Bagi saya orang yang buang sampah merata-rata tu boleh dianggap sampah masyarakat, memang kurang ajar dan  memang tak ada hati perut. Isu buang sampah ini bukan isu remeh dan boleh dibuat mudah... Banyak kerugian pada kita.. Longkang tersumbat kerana sampah, banjir kilat kerana sampah , penyakit merebak kerana sampah, hidupan air mati kerana sampah dan segala macam masalah yang dibawa oleh SamPah yang tidak diurus dengan baik.. Jadi kita kena ambil berat dan kena gerakkan persepsi masyarakat agar kita benci kepada orang yang suka buang sampah merata-rata.

Anak2 buah saya sedang mesin rumput dan
bersih kawasan .. Dalam pondok belakang
tu ada ramai penduduk taman sebelah .. dok
bersembang-sembang saja dan tengok saja
apa yang anak-anak buah tengah buat......
Tak apalah, kita yang ada ini janganlah berputus asa untuk terus dengan usaha untuk membersihkan bumi ini dari segala macam sampah sarap yang dibuang ditempat yang tidak sepatutnya...   Insya Allah dengan kapasiti dan kudrat yang ada saya akan berusaha secara berterusan agar masyarakat kita sentiasa mementingkan kebersihan..... baik aspek kebersihan fizikal mahukan kebersihan hati.. Saya akan buat berterusan .. dan kita akan turun ke padang...  Kita kena jadikan Daerah Bandar Baharu ini sebagai daerah yang Bersih... BERSIH SEGALANYA.. Bersih Dari Sampah Sarap, Bersih Dari Jenayah, Bersih Dari Gejala Dadah, Bersih Dari Mat Rempit, Bersih Dari Segi Ponteng Sekolah , Bersih dari Hati Busuk dan sebagainya..

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang mengambil bahagian dalam gotong royong terutama anak-anak buah saya di PTBB, PDBB dan MDBB, jabatan-jabatan yang terlibat, ahli majlis , JKKK, JPP ,  NGO , orang perseorangan yang sukarela turun sama bergotong royong, YB Dato' Nor Sabrina ADUN Bandar Baharu / Ahli EXCO sendiri pun turun sama bergotong royong memberi semangat kepada semua yang hadir dan
MenGecaT
semuanya ... Insya Allah saya akan aturkan lagi secara berterusan tanpa jemu-jemu walaupun kita tahu penglibatan penduduk agak kurang memberangsangkan dan mengecewakan. Banyak lagi tempat yang saya nampak perlu diberi tumpuan terutama dkawasan peranginan yang ada. Kita perlu bersihkan segalanya....nak tunggu peruntukan kewangan untuk buat sesuatu tempat nampak cantik, indah dan bersih  mungkin agak lambat dan mungkin tidak dapat langsung... jadi yang paling mudah, kita buat kerja pembersihan.. cuma belanja makan minum sahaja... mudah kan...

Oklah,  elok saya tamatkan dulu tajuk ini, saya kira soal kebersihan ini sudah puas saya bualkan .. ada lagi rencana cerita-cerita yang telah tuliskan sebelum ini fasal gotong royong dan kebersihan yang boleh saudara saudari layari sahaja alamat dibawah ini... macam saya kata dulu isu-isu kebersihan ini  telah lama saya beri perhatian sejak dahulu lagi.. Boleh layari sebahagian catatan-catatan saya berkenaan perkara tersebut di dibawah... Klik saja... kat situ...


http://semangatjatiptks.blogspot.com/2012/03/orang-islam-wajib-menjaga-kebersihan.html
http://semangatjatiptks.blogspot.com/2011/10/bersihkah-kita.html
http://semangatjatimbas.blogspot.com/2013/06/gotong-royong-perdana-mbas-2013-kita.html
https://www.facebook.com/asredha/media_set?set=a.678357618847196.1073741830.100000188912921&type=3

Wednesday, 10 June 2015

PBT Kedah Boleh.... 4 bintang atau 5 bintang, MDBB boleh...

Catatan.. Mohd asri Redha
Tarikh... 10 Jun 2015
Tempat..Park Avenue Hotel, Sg. Petani

Assalaamualaikum WRT.. Selamat pagi  buat sahabat2 semua...  masih mengikuti celoteh saya dalam blog ini... terima kasih saudara2 semua.  Seminggu dua ni banyak aktiviti berlaku melibatkan diri saya.. Sudah tentu  banyak cerita saya boleh tulis dan beri komen tentang setiap aktiviti yg berlaku... biasa la komen2 tu kadang2 terkena batang hidong sendiri, terkena pada sesiapa sahaja.. tp bukan mengumpat dan menghina.. semuanya hanya untuk kebaikan saya dan kita juga... bagi yang mengerti dan memahami...



Aktiviti saya hari ini ialah mengikuti  Bengkel Pencerahan Indikator Baru Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan 2015  Zon Utara. Bengkel berlangsung di Park Avenue Hotel, Sungai Petani bermula sejak kelmarin lagi. Semua PBT seluruh negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis telah hadir bengkel ini..  Saya mengambil keputusan menghadiri juga bengkel ini kerana saya menyedari saya kekurangan ilmu berkenaan hal ini walaupun sebelum ini saya terlibat juga dalam persiapan penarafan bintang untuk Majlis Bandaraya Alor Setar. Tapi itu lama punya. Indikator yang digunakan juga sudah lama. Sekarang sudah ada indikator baru yang telah dibuat penambahbaikan mengambil kira perkembangan semasa dalam aktiviti semua Pihak Berkuasa Tempatan..

Hari ini saya bertugas sebagai YDP di MDBB.. mungkin selepas ini saya kena bertugas di PBT lain pula. Jadi rasanya tidak ada ruginya saya mengikuti bengkel ini, walau terpaksa tinggal kerja yang agak banyak juga kat opis... ilmu yang ada itu boleh diguna juga bila bertugas di PBT lain.  Tapi bila saya hadhir bengkel ini.. hanya saya seorang sahaja YDP yang hadir. sayapun tak perasan bengkel ni dijemput YDP juga atau tidak, atau dijemput pegawai bawahan saja atau saya yang terhegeh-hegeh nak mai bengkel ini.. Apa-apapun kehadiran saya di bengkel ini amat dialu-alukan juga atas kapasiti satu-satu ketua PBT yang hadir .. Tu yang urusetia  suruh saya juga bagi sampai cenderamata pada penceramah tu.... Walaupun MDBB kecil sahaja tapi saya hantar juga 5 orang pegawai termasuk saya  untuk membolehkan mereka lebih memahami akan indikator yang akan dinilai nanti.


Salah satu cara kerajaan hendak mengenal pasti prestasi jabatan-jabatan yang ada ialah melalui Penarafan Bintang... Kalau satu bintang tu kira paling corot sekali... dan kalau 5 bintang tu memang terbaik sekali.. Melalui penilaian seperti ini baru diketahui akan status kualiti setiap jabatan-jabatan... Sanggupkan kita diberi taraf pejabat yang memperolehi 1 bintang sahaja.. Bagi saya tak gamak rasanya. Nampak sangat jabatan kita tu teramat terok sekali. Banyak aktiviti sepatutnya dilaksanakan tidak dilaksanakan oleh jabatan tersebut..  Dulunya kerajaan 'offer' mana-mana jabatan yang mahu masuk apa-apa pertandingan atau bukan pertandingan berkaitan kualiti seperti ISO, 5S , ISMS, indeks akauntabaliti kewangan, KMK  dan lain-lain pengiktirafan yang sesuai mengikuti kriteria yang ditetapkan. Yang mana ketua jabatannya proaktif.. depa mohon ambil bahagian.. Yang tak berapa aktif, buat tak kisah sahaja.. tak masuk atau tak ambil bahagian pun tak apa. begitulah adanya.

Namun sekarang ini, semua jabatan tidak terlepas untuk dinilai. Mahu atau tidak mahu Pasukan Penilai akan datang melawat setiap jabatan untuk dinilai. Jadi tidak dapat mengelak lagi. Kalau tidak buat apa-apa persediaan yang sesuai, maka rendahlah bintangnya.. Nak letak tang mana muka yang comey lote ni... diumumkan pula dalam media-media.. Sebenarnnya untuk persiapan penilaian penarafan bintang ini bukan sekadar nak dapat pengiktirafan bintang yang terbaik yang akhirnya kita syok sendiri... tapi ianya adalah untuk tujuan servis kita yang terbaik kepada pelanggan kita khususnya kepada rakyat jelata.  Itu yang ditekankan oleh Ybhg Dato' Harun Jasin, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan ) Negeri Kedah pada ucapan majlis  perasmian bengkel tersebut. Saya amat bersetuju dengan pandangannya itu.

Sebab itulah khusus bagi PBT , Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan  Kerajaan Tempatan (KKBPKT)  telah menyediakan senarai 345 indikator yang perlu ada dalam semua PBT. 345 Indikator ini telah diterangkan panjang lebar oleh Cik Dinesh Kaur A/P Karpal Singh dan En Mohamad Faizal b. Ahmad Zainal Abidin dari Bahagian Dasar dan Inspektorat KKBPKT. Kalau semua 345 indikator ini dipenuhi dengan fakta-fakta yang dapat dibuktikan , maka comfirm dapat 5 bintang.. Kalau dapat 5 bintang tu memang hebat sangat-sangat. Bolehkah jabatan saya yang kecil molek di MDBB mencapai bintang yang teramat  tinggi itu.. Insya Allah jika usaha berterusan dibuat oleh semua anak-anak buah dengan sokongan Ketua Jabatan, saya rasa ianya boleh menggapainya .. Usaha berterusan adalah amat penting. Jangan terhenti sekerat jalan... MDBB boleh.. untuk itu kita memerlukan banyak pengorbanan  samada pengorbanan tenaga, pengorbanan buah fikiran, pengorbanan masa, pengorbanan wang ringgit dan sebagainya... Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa pengorbanan.

Antara Kriteria Besar yang boleh saya gariskan disini ialah...

Pengurusan (20 markah)
Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras (Core) (40 markah)
Pengurusan Pelanggan (15 markah)
Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk (25 markah)

Dibawah Kriteria ini ada lagi Sub Kriteria serta Indikator yang lebih terperinci digariskan secara lebih detail untuk memudahkan semua PBT memahaminya dan mengambil tindakan sewajarnya. 

Ok.. sudah larut malam ... Letih tadi berkursus belum lega lagi.. Tapi takut idea-ideayang mai menyapa fikiran  hilang diangin lalu, saya paksakan diri juga untuk menulis dalam catatan blog ini. Inilah saja yang saya dapat tuliskan.. Jadi cukuplah setakat ini dulu...   Saya permisi dulu.. Besok saya nak sambung fasal KEBERSIHAN  pula... berkaitan Gotong Royong Perdana yang saya dan anak buah anjurkan minggu lepas....

Terima Kasih

Mohd Asri Redha....
Teratak Kasih


http://semangatjatimbas.blogspot.com/2014/01/tahniah-mbas-tetap-unggul-pelbagai.html



Thursday, 14 May 2015

Selamat Datang BOSS ....

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 13 Mei 2015
Tempat: Pejabat Tanah Dan Daerah Bandar Baharu 




Produk Daerah Bandar Baharu

sebagai cenderamata kenangan
untuk dibawa pulang
Assalaamualaikum WRT .. buat sahabat-sahabat yang membaca blog saya ini... terima kasih juga kerana sudi baca celoteh-celoteh saya ni.. tak adalah berat-berat sangat.. santai-santai sahaja....
.
Hari ini sekadar cerita fasal aktiviti yang berlaku di pejabat saya saja.. Boss saya  YB. Dato' Jaya Budiman Dato' Paduka Hj Mohd Puat b. Mohd Ali.. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah DA. datang ziarah saya di Pejabat Tanah dan Daerah Bandar Baharu..

Alhamdulillah.. mai juga bos saya kat daerah yang terpencil jauh ini... jauh tu nak mai .. lebih kurang 150 km dari Alor Setar... ambil
masa hampir-hampir 2 jam juga dalam keadaan biasa...

Pada masa yang sama diadakan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Daerah Seluruh Kedah.. Jadi ramailah kawan-kawan KCS datang mesyuarat ke sini.... Bolehlah saya dan anak-anak buah meraikan mereka semua yang datang ke sini. Semoga mereka semua selesa datang ke Daerah Bandar Baharu ini...  Macam biasa la .. anak-anak buah saya jamu tetamu kehormat ini dengan jamuan hidangan Udang Galah & Gulai Ikan Baung.. Memang menyelerakan..... itu saja cerita saya hari ini... santai kan....