Tarikh: 04 Julai 2015
Tempat: Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Bandar Baharu
untuk beribadat dimana yang boleh, kerana setiap ibadat dan kerja baik kita akan dilipat gandakan pahala dan ganjarannya oleh Allah SWT....
Ok.. kali ini saya nak cerita berkenaan aktiviti jabatan sahaja.. Ketiga-tiga jabatan saya telah bergabung tenaga mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama dengan Pemimpin-Pemimpin Tempatan, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Puspanita, NGO dan lain-lain lagi . Majlis ini diadakan pada 04 Julai 2015,, diperkarangan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Bandar Baharu. Inilah julung-julung kalinya majlis ini di sini, dan sambutannya memang menggalakkan.
Biasa la bila mengadakan majlis berbuka puasa, tentunya nak makan-makan sambil beramah mesra dengan semua kakitangan, dengan orang-orang politik, dengan Yang Berhormat kawasan, dengan ketua-ketua jabatan dan semuanya.. Seronok juga boleh bersantai-santai seperti ini sekali sekala....
Saya amat berterima kasih kepada YB Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu dan YB ADUN Bandar Baharu yang seringkali memberi kerjasama yang erat bersama dengan pentadbiran daerah dalam menyalurkan sumbangan untuk program-program sosial seperti ini.. Begitu juga dengan jabatan-jabatan yang tidak kurang banyak membantu menjayakan majlis ini.
Itu yang kita hendak sebenarnya, hubungan silaturrahim sesama insan itu amat perlu diujudkan. Melalui cara ini barulah keharmonian dapat dicapai. Dimana-mana tempat dan keadaan, keharmonian dan kesejahteraan sesama insan iu amat perlu diberi perhatian. Melalui cara inilah sahaja yang dapat membahagiakan semua orang. Selalu saya ketengahkan fasal bahagia ini, kerana untuk apa kita hidup didunia ini jika tidak bahagia.. Kerana hubungan yang tidak baik sesama insan membikin diri dalam keadaan 'tension', sakit hati, geram, cemburu, marah, meluat, dan perkataan yang seumpama itu... kalau kita ada perkara-perkara seperti itu dalam diri kita , jangan harap boleh hidup bahagia didunia yang hanya sementara itu. Hubungan baik sesama jiran boleh dijalin jika kita berjaya mengenepikan perkara-perkara tersebut.
Program majlis diisi dengan tazkirah dari Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu, ucapan saya, ucapan dari YB ADUN Bandar Baharu dan juga Majlis Tahlil.. serta penyampaian cenderamata / duit raya kepada semua kakitangan yang hadhir. Majlis Berbuka Puasa di sediakan juadah enak termasuk kambing panggang dan buah-buahan enak dari pokok kawasan kediaman rasmi DO sendiri..
Jumpa lagi dalam catatan lain pula...
No comments:
Post a Comment