Showing posts with label JKKK. Show all posts
Showing posts with label JKKK. Show all posts

Friday, 10 July 2015

Tangggungjawah Pengerusi dan Setiausaha JKKK.. SatU CabaraN

Tarikh: 05 Julai 2015 (Ahad)
Catatan: Mohd Asri Redha
Tempat: Dewan KEDA, Relau, Daerah Bandar Baharu

Assalaamualaikum WRT.. buat pembaca blog saya ini. Kita masih lagi dalam bulan Ramadhan... dah sampai penghujungnya.. banyak tugas perlu kita laksanakan. Puasa bukan penghalang, kerja tetap diteruskan seperti biasa malahan kena lebih bersemangat lagi.. Setiap pahala dari kerja ikhlas yang kita buat ini akan dilipatgandakan lagi oleh Allah SWT. Itu janji Allah SWT kepada kita... Dalam masa yang sama, ibadat pun kena ditingkatkan sebanyak mungkin mengambil keberkatan Bulan Ramadhan yang penuh segala kebaikan.....

Memang dirancangkan untuk memberi kegembiraan dan kesenangan kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKK Daerah Kulim dan Bandar Baharu. Satu Majlis Penyerahan Elaun JKKK bagi kedua-dua mukim itu telah diadakan di Dewan KEDA, Relau Daerah Bandar Baharu.. Jadi buat dua daerah sekali gus, mudah sikit.. dalam bulan puasa pula ... jadi tak lah banyak belanja sangat. Kalau tidak ni nak kena belanja jamuan lagi.. Boleh pun kalau buat program dalam bulan puasa.. Apa kata.. apa-apa majlis kita buat dalam bulan puasa.. agak-agak ada tak ramai datang. Hari ini tak boleh kira, kerana susah lagu manapun, atau surat tak sampai pun  mereka akan datang juga... fasal hari ini mereka nak terima elaun.. Apatah lagi tak beberapa hari lagi nak sambut hari raya. Raya sakan la depa... Cuma bila bercakap elaun ini, tentunya Kerajaan amat mengharapkan semua Pengerusi dan Setiausaha JKKK ini dapat memainkan peranan dan tanggungjawab yang sepatutnya dalam membantu kerajaan membangunkan kampong-kampong masing-masing... Jadi saya berharap biar elaun yang diterima ini berbaloi dengan tanggungjawab yang dilaksanakan...


Di bawah ini hanya catatan ucapan saya dalam Majlis tersebut sekadar coretan-coretan nak
panjang catatan saya ni saja dan rekod saya aje.


Assalaamualaikum WRT.. dan Selamat Sejahtera,
Terima Kasih Saudara Pengacara Majlis
YB Dato Hj Abdul Aziz b. Sheikh Fadzhir
Ahli Parlimen Kulim Bandar  Baharu
YB Dato Norsabrina bt.Mohamad Nor  ADUN Bandar Baharu.. Ahli MMK Negeri Kedah
Ybhg. Dato' Hj Mohd Arpan,  Pengurus Besar KEDA
Barisan Kepimpinan UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu
Ketua-Ketua Jabatan Daerah
Penghulu-Penghulu Mukim
Pengerusi-Pengerusi JKKK Kulim  dan Bandar Baharu
Setiausaha-Setiausaha JKKK Kulim dan Bandar Baharu
seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang amat dimuliakan oleh Allah SWT sekalian
 

Terlebih saya mengalukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis pada kali ini.. Iaitu Majlis Penyampaian Elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK Daerah Bandar Baharu dan Kulim.. Macam kebetulan pula ya diaturkan penyampaian elaun pada waktu ini.. amat sesuai sangat-sangat memandangkan kita akan menyambut kedatangan Hari Raya Eidul Fitri tidak beberapa hari sahaja lagi. .. Begitu cepat masa berlaku... sedar tak sedar kita sudah menghampiri ke penghujung Ramadhan Al Mubarak ini.. 

Begitu lah perjalanan masa.... ia begitu ganas.. ia berlalu tidak mengira apa.. tidak ada sapa yang boleh menghalangnnya, samada untuk dipercepatkan, diperlambatkan atau diberhentikan.. Jadi dengan masa yang kita masih ada ini marilah kita pergunakan sepenuhnya untuk kerja- kerja ibadat kita dan juga kerja2 amal kita dengan penuh rasa keikhlasan dan penuh rasa bertanggungjawab. Kita tidak boleh menunggu dan menanti lagi untuk semua itu.. masa tidak menunggu kita..  belum tentu besok hari kita ada harapan lagi... mungkin hari ini adalah hari terakhir kita untuk menyedut udara ciptaan Allah ini... jadi tuan-tuan dan puan-puan  sekalian dibulan Ramadhan yang amat berkat ini marilah kita pakat sama-sama termasuk saya untuk bermuhasabah diri dan menilai kembali akan kerja buat kita sama apa yang kita buat ini diterima oleh Allah SWT diakhirat nanti. 

Dato2, Tuan2 dan Puan2 sekalian 

Saya tak mahulah bercakap panjang kerana sebelum inipun saya pernah bercakap dalam majlis yang seumpama ini di Kulim.. jadi saya berharap tuan2 dan puan sebagai Pengerusi dan Setiausaha JKKK yang diberi amanah oleh Kerajaan untuk menjalankan tanggungjawab  yang ditetapkan, dapatlah kiranya melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin.  
Tuan-tuan diberi pula Elaun Khas untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Kalau kita tidak melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu, bermakna bayaran elaun yang tuan terima itu tidak sepatutnya diterima. Kalau diterima juga kita tahulah apa hukumnya. Tak buat kerja tapi kita dapat upah.. Berat tu tuan-tuan dan puan-puan.

Banyak peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh Tuan2 dan Puan2. Saya tak mahulah nak cerita lagi apa tanggungjawab itu kerana tuan2 dan Puan2 juga sudah lama jadi pemimpin tempatan dan taklimat pun telah diberi kepada tuan2 dan puan2 sekalian. Cuma sekarang ini terletak kepada tuan2 semua untuk nak buat atau tak buat sahaja. 

Sehubungan sudah berjumpa dengan tuan2 dan puan2 pada hari ini, saya di pentadbiran daerah amat memerlukan banyak maklumat-maklumat terutama berkenaan dengan keperluan pembangunan fizikal kampong tuan2 dan juga maklumat berkenaan penduduk-penduduk yang ketinggalan dalam arus pembangunan iaitu penduduk yang tidak berkemampuan. 

Maklumat ini amat diperlukan oleh Pentadbiran Daerah kerana kita tidak tahu bila maklumat ini dikehendaki oleh pihak atasan tapi kita kena bersedia dengan maklumat yang lengkap berkenaan perkara tesebut.

Memang tuan-tuan ada yang menyediakan maklumat tersebut tapi seeloknya berilah lebih terperinci.. contohnya kalau kg itu perlukan sebuah jalan kampong  yang baru, kenalah beri alasan-alasan yang kukuh, bilangan penduduk yang memerlukan, panjang jalan yang diperlukan, tandatangan kebenaran pemilik tanah ,  gambar2 yang bersesuaian.. Bila ini ada barulah mudah diperingkat Penghulu dan daerah nak buat keutamaan yang mana nak diangkat dahulu, jika diminta oleh pihak atasan. .. Jadi biar lengkap dan orang yang prosespun suka tengok cara permohonan itu dan mudah untuk dipertimbangkan oleh pihak atasan.

Begitu juga dengan orang-orang yang kurang berkemampuan.. Data-data ini kena ada .. Kenalah cari seluruh cerok pelusuk kampong  dibawah kawalan tuan-tuan.. Jangan bagi ada yang tertinggal walaupun seorangp. Bantu mereka untuk kita daftarkan dalam senarai E-Kasih jika mereka benar-benar layak dan tergolong dalam kalangan termiskin, miskin dan mudah miskin.  Sekarang ini sebarang penyaluran bantuan  untuk golongan kurang berkemampuan kena melalui rekod daftar E Kasih. 

Bila nak sokong daftar dalam E Kasih tu pula, tuan puan kenalah juga tengok betul-betul.. Saya tak mahu sepertimana yang saya hadiri Mesyuarat Fokus Group Peringkat Negeri Kedah baru-baru2 ini. Mesyuarat Focus Group adalah mesyuarat untuk membincangkan pengesahan penduduk masuk daftar dalam E Kasih dan membincangkan penyaluran bantuan-bantuan yang perlu diberi kepada mereka yang direkodkan dalam E-Kasih. Di satu Daerah dalam negeri kita juga... ada ditunjukkan pemohon yang memohon untuk dimasukkan dalam rekod E-Kasih.. keadaan rumahnya. .. kami pakat-pakat dok gelak bila tengok rumah.. mungkin rumah tuan2 dan puan2 tak sebaik rumah pemohon ni.. dengan rumah batu bercat elok ada bilik air bermarmar lagi, ada kitchen kabinet serta dihadapan rumah ada kereta lagi... banyak kes ditunjukkan bila pembanci-pembanci datang buat siasatan susulan.. Tak rasa malu ka … masih terasa nak masuk mohon bantuan yang dikhususkan untuk kumpulan sasaran yang tidak berkemampuan.. tapi itu hakikat yang berlaku.. dan ada contoh.. Saya harap di Bandar Baharu atau Kulim, tak ada kot yang semacam itu.. Kita kena ikhlas dan jujur dalam membuat penilaian dan sokongan.. Jangan kerana ia rakan-rakan kita, adik beradik kita, satu dan sebagainya, kita sokong sahaja.

Jadi tolong cari … jangan ada tertinggal.. jangan nanti TV3 pula atau orang media terjumpa orang dhaif  dalam kampong kita.. papar dalam mana-mana media yang tidak pernah dapat apa-apa bantuan dan tak ada sapa datang tengok... satu dunia tahu. Kita nak letak muka tang mana, kalau ianya berlaku di Kg tuan-tuan puan sekalian. dalam daerah saya jaga pula, dan dalam kawasan YB pula.. Nampak sangat yang kita ni macam tak buat kerja... 

Satu perkara lagi saya masih lagi menunggu  beberapa JKKK yang masih lagi belum menghantarkan kepada saya profil kampong masing-masing. Ini merupakan satu tanggungjawab dan arahan yang wajib kena buat.. Bukan lagi  ikut suka kita, nak buat  tak pa, tak buat pun tak pa.. Ini dianggap tugas rasmi.. senang cerita. .. jadi tolong buat dan bagilah lengkap ..  dan diberi penambahbaikan  berterusan dan dikemaskini sentiasa.

Begitu juga dengan mesyuarat JKKK.. Ini juga merupakan salah satu tugas rasmi yang wajib dibuat oleh tuan2 dan puan2.. kalau tak buat yang ini bukan JKKK la namanya. Kena buat tuan-tuan. Dalam mesyuarat seperti inilah baru lah boleh dirancang apa program yang hendak dibuat dalam kampong masing-masing.. banyak program boleh dirancang seperti dekat nak raya ni.. Perhimpunan Anak Muda Pulang Ke Kampong, Majlis Berbuka Puasa , Majlis Hari Raya, Majlis Forum Perdana , Kelas Tuisyen, Program Ekonomi, Program Pembasmian Kemiskinan, Pendaftaran Orang  Miskin, Program Pembangunan Fizikal, Program Sosial, dan segala macam program boleh dibincangkan dan diaturkan.  Tapi Kalau tak buat mesyuarat . . nak bincang apa dan nak buat apa.. Jadi buatlah tuan-tuan puan2 sekalian. Anak-anak buah kita dok tunggu bila nak buat mesyuarat.. depa pun banyak idea juga.  Apatah lagi punya nak bagi buat mesyuarat berjalan lancar, kerajaan bagi elaun mesyuarat lagi untuk semua AJK dan duit belanja mesyuarat pun dibagi... Beza sungguh dengan JKK dulu-dulu.. Nak apa lagi tuan-tuan dan puan-puan..
 
Saya ada rekod sapa JKKK yang dah buat mesyuarat cukup lengkap , ada yang buat tak cukup haul, ada yang tak buat langsung.. Saya bercadang bersama dengan KEDA selepas ini untuk pamerkan semua JKKK yang ada  dan kita tunjukkan satu-persatu sapa yang buat mesyuarat ikut time, JKKK mana yang buat mesyuarat tak cukup time, JKK mana yang tak buat mesyuarat langsung.. Bukan untuk memalukan sesiapa tetapi sebagai sebagai satu maklumat umum yang patut diketahui oleh semua kerana ia bukan rahsia. Jadi tidak ada masalah untuk kita pamerkan maklumat tersebut. Jadi saya berharap selepas ini bermesyuarat lah dengan anak-anak buah yang telah dilantik sebagai AJK untuk merencanakan pelbagai program yang boleh membawa manfaat kepada penduduk kampong tuan-tuan.

Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana dapat hadhir dalam majlis ini, terutama yang datang dari Kulim... Jauh juga  tu.. Dan saya mohon ampun dan maaf jika sepanjang ucapan saya ini ada perkataan yang terkasar bahasa dan menyinggong hati dan perasaan.. Tidak ada niat-niat apa-apa yang sebaliknya, hanya sekadar untuk memastikan supaya JKKK Daerah kita ini menjadi JKKK  yang aktif, proaktif, dan disegani. Saya juga mengucapkan  berbanyak terima kasih yang semua pihak yang menjayakan program ini, terutama KEDA yang merupakan urusetia yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini dan berusaha menyediakan elaun ini dapat diberikan sebelum hari raya ini.

Sekian terima kasih dan tak terlalu awal saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri , Maaf Zahir Dan Batin………


Thursday, 7 May 2015

Elaun Yang DiTerima Biar Berbaloi Dengan Tugas dan Tanggongjawab Yang diAmanaH...

Ucapan Ku dalam Majlis Penyerahan Elaun Pengerusi & Setiausaha JKKK Daerah Bandar Baharu dan Kulim
Tarikh: 05 Mei 2015 (Selasa)
Tempat: Dewan Perpaduan. Pejabat Perpaduan  Daerah Kulim
Catatan dan sediaan draf ucapan: Mohd Asri Redha 
Fakta : Jumlah JKKK Dalam Daerah Bandar Baharu : 60 JKKK ..Mukim Bagan Samak : 16.  Mukim Relau : 4.  Mukim Sg Kechil Ilir: 3..  Mukim Serdang : 17. Mukim Selama : 9. Mukim Sg Batu : 11..  Elaun yang diterima: Pengerusi :RM800.00, Setiausaha :RM300.00 . Elaun Hadhir Mesyuarat AJK : RM50. Elaun Pengurusan Mesyuarat RM100. (sebulan)..

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Assalaamualaikum WRT... 
Salam Sejahtera
Salam Kedah Aman Makmur
Salam Kedah  Serata-Rata

Alhamdulillah hirobbil aalaamiin...... (bacaan seterusnya ikut kesesuaian)

Terima kasih saudara pengacara Majlis..
Ybhg. Dato' Osman Md Aji Wakil kepada Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu
Wakil YB Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu..
Ybhg sahabat saya Tn Hj Arifuddin Timbalan Pengurus Besar KEDA... yang tidak putus-putus memikirkan bagaimana cara lagi untuk membantu penduduk luar bandar...
Ketua2 Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan,
Tuan Penghulu Azizi.. mewakili Dato Pegawai Daerah Kulim
Para pemimpin-pemimpin politik dan masyarakat tempatan, Pengerusi & Setiausaha JKKK Seluruh Daerah Bandar Baharu & seterusnya tuan2 & puan2 yang dirahmati Allah SWT sekalian..

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada urusetia majlis ini yang menjemput saya ke majlis ini & memberi kesempatan kepada saya untuk berucap sepatah dua kata dimajlis ini. Sebenarnya saya sudah melanggar daerah lain ini untuk program ini.. Sepatutnya Dato DO Kulim yang berucap dalam majlis ini kerana program Penyerahan Elaun JKKK ini diadakan di Dewan Perpaduan Kulim... Saya ingat Majlis Penyampaian Elaun ini hanya untuk Daerah Bandar Baharu sahaja.. rupa-rupanya masuk sekali Daerah Kulim.

Dato2 tuan2 dan puan2 sekalian.

Hari ini saya lihat begitu ramai yang hadhir ke majlis ini..terima kasih kerana saudara-saudara semua dapat meluangkan masa untuk datang ke majlis yang disusun atur ini... Mungkin fasal nak bagi elaun kut rasanya.. Itu yang ramai... Tapi saya harap bukanlah kerana tarikan itu sangat kut untuk datang sini... Untuk program-program lain yang akan diaturkan nanti oleh urusetia, saya harap komitmen yang serupa dapat diberikan kepada penganjur.. Barulah orang nampak akan kehebatan  Pengerusi dan Setiausaha JKKK ini. Kadang-kadang tu tak sampai surat jemputan pun boleh hadir. Hanya sekadar kelui sahaja pun dah memadai.. tapi kadang kala tu kita terlalu ber rasmi sangat kena ada surat jemputan mai rumah  baru boleh hadhir walau diketahui program itu untuk diri kita sendiri... Insya Allah.. kalau tidak ada aral melintang saya sedang mengatorkan satu Kursus Khas bertajuk ' SEMINAR PENGUKUHAN INTEGRITI PEMIMPIN MASYARAKAT PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU' pada 21.05.2015.. diharap semua Pengerusi dan Setiausaha JKKK dapat melapangkan masa untuk menghadirinya yang dirangka khusus untuk saudara saudari semua.
Dato2, tuan2 & puan2 sekalian,

Dulu2 masa saya mula terlibat dengan JKKK , soal elaun-elaun tidaklah diberi perhatian sangat oleh kebanyakan Pengerusi dan Setiausaha JKKK.. Banyak yang sukarela sahaja untuk terlibat dalam kepimpinan kampong ini...  Namun komitmen mereka saya lihat tinggi juga dalam membangunkan kampong masing-masing...
Namun keadaan sudah berubah sesuai dengan perubahan semasa ..  Kerajaan menyedari untuk membolehkan sesebuah JKKK bergerak aktif, ia memerlukan komitmen yang sepenuhnya dari Pengerusi dan Setiausaha JKKK dengan dibantu oleh Ahli2 JKuasa masing-masing. Banyak  tenaga, masa  & wang ringgit terpaksa dikorbankan oleh kepimpinan JKKKK untuk membolehkan setiap JKKK itu beroperasi secara sepatutnya.
Sebab itulah Kerajaan tidak ragu-ragu untuk menyediakan sejumlah peruntukan yang besar kepada Pengerusi & Setiausaha JKKKK dalam bentuk Elaun Bulanan. Jadi tidak timbul lagi isu Pengerusi terpaksa membelanjakan wang sendiri untuk menggerakkan aktiviti JKKK dikampongnya.

Ini menunjukkan bahawa hasrat kerajaan begitu tinggi  untuk menjadikan kawasan luarbandar sebagai kawasan yang proaktif, maju, menarik dan menguntungkan akan tercapai dengan kerjasama serta komitmen semua pihak. Peranan tuan2 & puan2 semua amat penting dalam memastikan hasrat kerajaan itu menjadi kenyataan.
Saya rasa semua Pengerusi dan Setiausaha JKKK tahu akan peranan & tanggungjawab masing-masing.... saya hanya sekadar mengulangi akan peranan yang sepatutnya dimainkan.. JKKK adalah ejen pembangunan diperingkat akar umbi didalam sistem pentadbiran kerajaan, yang juga bertindak sbg penghubung diantara  agensi kerajaan dengan rakyat & bertanggungjawab menyebarkan maklumat berkaitan program-program kerajaan yang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. JKKK merupakan unit pelaksana dasar-dasar kerajaan diperingkat yang paling hampir dengan rakyat disamping menjadi ejen menyalurkan aspirasi rakyat kepada peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai kumpulan yg paling hampir dengan masyarakat kampong, JKKK bertanggungjawab didalam mentadbirkan kampong & menjadi badan penggerak utama didalam menggembleng sumber tenaga , pembangunan, dan perubahan sikap masyarakat kampong ke arah membentuk warga desa yang berdaya maju & inovatif. ...

Besar & rumit juga tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sebab itu kerajaan menyediakan elaun khusus kepada Pengerusi & Setiausaha JKKK. Pengerusi & Setiausaha JKKK tidak boleh lagi anggap jawatan yang dipegang itu sebagai hak ekslusif mereka.. Jawatan yang dipegang amat besar tanggungjawab.. maju mundur kampong terletak kepada kebijaksanaan Pengerusi & Setiausaha memimpin organisasi JKKK dikampong masing-masing.. Tuan-tuan akan dinilai setiap 2 tahun sekali.. Kalau kita tidak mampu lebih baik sahaja kita serahkan kepada yang lebih mampu. Jangan pula nanti kita dijatuhkan dengan keadaan yang tidak sepatutnya... Tuan2 & puan2 sedia termaklum akan perkara tersebut. 



Jadi oleh kerana sekarang saudara saudari semua sudah memegang jawatan tersebut, elok sangat diaturkan segera program & aktiviti yang memberi manfaat kepada anak-anak buah tuan puan dikampong.. Kalau tidak tuan puan akan dipersoalkan oleh anak-anak buah & pada masa yang sama kepimpinan negeri juga akan menilai akan prestasi tuan-tuan & puan-puan sekalian...

Sekiranya kita telah melaksanakan tanggungjawab dengan memuaskan, tidak ada sebab untuk anak-anak buah kita membenci kita dan akhirnya membuang kita begitu sahaja.. Apatah lagi sekarang ini saudara-saudari semua dibayar elaun yang agak lumayan juga.. Kita juga kena pandai ambil hati AJK-AJK yang dilantik, kerana mereka itu tidak dibayar elaun khas seperti saudara semua.. Cara mana nak ambil hati pandai-pandailah saudara saudari semua memikirkan cara yang terbaik.. Yang penting jangan beri mereka kata '' hang buatlah semuaa.. hang  dapat elaun. kami ni habuk pun  tak dak'.. tentu tak sedap kita dengar akan kata-kata tersebut kan.. Mungkin sebahagian elaun ni boleh diguna buat majlis-majlis makan atau apa-apa yang memberi manafaat anak buah kita di kampong.. yang penting setiap aktiviti yang kita buat memerlukan kerjasama semua pihak terutama AJK-AJK yang dilantik. Tidak mungkin kita dapat melaksanakan bersendirian akan setiap perancangan & aktiviti yang dilaksanakan...

Dalam dunia yang semakin canggih ini, kita juga memerlukan pelapis-pelapis yang mempunyai keupayaan mengendalikan organisasi JKKK dengan lebih proaktif, kreatif & agresif. Pengetahuan IT amat penting dalam menguruskan organisasi JKKK.. Untuk menyediakan Profil Kampong yang baru bulan lepas kita laksanakan kursus tersebut juga memerlukan pengetahuan IT yang agak baik... Kalau tidak kita tidak akan dapat menghambat arus kemajuan yang semakin cepat berkembang.  Anak-anak muda  yang ada dikampong perlu kita pupuk dan didik agar mereka menjadi pemuda yang berguna dikampong kita dan menjadi pelapis kepada kepimpinan tempatan

Saya mencadangkan juga supaya setiap JKKK perlu ada 'LAMAN WEB' sendiri atau sekurang-kurangnya ada BLOG KAMPONG' sendiri sebagai satu wadah memaparkan aktiviti-aktiviti kampong masing-masing dan memaparkan akan potensi-potensi yang ada dikampong masing-masing. Barulah orang tahu akan apa yang saudara-saudari buat dikampong tuan-tuan. Pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sendiri telah menyediakan satu ruangan khas untuk JKKK dalam Portal Kementerian yang dinamakakan jkkk online' yang mana tuan puan kena daftar JKKK tuan dalam portal tersebut. (  http://www.jkkkp.gov.my/  )

Ambil peluang ini untuk mengenengahkan informasi kampong tuan- puan agar lebih dikenali bukan setakat dalam daerah Bandar Baharu sahaja tetapi seluruh dunia boleh tahu kalau kita masukkan dalam laman web atau blog.. Banyak manafaatnya kalau kampong kita dikenali diserata dunia terutama kalau dikampong kita ada Potensi Pelancongan..

Saya juga mengambil kesempatan pada majlis ini untuk memaklumkan tentang projek sosial ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Daerah Bandar Baharu iaitu Projek Rimbunan Kasih. Kerajaan sedang mencari 100 orang peserta untuk terlibat dalam projek ini . Mereka ini dikehendaki tinggal dalam kawasan projek dan bekerja sepenuh masa dalam sektor pertanian yang disediakan dalam projek ini. Saya memohon jasa baik Pengerusi dan Setiausaha JKKK Daerah Bandar Baharu untuk menghebahkan pemakluman ini kepada anak-anak buah. Sekiranya layak dan berminat borang permohonan boleh diambil di Pejabat Daerah Bandar Baharu bermula Ahad depan. Antara syarat am yang perlu ialah peserta tidak mempunyai rumah sendiri, mempunyai pendapatan dibawah RM2500 sebulan, berumur antara 22 tahun hingga 45 tahun, dan KIR wajib bekerja dalam program ekonomi yang disediakan. Projek ini adalah untuk memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup peserta yang sebelum ini kurang berkemampuan dan tidak mempunyai pekerjaan yang menjamin masa depan. Rumah juga disediakan untuk peserta Rimbunan Kasih.

Akhir bicara, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kerja buat tuan puan dalam membantu Pentadbiran Daerah Bandar Baharu melaksanakan segala program dan aktiviti daerah.... Insya Allah kerjasama ini perlu dikekalkan dan sama-samalah kita berganding bahu bagi membangunkan daerah Bandar Baharu menjadi sebuah Daerah yang maju dan dikenali ramai....

Sekian, Terima Kasih


disediakan :mohd asri redha