Tarikh : 18 Mei 2015
Tempat: Sekitar Daerah Bandar Baharu
Assalaamualaikum... WRT.
Buat sahabat-sahabat sekalian.. saya mendoakan semuanya sihat sepanjang masa. Malam ni terniat nak menyambung balik penulisan blog saya ini.. Malam ini free sikit. Dok kat Bandar Baharu ni.. malam-malam memang boring dok sorang-sorang kat sini.. Dok kat mana di Serdang, jangan tanya la.. kat mana-mana saya boleh duduk tidor.. Sengaja saya atorkan aktiviti saya kadang-kadang 'direct' sampai tiga hari 2 malam berturut-turut saya di Serdang , jadi siang dan malam saya boleh buat kerja selesai apa yang patut.... Kalau tidak buat macam tu.. memang tidak sempat kerana, sebahagian besar masa banyak menghadhiri majlis2 rasmi, menghadiri mesyuarat, seminar dan sebagainya di Alor Setar dan lain-lain tempat luar daerah Bandar Baharu.. Maklumlah kena jaga 2 jabatan, iaitu Pejabat Tanah & Daerah Bandar Baharu sebagai Pegawai Daerah dan Majlis Daerah Bandar Baharu sebagai Yang Di Pertua. Setakat sekarang ni tidak ada lagi saya satu minggu penuh berada di Bandar Baharu.. kerana dalam satu minggu tu pasti ada aktiviti seperti Mesyuarat dan Majlis-Majlis Rasmi yang perlu saya hadiri di luar daerah Bandar Baharu. Kalau dah keluar mesyuarat tu atau hadhiri apa2 majlis rasmi walaupun hanya satu jam sahaja, sudah tentu kira sehari la tak ada kat opis.. Nak buat lagu mana, dah duduk pun jauh.. lebih kurang 140 KM jauh.. nak memandu biasa-biasapun 2 jam .. jadi 4 jam ke 5 jam tu habis atas jalan raya sahaja... Dah memandu tu biasa lah. kadang-kadang terlalu letih boleh terlelap masa memandu, terpaksa singgah dulu kawasan rawat dan rehat lebuh raya.. Memang meletihkan.. tapi tidak mengapa biarlah keletihan itu kita jadikan sebagai kesukaan pula ... asalkan kita suka akan kerja kita .. itu sudah memadai.. segala keletihan menjadi seronok .....
Fakta Projek
Cadangan membina gabion di Sg Jejawi Kg Tengah Relau,
Mukim Relau. Kos RM147,889.70. Kontraktor : Al Muhalli
b. Mohamad. Tempoh siap 5 minggu. Progress: lebih 50%
|
Malang sedikit saya dari segi mengambil pengalaman luar negara untuk cuba diperkenalkan dalam negeri. Ini adalah kerana saya amat kekurangan berkenaan pengalaman PengurusanMelalui Dengan Cara Melawat. Ya laa.... melawat dalam negeri ok la... tapi melawat luar negeri yang berkaitan dengan lawatan kerja .. Ini saya tak ada langsung. Sepanjang 30 tahun bekerja tidak pernah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri untuk melawat ke Projek-Projek Ekonomi dan Pembangunan yang berjaya di Luar Negara.. Maksudnya tak pernah melawat prgram-program pembangunan yang berjaya di diluar negara seperti di Jepun, Korea, Taiwan dan seumpamanya. Bila tengok dalam FB rakan-rakan pi melawat kilang-kilang berteknologi tinggi, lawat ke program pelupusan sampah yang canggih , melawat ke kilang-kilang yang berjaya, melawat kilang biotech, melawat projek-projek pertanian dan ekonomi yang berjaya seperti di Jepun dan Korea, melawat pusat pelancongan yang menarik dan macamana boleh belajar darinya, dan sebagainya.. Rasa teruja sangat nak pi tumpang sama, tapi apakan daya .. cukup sahajalah dengan lawatan-lawatan sosial . Kalau melawat pun hanya ke tempat-tempat yang menarik pelancongan sahaja. Tak lebih dari itu.. Kalau saya dapat melawat tempat-tempat seperti diatas banyak cerita saya boleh tulis yang boleh dijadikan panduan dan pengalaman untuk urusan kerja saya dan juga pengetahuan rakan-rakan blog saya.
Ok lah.. hari ini saya cerita fasal lawatan dalam daerah saya sahaja.. Kedua-dua jabatan saya terlibat juga dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan fizikal dan pembangunan sosial. Di Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Daerah Baharu, dari segi peruntukan yang diterima tidaklah banyak sangat sepertimana di daerah-daerah lain yang besar. Namun begitu sikit atau banyak , pelaksanaan projek mesti dilaksanakan dengan cepat, cekap, berkualiti dan berintegriti, serta memberi manfaat pada rakyat.. Sebab itu sejak saya dilantik sebagai ADO Kubang Pasu 25 tahun yang lalu saya amat mementingkan perkara-perkara tersebut, terutama projek yang berkualiti. Pejabat Daerah Kubang Pasu pernah mendapat Anugerah Pengurusan Projek Terbaik di Antara Pejabat- Pejabat Daerah Seluruh Malaysia sewaktu saya sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kubang Pasu . Ianya terbawa-bawa hingga sekarang walaupun telah menjadi seorang Pegawai Daerah yang sepatutnya diserah saja pada CADO yang ada. Namun tidak ada salahnya saya juga ambil berat secara langsung akan pelaksanaan projek selagi saya masih punya waktu untuk melakukannya.
Fakta Projek
Bina semula longkang U serta kerja-kerja
berkaitan di Kg Belakang Pekan, Mukim
Sg Kechil Ilir .Kontraktor: Warisan ANH
Enterprise. Kos RM99,258.50. Kemajuan
melebihi 50%
|
Sebab itu saya amat menggalakkan anak-anak buah saya terutama pegawai-pegawai kanan melawat sendiri tengok tempat yang hendak dilaksanakan projek tertentu, jangan hanya mengharapkan surat-surat permohonan yang diterima dan terus buat priority. Jangan hanya bergantung sepenuhnya kepada anggota-anggota kerja lain. Pegawai kena turun ke padang. Bukan kerana kita tidak percaya pada pegawai bawahan kita atau tidak percaya pada kontraktor yang melaksanakan projek. Pengalaman saya membuktikan banyak sangat dah kes-kes yang tersasar dari objektif yang ditetapkan. Kita tidak mahu pada akhirnya apa yang dirancangkan oleh kerajaan tidak tercapai objektifnya. . Peruntukan sudah banyak dikeluarkan tapi rakyat masih lagi tidak berpuas hati.. Semasa perancangan lagi sudah dibuat semakan dan ditentukan prioriti. Jadi tidaklah timbul tohmahan yang mengatakan pihak kerajaan pilih kasih dalam pemberian bantuan ekonomi, sosial dan projek fizikal. Kekerapan melawat dan memeriksa juga akan menghasilkan kerja-kerja yang lebih berkualiti dan kontraktor atau pembekal tidak lah buat lebih kurang sahaja dan tidak mengikuti spesikasi yang ditetapkan.
http://semangatjatikarya.blogspot.com/2009/08/pelaksanaan-projek.html
Kalau berminat fasal pengurusan projek boleh layari catatan saya diatas ni.... Klik sahaja kat situ
Oklah.. apa yang terlintas dalam fikiran berkenaan pengurusan projek ini telah saya godam punat-punat laptop ini menjadi ayat yang boleh difahami... Cukuplah kot no.. mungkin catatan-catatan merapu saya ni boleh menjadi panduan sesiapa yang rasa berguna.. hanya sekadar catatan peristiwa biasa sahaja . Biarlah saya stop kat sini saja... mengantuk sangat nih... besok mau bangun awal untuk ke Pejabat Pembangunan Negeri Kedah di Anak Bukit, dijemput nak bincang fasal satu projek fizikal besar juga kat Bandar Baharu ni... dengar kata dah lulus peruntukan... sama-samalah kita berdoa ianya menjadi kenyataan.. Terima kasih
Al Fatihah... aamiin
Asri Redha
Teratak Kasih
Pemasangan Gabion di Kg Sg Terap Dalam |
Gabion Kg Terap Dalam yang senget akibat aliran air laju masa hujan lebat pada 09 Jun 15 lalu |