Thursday 18 June 2015

PUSPANITA DAERAH BANDAR BAHARU ... TUNJUK BAKAT.......

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 16 Jun 2015.
Tempat : PLKN Relau

Hari ini saya nak cerita fasal aktiviti Puspanita  Daerah Bandar Baharu.. Dalam Puspanita Daerah.. saya hanya sebagai penasihat sahaja. Pengerusi ialah isteri Pegawai Daerah .. Mau tak mau, biasa tak biasa isteri DO kenalah jadi Pengerusi Puspanita Daerah.. Sebab itu bagi yang tidak biasa tu, kekok lah sikit untuk jadi Pengerusi, manakan tidak , ahli-ahli dalam Puspanita Daerah ada yang jadi pegawai kerajaan, ada suri rumah yang suaminya pegawai kerajaan. Ada jadi pegawai besar, ada pegawai profesional, dan ada pegawai bawahan. Jadi Pengerusi tu kena taulah juga sedikit sebanyak ilmu mengenai berpersatuan ni.

Oklah.. untuk menjadikan sesuatu persatuan itu boleh beroperasi dengan aktif tentunya memerlukan kerjasama dan sumbangan ahli-ahlinya.  Sebab itu ada persatuan yang tidak aktif, ada yang hidup segan mati tak mahu.. ada yang memang aktif betul dengan segala macam aktiviti yang diatur.

Secara kebetulan , baru saja saya menjadi Pegawai Daerah Bandar Baharu, Puspanita Negeri Kedah telah merancang untuk mengadakan lawatan turun padang ke Daerah Bandar Baharu. Mahu tidak mahu,  terpaksa diterimalah apa yang dirancang itu. Jadi saya serahkan kepada Puspanita Daerah yang akan menguruskannya dari awal hingga akhir. Sekurang-kurangnya dengan ada program ini adalah juga aktiviti Puspanita Daerah Bandar Baharu. Barulah boleh diatur mesyuarat dan sessi perkenalan dengan AJK Puspanita Daerah Bandar Baharu bersama Pengerusi Puspanita Daerah Bandar Baharu yang baharu lagi.

Pada tanggal 16 Jun 2015 yang lalu, datanglah rombongan Puspanita Negeri Kedah yang diketuai oleh Pengerusi Puspanita Negeri Kedah iaitu Ybhg Datin Paduka Dato' Hjh Che Barni bt Hj Mohd Noor. Lebih kurang 100 orang ahli Puspanita seluruh negeri Kedah telah hadir dalam program lawatan turun ke padang ini..

Puspanita Daerah Bandar Baharu telah menyediakan pelbagai program yang menarik sepanjang lawatan sehari ini. Walaupun masih baharu dan lama tidak mengadakan aktiviti, tuan rumah telah berjaya mengadakan persiapan yang sebaik mungkin dalam melayani kehadiran ramai ahli-ahli Puspanita dari seluruh daerah... Tempat program diadakan di PLKN Relau , Bandar Baharu.

Antara aktiviti yang diatur ialah melawat beberapa projek ekonomi yang diusahakan oleh penduduk tempatan seperti ladang ternakan madu kelulut, ternakan rusa dan sebagainya. Disamping itu para tetamu ditunjukkan demonstrasi membuat acar limau dan pincok dan beberapa kuih tradisional serta demonstrasi melukis batik.

Pihak Puspanita Negeri juga telah memberi sumbangan kepada beberapa ahli dan keluarga ahli yang ditimpa musibah semasa majlis makan tengahari. Pihak Puspanita Daerah sendiri telah menyediakan buah tangan terdiri produk-produk tempatan yang menjadi ingatan pelawat untuk dibawa pulang.

Lawatan ini telah berjaya mengeratkan tali silalturrahim sesama ahli-ahli Puspanita yang datang dari segenap cerok rantau negeri Kedah ini dan beramah mesra dengan Pengerusi Puspanita Negeri.

Tahniah kepada Puspanita Daerah Bandar Baharu yang berjaya mengendalikan program ini dengan jayanya walaupun ada juga sedikit sebanyak kekurangan dan kelemahan yang tidak dapat dielakkan dan tidak dijangkakan. Namun hasil kerjasama semua pihak terutama AJK Puspanita Daerah  dan lain-lain jabatan dan NGO serta YB Adun Bandar Baharu telah berjaya melaksanakan tanggung jawab yang diamanah....

Ok .. itu sahaja catatan saya.... sampai ketemu lagi..


antara barangan cenderamata 
produk tempatan yang menjadi
buah tangan pelawat.



No comments:

Post a Comment