Thursday, 25 June 2015

Bantuan Segala Macam .. Bahagianya Hidup Di Negeri Ku iNi

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 22 Jun 2015
Tempat: Masjid Al Khairiah, Mk Sg  Batu, Daerah Bandar Baharu

Assalaamualaikum.. WRT ... Buat sahabat-sahabat ku yang amat mulia disisi Allah SWT.. dan Selamat Berpuasa... Saya baru saja balik dari Masjid Al Khairiah, Mk Sungai Batu , Daerah Bandar Baharu.. Tadi baru sahaja berlangsung Majlis Berbuka Puasa Bersama Pembesar Negeri Kedah dan Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Guru Quran Sukarela, Para Pengendali Jenazah seperti Tukang Mandi Mayat dan Penggali Kubur dan juga Bidan-Bidan Kampong bagi Seluruh Daerah Bandar Baharu. Majlis tersebut diadakan di Masjid tersebut dan berjalan dengan santai-santai saja.

Bertuahnya negeri kita ini. Dalam keadaan sebahagian kecil negara-negara luar yang masih terkial-kial dalam membangunkan ekonomi negara mereka disebabkan keadaan negara yang tidak aman, kita masih dapat duduk dalam keadaan yang amat selesa sekali dan membangunkan ekonomi negara dalam keadaan yang aman makmur, tanpa apa-apa gangguan keamanan.

Sebab itu kadang-kadang oleh kerana kita tidak pernah diduga dengan peristiwa-peristiwa kecelaruan keselamatan dan kecelaruan ekonomi negara yang tidak berkesudahan, maka kita lupa akan nikmat keamanan itu.. Kita leka dengan kemewahan kita dan kita leka dengan kesenangan. Sebab itu kadang-kadang tingkah laku dan perbuatan sebahagian kecil rakyat kita banyak menjurus kepada hendak melingkupkan negara kita ini.. Mengadakan demonstrasi sana sini, fitnah sana sini, terlibat ajaran songsang, permainan politik yang keterlaluan, gejala-gejala sosial ciptaan anak-anak muda dan seumpama itu adalah merupakan asas-asas kepada keruntuhan kepada sesebuah tamaddun bangsa dan negara. Pakat-pakat lah kita semua mengekalkan perpaduan sesama kita tidak mengira bangsa, agama, suku, negeri dan sebagainya agar kekuatan negara kekal abadi dan keamanan negara sentiasa berterusan.

Ehh.. kenapa banyak sangat saya melalut ni bercakap berkenaan keamanan negara ini.. Moral ceritanya ialah kalau negara kita tidak aman, macam manalah kerajaan boleh memberi segala bantuan kepada rakyatnyaa. Kalau segala asset negara dikerah hanya untuk hal-hal berkaitan keselamatan sahaja, mana mungkin kerajaan nak tumpu sepenuhnya kepada program-program sosial dan ekonomi dengan sebaik mungkin. Tak mungkin perkara itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Tak mungkin majlis penyampaian bantuan pada hari ini dapat dilaksanakan kalau agensi tidak dapat menjana keuntungan hasil kegiatan ekonomi yang bercelaru ini.. Kerana keamananlah menyebabkan semua rakyat dapat melaksanakan aktiviti ekonomi dengan sebebas-bebasnya tanpa ada rasa takut dan tanpa ada rasa tidak selamat.. Jadi amatlah bertuahlah kita
semua dapat berada dalam negara ini.

Maka dapatlah kerajaan memberi bantuan yang bukan sedikit belanjanya. Di Daerah Bandar Baharu ini sahaja seramai lebih 440 orang telah diberikan bantuan kewangan tersebut. Saya difahamkan lebih dari RM2 Juta dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Kedah untuk diagih kepada para Bidan Kampong, Guru Quran Sukarela, Tok Mudim dan Ahli Pengendali Jenazah seluruh negeri Kedah.

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan ini disempurnakan oleh YB Dato' Hj Mohamad Rawi, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir ialah YB Dato' Norsabrina Mohd Nor , Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang juga ADUN Bandar Baharu.. Pegawai Kanan Jabatan Daerah Bandar Baharu, Kepimpinan Politik tempatan dan lain-lain lagi.  Dalam majlis ini juga
Tazkirah Khas berkaitan 'Rahmat Ramadhan'  oleh Ustaz Rohaizat Jaafar , Imam Masjid AL Fateh, Serdang telah diberikan kepada para hadirin yang hadhir.

YB Dato' Hj Mohamad  Rawi dalam ucapannya  telah menyingkap kembali tentang isu Pendatang Rohingya ke Kedah. Punca mereka lari dari negara mereka adalah kerana mereka tidak selamat lagi berada dinegara mereka disebabkan berlaku segala macam diskriminasi bangsa dan agama, penderaan sosial dan perkauman,  berlaku ketidakamanan dinegara tersebut dan segala macam isu kemiskinan..  Jadi beliau minta supaya rakyat bersyukur sangat2 dengan negara kita yang tercinta Kalau tidak, tidak mustahil rakyat negara ini juga akan menjadi seperti apa yang berlaku kepada orang Rohingya tersebut.

Oklah ya.. dah lewat benar ni.. saya mau tidur ni.. nanti nak kena bangkit sahor pula.. Kalau bangkit awal sikit boleh juga buat Sembahyang Tahajjud.. Bulan Ramadhan adalah paling terbaik kita mulakan balik sembahyang malam ini.. kalau yang lama tertinggal. . Kalau dok buat selalu .. Alhamdulillah.. tentunya sudah mendapat nikmatnya walau didunia ini. Sembahyang Tahajjud adalah sembahyang yang amat dituntut oleh agama, kerana amat besar faedahnya bagi yang mengerti.. Tengah malam nanti nak pi mengendap halaman kediaman rasmi DO , kerana waktu-waktu tu kawaq suka masuk curi buah durian yang dah mula luruh.. Bulan puasa iblis dirantai, tapi ada juga manusia-manusia yang sanggup mencuri dalam bulan-bulan puasa ni... rasanya separuh dari buah durian dalam kawasan kediaman rasmi DO Bandar Baharu habis kat depa sahaja...  Larat ka nak tunggu hari-hari..

Terima kasih kepada yang semua anak buah yang menjayakan program tadi, jabatan-jabatan, YIK, Pejabat YB Wakil Rakyat, NGO dan semuanya yang terlibat baik secara langsung dan tidak langsung. Tanpa kerjasama semua mana mungkin majlis yang diadakan ini boleh berjalan lancar.. Terima kasih sekali lagi..

Ok.. Selamat Malam, dan Selamat Sejahtera semua... sebelum tidur tu niat puasa dulu ya.. Saya sayang anda semua..

Al Fatihah.. aamiin.



No comments:

Post a Comment