Monday, 15 June 2015

Kita Berdialog Untuk Kebaikan Bukan Untuk Mengutuk: Dialog Science & ICT For Action

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 15 Jun 2015

Assalaamualaikum WRT... dan selamat malam semua.. Malam ini terniat pula nak tulis satu rencana yang berkaitan dengan program yang saya hadiri pagi tadi.. Malam ni kita sembang-sembang fasal ICT dan SCience.. Tapi selalunya topik seperti ini ramai tidak berminat.. ya laa.. agak teknikal sikit.. Tapi tak teknikal pun.. tajuk saja yang lebih-lebih..

Saya hidup dalam dunia kehidupan yang boleh dipisahkan dengan nyata dimana pada satu bahagian saya hidup dalam dunia yang serba kekurangan dan pada satu bahagian lagi saya hidup dalam dunia teknologi yang pelbagai macam.. Bila ini berlaku pada saya dan saya masih ingat akan peristiwa dibahagian awal kehidupan saya , sudah tentu saya boleh nampak perbedaan yang begitu nyata. Kita boleh buat perbandingan yang jelas sekali... antara dua dunia yang berbeda sama sekali... Nasib baiklah saya tidak anti kepada IT pada waktu permulaan perkembangan ICT dalam kehidupan seharian kita.  Kalau saya anti kepada teknologi ini , tentu saya rasa jadi buta IT terus.. Ramai juga sahabat yang lebih berumur dari saya yang tak berapa nak reti menggunakan pelbagai aplikasi yang canggih dalam dunia internet. Tapi oleh kerana mereka mampu, telefon mereka memang canggih . .Smart Phone lagi.. Malangnya aplikasi yang ada dalam telefon itu tidak digunakan sepenuhnya.. Telefon yang teramat canggih itu hanya digunakan untuk Telefon, SMS dan juga berinternet secara biasa.. Itu bagus jua kalau pemiliknya buat langganan broadband. Ada setengah tu sampai ke sut tak langgan Broadband yang banyai ditawar kan oleh Syarikat Penyedia Perkhidmatan,  Tapi bagi saya Alhamdulillah... walaupun saya tidak mempunyai ilmu yang mendalam berkenaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini, tapi minat yang tiba-tiba membuat saya berusaha belajar secara basic bersendirian.. Al Hamdulillah sedikit sebanyak saya dapatlah juga mengikuti perkembangan2 terkini dalam teknologi komputer, gajet-gajet elektronik, dan juga komunikasi yang  canggih...  Ok panjang pula intronya

Bagi saya teknologi komunikasi moden perlu dipelajari oleh semua orang tidak kira tua atau muda.. Jangan jadikan tua sebagai alasan untuk kita tidak menggunakan teknologi yang semakin berkembang setiap tahun itu. Apabila ada aktiviti promosi ICT dan Science diadakan di Daerah Bandar Baharu ini walaupun dikampong, saya suka sangat untuk mengambil bahagian sama.. Cumanya bagi Daerah Bandar Baharu ini yang agak jauh di Selatan Negeri Kedah, infrastruktur berkenaan komunikasi  ini agak kurang diberi perhatian.. Masih banyak lagi tempat-tempat di dalam Daerah Bandar Baharu ini tidak mempunyai liputan broadband yang luas dan laju. Kalau adapun tidak laju.. Kalau tidak laju macam mana pula rakyat  nak guna gajet atau smartphone untuk menimba ilmu dari internet dan memudahkan urusan harian  menggunakan kemudahan internet.


Inisiatif dari YB ADUN Bandar Baharu yang mengadakan Dialog  Science & ICT For Action di Kg Cherok Meranti, Sg Batu  adalah langkah yang amat baik. Melalui majlis ini dapatlah penduduk kampong mengenengahkan isu-isu dan masalah berkaitan infrastruktur komunikasi dan internet. Semua penyedia perkhidmatan  komunikasi seperti TM, DiGi, Celcom dan SKMM telah hadir dalam dialog tersebut..Begitu juga beberapa jabatan daerah seperti PDRM, MDBB, Penerangan telah hadir dalam majlis ini.  Melalui cara ini pihak Syarikat Penyedia Perkhidmatan dan SKMM boleh melihat dan mendengar sendiri luahan rasa dan perasaan orang-orang kampong yang juga dahagakan komunikasi yang canggih dan berkesan.. Mereka juga tidak harus ketinggalan dalam arus telekomunikasi canggih dan teknologi yang amat diperlukan.

Semua JKKK berdekatan dijemput dalam majlis ini iaitu dari Kg Sg Batu , Kg Sg Buluh, Kg Sg Kasai, Kg. Rantau Panjang, Kg. Sg Taka, Kg Sg Pasir dan Kg Kenangan. Banyak masalah dan cadangan disuarakan oleh penduduk kampong berkenaan untuk diteliti dan dikaji oleh pihak penyedia perkhidmatan dan SKMM. SKMM sendiri nampaknya memberi harapan yang agak positif dalam beberapa isu yang dibangkitkan. Isu-isu keselamatan dan infrastruktur fizikal juga dibangkitkan dan direkodkan untuk tindakan susulan jabatan-jabatan dimana yang bersesuaian.

Sekiranya talian dan komunikasi internet lebih baik dengan kelajuan yang berpatutan barulah orang-orang kampong boleh menggunakan telefon pintar mereka itu dengan lebih hebat lagi , disamping dapat menggunakan komputer untuk melayari internet. Selama ini sebahagian besar penduduk kampong dan warga emas dikampong hanya menggunakan fungsi tradisional seperti membuat panggilan dan menjawab panggilan, selain menaip khidmat pesanan ringkas SMS. Mereka tidak dapat memanafaatkan sepenuhnya kecanggihan telefon pintar yang ada dan dimiliki. Di dalam telefon pintar mengandungi pelbagai aplikasi seperti aplikasi peta, pencarian lokasi, pencarian segala jenis maklumat, , informasi dan kalendar yang sepatutnya dapat membantu memudahkan segala urusan harian mereka. Orang-orang kampong sekarang ini sudah mampu untuk memiliki telefon pintar , namun begitu ianya memerlukan infrastruktur komunikasi yang elok dan berkelajuan tinggi untuk membolehkan mereka melayari internet dan berkomunikasi tanpa masalah.. Saya berdoa agar pihak-pihak yang bertanggung jawab seperti SKMM dan Syarikat Penyedia Broadband melakukan sesuatu dengan segera agar seluruh kawasan Daerah Bandar Baharu diliputi sepenuhnya dengan kemudahan perhubungan digital yang lebih baik dan sempurna.

Oklah,, elok saya tamatkan cerita tadi disini sahaja. Sebenarnya saya amat berminat untuk menulis berkenaan  ICT canggih ni dan bagaimana ianya boleh memberi kemudahan yang begitu meluas dalam menjalani kehidupan seharian. Hanya yang biasa mengunakannya baru tahu betapa mudahnya urusan harian dapat diselesaikan hanya dengan mengadap komputer atau menggunakan smartphone yang ada... memang hebat dan memang amat memudahkan... Saya sudah banyak mendapat manfaatnya dari penggunaan teknologi komunikasi dan internet yang canggih ini.. nanti saya cuba cari bahan dulu dan akan tulis nanti..

Ok Permisi dulu.. Alfatihah.. aamiin.

No comments:

Post a Comment