Catatan : Mohd Asri Redha
Tempat.: Dataran Tasek Serdang
TanaM Pokok.. YB ADUN pun tanam juga... |
Pagi tadi anak-anak buah saya di Majlis Daerah Bandar Baharu telah menyusun ator Program Gotong Royong Perdana di sekitar Tasik Serdang.... Tasik ni memang cantik dan amat menarik pemandangannya.. Selalu saya sebut disinilah satu-satu Pekan yang ada 2 tasik yang sedia ada yang boleh dijadikan tarikan pelancong, tempat riadah , tempat beristirehat, tempat beribadah dan segala perkara baik-baik boleh dilakukan di tepian tasik ini... Sebab itu saya tegaskan supaya kebersihan perlu dijaga rapi disekitar kawasan ini.. Bagi saya kita tidak perlu berbelanja besar untuk menjadikan sesuatu tempat itu menarik dan nyaman... hanya amalan kebersihan berterusan akan menampakkan sesuatu tempat itu menarik.. MDBB adalah sebuah PBT yang paling kecil dikalangan PBT yang ada di Kedah . Sumber kewangannya juga adalah amat terhad sekali.. Namun begitu saya menegaskan dalam hal kecantikan dan keindahan... tidak perlu berbelanja besar... kalau ada lanskap yang indah dan besar-besar sekalipun tapi tempat itu tidak terjaga dan kotor , sudah tentu tidak ada maknanya..
Orang kita suka sangat kalau nak bagi cantik kena buat bangunan besar-besar dan indah-indah .. tetapi jarang sangat kita beri perhatian kepada aspek-aspek kebersihan sekitar kita... Pergilah kemana-mana tempat peranginan, terutama ditempat yang tidak ada jagaan secara tetap, kotor dan rosak sana sini disebabkan perbuatan manusia yang tidak berakal.. Sampah dibuang merata-rata , walaupun kadang kala tong sampah ada didepan mata.. Tempat-tempat peranginan semula jadi seperti diair terjun, sungai-sungai , dan hutan-hutan lipor .. boleh dikatakan 'trend'nya sama sahaja dari segi pembuangan sampah oleh manusia yang menggunakan tempat-tempat peranginan.. segala sudut ada pelbagai macam sisa makanan dan lampin pakai buang ditinggalkan dicelah-celah pokok selepas habis sahaja mereka berkelah. Depa ingat lepas ni ada orang kutip kut .. Atau depa ingat depa tidak akan datang lagi dan kut ke tempat peranginan ini..
BerucaP |
Oklah panjang pula 'intro'nya.. Memang fasal bab kebersihan ini saya memang semangat sikit nak menulis... macam-macam boleh saya tulis... tu yang melalut-lalut sikit..
MemeSiN RumPuT |
BeramaH MesrA |
MengangkuT |
MengutiP |
Kalau kita ingat buat kerja-kerja renyah seperti itu adalah paksaan.... maka jadilah ia sebagai satu kerja yang amat memeritkan dan menyusahkan.. dia buat la kerja sentuh sana sikit sentoh sini sikit lepas tu lepa sahaja terus hilang.... biasa la tu . Saya memang suka memerhati dan menganalisa perkara-perkara seperti ini...... banyak tempat sudah saya bekerja terutama di PBT .. keadaan lebih kurang serupa sahaja. Kita cuba lah sedaya yang ada untuk mengubah pemikiran dan perlakuan seperti itu dengan mengamalkan Kepimpinan Melalui Teladan.. Cakap Kena Serupa Bikin..
Satu lagi yang saya nampak bila buat gotong royong .. penduduk setempat amat kurang memberi perhatian dan kerjasama dan tak turun pun sedangkan kita buat untuk keselesaan mereka yang tinggal disekitar itu sebenarnya.... untuk ketenangan mereka, untuk keharmonian kehidupan mereka dan untuk keselesaan mereka. Kalau difikir-fikirkan apa perlunya saya yang duduk di Alor Setar, bersusah payah turun bergotong royong ditempat mereka , sedang orang tempatan sendiri tidak ambil kisah pun... yang banyak orang bandaran dan jabatan serta NGO yang kita jemput sahajalah...
Paling saya kecewa bila saya dan anak buah turun kutip sampah sekeliling tasik ini, dan lalu dihadapan sekumpulan penduduk taman yang bersebelah Tasek Serdang tersebut, sambil saya dan anak-anak buah dok tunduk kutip sampah dan botol-botol terbuang, boleh depa tengok sahaja apa yang kita buat... Macam heran pula tengok apa yang kita buat. Depa dok berborak-borak kosong sahaja kat pondok rehat itu... Apa salahnya depa tumpang joint sama bergotong royong membersihkan kawasan mereka... Bukan depa tidak tahu kita buat gotong royong kawasan depa, tapi itulah yang dikatakan sikap... memang geram betul.. tapi apa yang boleh dibuat... kalau itupun masih tidak dapat menyedarkan mereka, apa lagi caranya.. tak taulah saya... Kalau begitu sikapnya macammana pula dengan anak cucu mereka.. sapa lagi nak tunjuk contoh tauladan yang baik kepada anak cucu mereka kalau bukan mereka.... Hati dan perasaan seperti batu.. tak ada rasa apa-apa apa yang dilihat dan didengar. Sebab itu jangan hairan kalau ada orang sanggup buang sampah ikut suka dia saja, dimana saja walaupun tempat awam.. dan orang lihat perbuatannya.. Bagi saya orang yang buang sampah merata-rata tu boleh dianggap sampah masyarakat, memang kurang ajar dan memang tak ada hati perut. Isu buang sampah ini bukan isu remeh dan boleh dibuat mudah... Banyak kerugian pada kita.. Longkang tersumbat kerana sampah, banjir kilat kerana sampah , penyakit merebak kerana sampah, hidupan air mati kerana sampah dan segala macam masalah yang dibawa oleh SamPah yang tidak diurus dengan baik.. Jadi kita kena ambil berat dan kena gerakkan persepsi masyarakat agar kita benci kepada orang yang suka buang sampah merata-rata.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang mengambil bahagian dalam gotong royong terutama anak-anak buah saya di PTBB, PDBB dan MDBB, jabatan-jabatan yang terlibat, ahli majlis , JKKK, JPP , NGO , orang perseorangan yang sukarela turun sama bergotong royong, YB Dato' Nor Sabrina ADUN Bandar Baharu / Ahli EXCO sendiri pun turun sama bergotong royong memberi semangat kepada semua yang hadir dan
MenGecaT |
Oklah, elok saya tamatkan dulu tajuk ini, saya kira soal kebersihan ini sudah puas saya bualkan .. ada lagi rencana cerita-cerita yang telah tuliskan sebelum ini fasal gotong royong dan kebersihan yang boleh saudara saudari layari sahaja alamat dibawah ini... macam saya kata dulu isu-isu kebersihan ini telah lama saya beri perhatian sejak dahulu lagi.. Boleh layari sebahagian catatan-catatan saya berkenaan perkara tersebut di dibawah... Klik saja... kat situ...
http://semangatjatiptks.blogspot.com/2012/03/orang-islam-wajib-menjaga-kebersihan.html
http://semangatjatiptks.blogspot.com/2011/10/bersihkah-kita.html
http://semangatjatimbas.blogspot.com/2013/06/gotong-royong-perdana-mbas-2013-kita.html
https://www.facebook.com/asredha/media_set?set=a.678357618847196.1073741830.100000188912921&type=3
No comments:
Post a Comment