Showing posts with label buka puasa. Show all posts
Showing posts with label buka puasa. Show all posts

Friday, 10 July 2015

SYUKUR NIKMAT ALLAH SWT... MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 04 Julai 2015
Tempat: Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Bandar Baharu


Salam sejahtera dan selamat berpuasa.. masih bertahan lagi dengan puasa yang semakin menghampiri penghujungnya... Alhamdulillah.. Tidak ada rasa kekesalan bagi umat Islam menghadapi dugaan Allah dalam bulan Ramadhan malahan, kedatangannya ditunggu-tunggu bagi yang mengerti. Sayu rasanya bila Ramadhan Al Mubarak ini semakin sampai ke penghujungnya.. Apakah Ramadhan yang akan datang, diri ini masih ada lagi didunia ini, tiada siapa yang mengetahuinya, hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.. Kalau begitu Ramadhan kali ini kita gunakan sepenuhnya .
untuk beribadat dimana yang boleh, kerana setiap ibadat dan kerja baik kita akan dilipat gandakan pahala dan ganjarannya oleh Allah SWT....

Ok.. kali ini saya nak cerita berkenaan aktiviti jabatan sahaja.. Ketiga-tiga jabatan saya telah bergabung tenaga mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama dengan Pemimpin-Pemimpin Tempatan, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Puspanita, NGO dan lain-lain lagi . Majlis ini diadakan pada 04 Julai 2015,, diperkarangan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Bandar Baharu. Inilah julung-julung kalinya majlis ini di sini, dan sambutannya memang menggalakkan.

Biasa la bila mengadakan majlis berbuka puasa, tentunya nak makan-makan sambil beramah mesra dengan semua kakitangan, dengan orang-orang politik, dengan Yang Berhormat kawasan, dengan ketua-ketua jabatan dan semuanya.. Seronok juga boleh bersantai-santai seperti ini sekali sekala....

Saya amat berterima kasih kepada YB Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu dan YB ADUN Bandar Baharu yang seringkali memberi kerjasama yang erat bersama dengan pentadbiran daerah dalam menyalurkan sumbangan untuk program-program sosial seperti ini.. Begitu juga dengan jabatan-jabatan yang tidak kurang banyak membantu menjayakan majlis ini.

Itu yang kita hendak sebenarnya, hubungan silaturrahim sesama insan itu amat perlu diujudkan. Melalui cara ini barulah keharmonian dapat dicapai. Dimana-mana tempat dan keadaan,  keharmonian  dan kesejahteraan sesama insan iu amat perlu diberi perhatian. Melalui cara inilah sahaja yang dapat membahagiakan semua orang.  Selalu saya ketengahkan fasal bahagia ini, kerana untuk apa kita hidup didunia ini jika tidak bahagia.. Kerana hubungan yang tidak baik sesama insan membikin diri dalam keadaan 'tension', sakit hati, geram, cemburu, marah, meluat, dan perkataan yang seumpama itu... kalau kita ada perkara-perkara seperti itu  dalam diri kita , jangan harap boleh hidup bahagia didunia yang hanya sementara itu. Hubungan baik sesama jiran boleh dijalin jika kita berjaya mengenepikan perkara-perkara tersebut.

Program majlis diisi dengan tazkirah dari Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu, ucapan saya, ucapan dari YB ADUN Bandar Baharu dan juga Majlis Tahlil.. serta penyampaian cenderamata / duit raya kepada semua kakitangan  yang hadhir.   Majlis Berbuka Puasa di sediakan juadah enak termasuk kambing panggang dan buah-buahan enak dari pokok kawasan kediaman rasmi DO sendiri..

Jumpa lagi dalam catatan lain pula...








Thursday, 25 June 2015

Bantuan Segala Macam .. Bahagianya Hidup Di Negeri Ku iNi

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 22 Jun 2015
Tempat: Masjid Al Khairiah, Mk Sg  Batu, Daerah Bandar Baharu

Assalaamualaikum.. WRT ... Buat sahabat-sahabat ku yang amat mulia disisi Allah SWT.. dan Selamat Berpuasa... Saya baru saja balik dari Masjid Al Khairiah, Mk Sungai Batu , Daerah Bandar Baharu.. Tadi baru sahaja berlangsung Majlis Berbuka Puasa Bersama Pembesar Negeri Kedah dan Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Guru Quran Sukarela, Para Pengendali Jenazah seperti Tukang Mandi Mayat dan Penggali Kubur dan juga Bidan-Bidan Kampong bagi Seluruh Daerah Bandar Baharu. Majlis tersebut diadakan di Masjid tersebut dan berjalan dengan santai-santai saja.

Bertuahnya negeri kita ini. Dalam keadaan sebahagian kecil negara-negara luar yang masih terkial-kial dalam membangunkan ekonomi negara mereka disebabkan keadaan negara yang tidak aman, kita masih dapat duduk dalam keadaan yang amat selesa sekali dan membangunkan ekonomi negara dalam keadaan yang aman makmur, tanpa apa-apa gangguan keamanan.

Sebab itu kadang-kadang oleh kerana kita tidak pernah diduga dengan peristiwa-peristiwa kecelaruan keselamatan dan kecelaruan ekonomi negara yang tidak berkesudahan, maka kita lupa akan nikmat keamanan itu.. Kita leka dengan kemewahan kita dan kita leka dengan kesenangan. Sebab itu kadang-kadang tingkah laku dan perbuatan sebahagian kecil rakyat kita banyak menjurus kepada hendak melingkupkan negara kita ini.. Mengadakan demonstrasi sana sini, fitnah sana sini, terlibat ajaran songsang, permainan politik yang keterlaluan, gejala-gejala sosial ciptaan anak-anak muda dan seumpama itu adalah merupakan asas-asas kepada keruntuhan kepada sesebuah tamaddun bangsa dan negara. Pakat-pakat lah kita semua mengekalkan perpaduan sesama kita tidak mengira bangsa, agama, suku, negeri dan sebagainya agar kekuatan negara kekal abadi dan keamanan negara sentiasa berterusan.

Ehh.. kenapa banyak sangat saya melalut ni bercakap berkenaan keamanan negara ini.. Moral ceritanya ialah kalau negara kita tidak aman, macam manalah kerajaan boleh memberi segala bantuan kepada rakyatnyaa. Kalau segala asset negara dikerah hanya untuk hal-hal berkaitan keselamatan sahaja, mana mungkin kerajaan nak tumpu sepenuhnya kepada program-program sosial dan ekonomi dengan sebaik mungkin. Tak mungkin perkara itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Tak mungkin majlis penyampaian bantuan pada hari ini dapat dilaksanakan kalau agensi tidak dapat menjana keuntungan hasil kegiatan ekonomi yang bercelaru ini.. Kerana keamananlah menyebabkan semua rakyat dapat melaksanakan aktiviti ekonomi dengan sebebas-bebasnya tanpa ada rasa takut dan tanpa ada rasa tidak selamat.. Jadi amatlah bertuahlah kita
semua dapat berada dalam negara ini.

Maka dapatlah kerajaan memberi bantuan yang bukan sedikit belanjanya. Di Daerah Bandar Baharu ini sahaja seramai lebih 440 orang telah diberikan bantuan kewangan tersebut. Saya difahamkan lebih dari RM2 Juta dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Kedah untuk diagih kepada para Bidan Kampong, Guru Quran Sukarela, Tok Mudim dan Ahli Pengendali Jenazah seluruh negeri Kedah.

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan ini disempurnakan oleh YB Dato' Hj Mohamad Rawi, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir ialah YB Dato' Norsabrina Mohd Nor , Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang juga ADUN Bandar Baharu.. Pegawai Kanan Jabatan Daerah Bandar Baharu, Kepimpinan Politik tempatan dan lain-lain lagi.  Dalam majlis ini juga
Tazkirah Khas berkaitan 'Rahmat Ramadhan'  oleh Ustaz Rohaizat Jaafar , Imam Masjid AL Fateh, Serdang telah diberikan kepada para hadirin yang hadhir.

YB Dato' Hj Mohamad  Rawi dalam ucapannya  telah menyingkap kembali tentang isu Pendatang Rohingya ke Kedah. Punca mereka lari dari negara mereka adalah kerana mereka tidak selamat lagi berada dinegara mereka disebabkan berlaku segala macam diskriminasi bangsa dan agama, penderaan sosial dan perkauman,  berlaku ketidakamanan dinegara tersebut dan segala macam isu kemiskinan..  Jadi beliau minta supaya rakyat bersyukur sangat2 dengan negara kita yang tercinta Kalau tidak, tidak mustahil rakyat negara ini juga akan menjadi seperti apa yang berlaku kepada orang Rohingya tersebut.

Oklah ya.. dah lewat benar ni.. saya mau tidur ni.. nanti nak kena bangkit sahor pula.. Kalau bangkit awal sikit boleh juga buat Sembahyang Tahajjud.. Bulan Ramadhan adalah paling terbaik kita mulakan balik sembahyang malam ini.. kalau yang lama tertinggal. . Kalau dok buat selalu .. Alhamdulillah.. tentunya sudah mendapat nikmatnya walau didunia ini. Sembahyang Tahajjud adalah sembahyang yang amat dituntut oleh agama, kerana amat besar faedahnya bagi yang mengerti.. Tengah malam nanti nak pi mengendap halaman kediaman rasmi DO , kerana waktu-waktu tu kawaq suka masuk curi buah durian yang dah mula luruh.. Bulan puasa iblis dirantai, tapi ada juga manusia-manusia yang sanggup mencuri dalam bulan-bulan puasa ni... rasanya separuh dari buah durian dalam kawasan kediaman rasmi DO Bandar Baharu habis kat depa sahaja...  Larat ka nak tunggu hari-hari..

Terima kasih kepada yang semua anak buah yang menjayakan program tadi, jabatan-jabatan, YIK, Pejabat YB Wakil Rakyat, NGO dan semuanya yang terlibat baik secara langsung dan tidak langsung. Tanpa kerjasama semua mana mungkin majlis yang diadakan ini boleh berjalan lancar.. Terima kasih sekali lagi..

Ok.. Selamat Malam, dan Selamat Sejahtera semua... sebelum tidur tu niat puasa dulu ya.. Saya sayang anda semua..

Al Fatihah.. aamiin.