Showing posts with label bengkel. Show all posts
Showing posts with label bengkel. Show all posts

Wednesday, 10 June 2015

PBT Kedah Boleh.... 4 bintang atau 5 bintang, MDBB boleh...

Catatan.. Mohd asri Redha
Tarikh... 10 Jun 2015
Tempat..Park Avenue Hotel, Sg. Petani

Assalaamualaikum WRT.. Selamat pagi  buat sahabat2 semua...  masih mengikuti celoteh saya dalam blog ini... terima kasih saudara2 semua.  Seminggu dua ni banyak aktiviti berlaku melibatkan diri saya.. Sudah tentu  banyak cerita saya boleh tulis dan beri komen tentang setiap aktiviti yg berlaku... biasa la komen2 tu kadang2 terkena batang hidong sendiri, terkena pada sesiapa sahaja.. tp bukan mengumpat dan menghina.. semuanya hanya untuk kebaikan saya dan kita juga... bagi yang mengerti dan memahami...



Aktiviti saya hari ini ialah mengikuti  Bengkel Pencerahan Indikator Baru Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan 2015  Zon Utara. Bengkel berlangsung di Park Avenue Hotel, Sungai Petani bermula sejak kelmarin lagi. Semua PBT seluruh negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis telah hadir bengkel ini..  Saya mengambil keputusan menghadiri juga bengkel ini kerana saya menyedari saya kekurangan ilmu berkenaan hal ini walaupun sebelum ini saya terlibat juga dalam persiapan penarafan bintang untuk Majlis Bandaraya Alor Setar. Tapi itu lama punya. Indikator yang digunakan juga sudah lama. Sekarang sudah ada indikator baru yang telah dibuat penambahbaikan mengambil kira perkembangan semasa dalam aktiviti semua Pihak Berkuasa Tempatan..

Hari ini saya bertugas sebagai YDP di MDBB.. mungkin selepas ini saya kena bertugas di PBT lain pula. Jadi rasanya tidak ada ruginya saya mengikuti bengkel ini, walau terpaksa tinggal kerja yang agak banyak juga kat opis... ilmu yang ada itu boleh diguna juga bila bertugas di PBT lain.  Tapi bila saya hadhir bengkel ini.. hanya saya seorang sahaja YDP yang hadir. sayapun tak perasan bengkel ni dijemput YDP juga atau tidak, atau dijemput pegawai bawahan saja atau saya yang terhegeh-hegeh nak mai bengkel ini.. Apa-apapun kehadiran saya di bengkel ini amat dialu-alukan juga atas kapasiti satu-satu ketua PBT yang hadir .. Tu yang urusetia  suruh saya juga bagi sampai cenderamata pada penceramah tu.... Walaupun MDBB kecil sahaja tapi saya hantar juga 5 orang pegawai termasuk saya  untuk membolehkan mereka lebih memahami akan indikator yang akan dinilai nanti.


Salah satu cara kerajaan hendak mengenal pasti prestasi jabatan-jabatan yang ada ialah melalui Penarafan Bintang... Kalau satu bintang tu kira paling corot sekali... dan kalau 5 bintang tu memang terbaik sekali.. Melalui penilaian seperti ini baru diketahui akan status kualiti setiap jabatan-jabatan... Sanggupkan kita diberi taraf pejabat yang memperolehi 1 bintang sahaja.. Bagi saya tak gamak rasanya. Nampak sangat jabatan kita tu teramat terok sekali. Banyak aktiviti sepatutnya dilaksanakan tidak dilaksanakan oleh jabatan tersebut..  Dulunya kerajaan 'offer' mana-mana jabatan yang mahu masuk apa-apa pertandingan atau bukan pertandingan berkaitan kualiti seperti ISO, 5S , ISMS, indeks akauntabaliti kewangan, KMK  dan lain-lain pengiktirafan yang sesuai mengikuti kriteria yang ditetapkan. Yang mana ketua jabatannya proaktif.. depa mohon ambil bahagian.. Yang tak berapa aktif, buat tak kisah sahaja.. tak masuk atau tak ambil bahagian pun tak apa. begitulah adanya.

Namun sekarang ini, semua jabatan tidak terlepas untuk dinilai. Mahu atau tidak mahu Pasukan Penilai akan datang melawat setiap jabatan untuk dinilai. Jadi tidak dapat mengelak lagi. Kalau tidak buat apa-apa persediaan yang sesuai, maka rendahlah bintangnya.. Nak letak tang mana muka yang comey lote ni... diumumkan pula dalam media-media.. Sebenarnnya untuk persiapan penilaian penarafan bintang ini bukan sekadar nak dapat pengiktirafan bintang yang terbaik yang akhirnya kita syok sendiri... tapi ianya adalah untuk tujuan servis kita yang terbaik kepada pelanggan kita khususnya kepada rakyat jelata.  Itu yang ditekankan oleh Ybhg Dato' Harun Jasin, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan ) Negeri Kedah pada ucapan majlis  perasmian bengkel tersebut. Saya amat bersetuju dengan pandangannya itu.

Sebab itulah khusus bagi PBT , Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan  Kerajaan Tempatan (KKBPKT)  telah menyediakan senarai 345 indikator yang perlu ada dalam semua PBT. 345 Indikator ini telah diterangkan panjang lebar oleh Cik Dinesh Kaur A/P Karpal Singh dan En Mohamad Faizal b. Ahmad Zainal Abidin dari Bahagian Dasar dan Inspektorat KKBPKT. Kalau semua 345 indikator ini dipenuhi dengan fakta-fakta yang dapat dibuktikan , maka comfirm dapat 5 bintang.. Kalau dapat 5 bintang tu memang hebat sangat-sangat. Bolehkah jabatan saya yang kecil molek di MDBB mencapai bintang yang teramat  tinggi itu.. Insya Allah jika usaha berterusan dibuat oleh semua anak-anak buah dengan sokongan Ketua Jabatan, saya rasa ianya boleh menggapainya .. Usaha berterusan adalah amat penting. Jangan terhenti sekerat jalan... MDBB boleh.. untuk itu kita memerlukan banyak pengorbanan  samada pengorbanan tenaga, pengorbanan buah fikiran, pengorbanan masa, pengorbanan wang ringgit dan sebagainya... Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa pengorbanan.

Antara Kriteria Besar yang boleh saya gariskan disini ialah...

Pengurusan (20 markah)
Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras (Core) (40 markah)
Pengurusan Pelanggan (15 markah)
Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk (25 markah)

Dibawah Kriteria ini ada lagi Sub Kriteria serta Indikator yang lebih terperinci digariskan secara lebih detail untuk memudahkan semua PBT memahaminya dan mengambil tindakan sewajarnya. 

Ok.. sudah larut malam ... Letih tadi berkursus belum lega lagi.. Tapi takut idea-ideayang mai menyapa fikiran  hilang diangin lalu, saya paksakan diri juga untuk menulis dalam catatan blog ini. Inilah saja yang saya dapat tuliskan.. Jadi cukuplah setakat ini dulu...   Saya permisi dulu.. Besok saya nak sambung fasal KEBERSIHAN  pula... berkaitan Gotong Royong Perdana yang saya dan anak buah anjurkan minggu lepas....

Terima Kasih

Mohd Asri Redha....
Teratak Kasih


http://semangatjatimbas.blogspot.com/2014/01/tahniah-mbas-tetap-unggul-pelbagai.html



Saturday, 11 April 2015

Pentingnya Ada Profil Kampong...

Catatan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Tempat: Pantai Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka
Tarikh: 04.04.2015 (Sabtu)
Saya mengambil kesempatan program 
bengkel ini untuk bertemu muka dgn
Pengerusi/Setiausaha JKKK seluruh
Daerah Bandar Baharu.. Ini merupakan
program saya yang pertama dengan 
JKKK. JKKK dengan Pejabat Daerah
memang tidak dapat dipisahkan...
Assalaamualaikum.. WRT.. Buat pembaca-pembaca blog saya ini.. Terima kasih kerana saudara masih mahu membaca celoteh-celoteh saya ini..

Hari ini saya ada sedikit idea untuk berceloteh.. Idea mai ni dia tak boleh ditahan-tahan. Kalau tak ditulis nanti dia hilang seperti angin berlalu pergi.. Ibarat air yang melalui daun keladi.. terus ia pergi begitu sahaja tanpa melekat pada daun tersebut.. Jadi tidak ada apa-apa isinya.. Jadi baik saya tulis segera tumpang masih ingat.

Kelmarin dan hari ini kebetulan,
Tahniah saya ucapkan kepada Pengerusi dan
Setiausaha JKKK Daerah Bandar Baharu kerana
penyertaan peserta adalah amat memberangsangkan
dimana lebih 95 % dapat hadir bengkel ini.
Pejabat Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Bengkel Penyediaan Profil Kampong Untuk Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha JKKK seluruh Daerah Bandar Baharu. Bengkel ini diadakan di Pantai Merdeka Beach Resort, Sungai Petani.. Resort kepunyaan Majlis Perbandaran Sungai Petani dan kini diswastakan.  Saya mempunyai cerita berkenaan resort ini terutama pada waktu saya bertugas sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani satu ketika dulu..  Kisah bagaimana saya melaksanakan penguatkuasaan terhadap pengusaha Resort ini yang telah melanggari syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan, dan juga kisah tawaran menguruskan resort ini kepada pengusaha baru yang menawarkan harga sewa yang lebih rendah tetapi ditawarkan juga atas alasan yang sukar saya terima, tetapi semua itu sudah menjadi sejarah...

Sekarang saya rasa ianya sudah memberi pulangan yang baik kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani... Dari segi pengurusan operasi resort ini saya nampak ada perubahan besar dan memang menarik dan sesuai sekali untuk jabatan-jabatan kerajaan atau swasta mengadakan apa-apa aktiviti di resort ini..
Para peserta bergambar bersama 
penceramah yang dijemput khas
memberikan ceramah dalam 
bengkel tersebut.

Ok.. berbalik kepada bengkel yang diadakan ini,  ianya melibatkan peserta yang terdiri dari semua Pengerusi dan Setiausaha JKKK Daerah Bandar Baharu dan semua Penghulu Mukim. Hasrat mengadakan Bengkel ini memang telah lama dirancangkan. Lebih-lebih lagi pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sendiri telah mengarahkan semua Kampong-Kampong menyediakan Profil Kampong masing.

Bengkel yang diadakan ini adalah sebagai memberi panduan kepada peserta bagaimana cara menyedia dan mereka bentok profil yang diperlukan dengan lebih teratur dan menepati kehendak kementerian dan kerajaan negeri. Sebelum inipun saya rasa kebanyakan kampong telah ada Profil Kampong masing-masing, tapi kemungkinan ianya tidak seragam dan ada setengah-setengah maklumat tidak dimasukkan dalam Profil Mukim. Jadi dengan adanya Bengkel ini akan lebih menepati kehendak dan keperluan sebenar.

Sepertimana yang saya jelaskan dalam ucapan perasmian bengkel ini , Profil Kampong amat penting dalam perancangan dan pembangunan kampong-kampong. Tanpa maklumat dan data-data sesebuah kampong sukar untuk dibuat perancangan dengan lebih teratur dan tepat. Dengan adanya Profil Kampong inilah baru diketahui akan kedudukan sesebuah kampong dari segi kelemahan yang dan ada dan kekuatan yang ada disesebuah kampong tersebut.. Profil Kampong akan menjadi rujukan utama jabatan-jabatan negeri maupun persekutuan untuk melaksanakan program-program masing-masing...

Begitu juga peranan Pengerusi dan Setiausaha JKKK dalam sesebuah kampong amat penting. Mereka adalah penggerak kepada pembangunan kampong mereka termasuklah penentu kepada keamanan sesebuah kampong. Melalui Profil Kampong ini ianya boleh menjadi panduan dan petunjuk kepada Pengerusi dan Setiausaha untuk membangunkan kampong masing-masing.

YB Dato' Norsabrina , ADUN Bandar Baharu turut
menjengok anak-anak buah beliau dalam
bengkel ini dengan memberikan kata-kata 
semangat serta menyampaikan sedikit buah
tangan darinya.
Pihak Pejabat Daerah, Kerajaan Negeri dan Kementerian sudah tentu amat memerlukan Profile Kampong dalam menentukan bentuk  pembangunan yang perlu diberi kepada kampong tersebut. Dengan cara ini tidaklah berlaku apa-apa ketinggalan dalam pemberian bantuan sosial dan pemberian projek-projek pembangunan fizikal . Prioriti boleh dibuat dibuat dengan mudah oleh Pejabat Daerah dalam merancang dan melaksanakan projek pembangunan sosial dan fizikal.


Disamping itu saya juga mengingatkan kepada para peserta agar sentiasa mengemaskinikan data-data dan maklumat-maklumat yang ada dalam Profil Kampong masing-masing, kerana sudah tentu berlaku bermacam perubahan dalam kampong tersebut setiap hari. Pihak JKKK tidak perlulah menunggu bengkel tahun hadapan pula baru hendak mengemaskinikan data-data yang ada. Ianya kena dibuat berterusan bila ada perubahan .

Antara profil kampong yang sempat direkodkan 
Oklah , saya fikir elok saja saya berundur dahulu dari penulisan fasal Profil  Kampong ini...  biar lepas ini kita tengok pula apa hasilnya dari bengkel ini.. tentunya pihak urusetia mengharapkan hasil terbaik dibuat melalui bengkel ini dengan mengemukakan Bentok Profil Kampong yang terbaik... Dok bercadang nak beri hadiah pada Dokumen Profil Kampong yang terbaik... Insya Allah... yang penting bukan hadiah sangat, tapi pengiktirafan itu yang penting..

Jumpa lagi....




Friday, 10 April 2015

Cukai Tanah Untuk Pembangunan...

Tarikh: 02 Mac 2015
Catatan: Mohd Asri Redha
Tempat: Darulaman Suites, Darulaman Golf and Resort, Jitra



Perbincangan dengan mereka yang pakar 
berkenaan pentadbiran tanah untuk
mendapatkan pandangan dan cadangan
penstrukturan semula hasil tanah .. 
Assalaamualaikum WRT..buat sahabat-sahabat ku sekalian  dan selamat malam semua. Saya mendoakan saudara semua sentiasa diberi kemudahan dalam segala usaha dan pekerjaan yang dibuat.

Malam ini saya sudah makan ringan-ringan saja, dan baru selesai menyempurnakan perkara-perkara wajib pada diri kita sebagai umat Islam di masjid berhampiran... Adalah sedikit waktu untuk menulis dalam blog ini.. 


Blog inipun baru saja saya ujudkan untuk rekod saya dan juga untuk tatapan anak-anak buah saya di MDBB dan PDBB serta sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui aktiviti saya dan pandangan-pandangan saya... Jadi tidak ada paksaan kepada sapa-sapa untuk membaca atau tidak membacanya... tapi saya tetap menulis sebagai satu hobi dan untuk kepuasan diri...

Membentangkan hasil penemuan 
cadangan kenaan kadar baru dalam
penstrukturan hasil tanah bawah 
Jenis Pengguna  Tanah Pertanian.

Sebenarnya saya mahu menceritakan apa yang saya buat sejak kelmarin hingga tengahari tadi.. Bermula 01.04.2015 hingga 02.04.2015,  Pejabat Pengarah Tanah & Galian Negeri Kedah telah mengadakan Bengkel Semakan Semula Hasil Tanah di Darulaman Suites Jitra.. Bengkel ini adalah untuk menbincangkan dan mengeluarkan resolusi tentang Penstrukturan semula kadar-kadar hasil dan cukai tanah secara lebih menyeluruh. 


Sebenarnya penstrukturan hasil dan cukai tanah kali terakhir yang dibuat ialah pada tahun 2006. Walau bagaimanapun implimentasinya menghadapi sedikit masalah bila berlaku pertukaran kepimpinan kerajaan negeri kepada Kerajaan Pakatan Rakyat menyebabkan pada 2008, sebahagian besar kadar-kadar yang ditetapkan sebelum ini telah diberi rebat sebagai memenuhi janji parti yang memerentah yang telah memberi janji kepada rakyat apabila mereka memenangi pilihanraya.. Jadi janji terpaksa dikotakan walaupun Kerajaan Negeri menghadapi kehilangan hasil yang agak banyak...


Mungkin ramai rakyat kurang mengetahui akan bagaimana Kerajaan Negeri mendapat pendapatannya..Apakah sumber utama pendapatan kerajaan negeri. Sebenarnya sumber kewangan kerajaan adalah berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna Kerajaan Negeri tidak boleh mengutip duit dari rakyat dengan sewenang-wenangnya. Ada bidang yang boleh dikutip oleh kerajaan negeri dan ada yang hanya boleh kutip oleh kerajaan persekutuan. Begitu juga Pihak Berkuasa Tempatan ada peruntukan untuk mengutip apa-apa cukai dari rakyat.


Walau bagaimanapun ruang kutipan cukai oleh kerajaan negeri adalah amat terhad berbanding Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri hanya boleh mengutip hasil tanah, hasil-hasil hutan, cukai hiburan, hasil-hasil lombong dan lain-lain sumber yang agak terhad dan kecil sahaja. Malangnya kutipan dari hasil hutan semakin berkurangan berikutan timbul isu-isu alam sekitar yang telah menyebabkan dasar telah dikeluarkan untuk mengurangkan penebangan balak-balak dan penerokaan untuk kuari galian dan sebagainya. Begitu juga kutipan cukai hiburan agak terhad bilangan dan jumlah RM yang diperolehi terlalu sedikit. Ia tidak sehebat cukai hiburan yang dikutip oleh negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang dan Selangor. Tidak banyak pusat hiburan yang ada diseluruh Kedah ini.




Dengan sumber hasil yang diperolehi melalui itulah sahaja kerajaan negeri menguruskan negeri yang tercinta ini dengan bantuan sedikit sebanyak pemberian dari Kerajaan Persekutuan berasaskan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Sebab itu hasil cukai dari tanah amat penting kepada Kerajaan Negeri. Malangnya berbanding dengan negeri-negeri lain, kadar-kadar yang dikenakan  samada cukai tanah atau hasil-hasil tanah Kedah adalah antara negeri yang paling terendah menetapkan kadar cukai untuk sebahagian besar kategori yang terlibat. Hampir 10 tahun kadar-kadar yang ada tidak disemak semula dan sewajar tindakan penstrukturan semula hasil dan cukai tanah dibuat dengan segera.


Hasilnya Bengkel ini telah diadakan dan telah mencapai beberapa resolusi yang pada anggapan semua anggota bengkel yang terlibat adalah terbaik dan saksama kepada semua pihak, dimana ianya tidak terlalu membebankan rakyat dan yang penting rakyat atau pemilik tanah yang hanya mempunyai tanah sekadar sara diri sahaja tidak terjejas terok dengan penstrukturan semula hasil tanah dan cukai tanah tersebut.


Usaha mengadakan bengkel ini amat sesuai dan kena pada waktunya kini kerana sejak 10 tahun yang telah berlaku banyak perubahan-perubahan dalam pengurusan pentadbiran tanah negeri Kedah, perubahan teknologi maklumat, perubahan dalam struktur gaji, perubahan dalam struktur perjawatan , perubahan dalam harga-harga utiliti dan bahanapi dan segala macam perubahan lagi. Perubahan-perubahan ini perlu selari dengan peningkatan pendapatan kerajaan negeri. Jika perubahan yang telah berlaku ini tidak diikuti peningkatan dalam pendapatan kerajaan negeri, maka tentunya pentadbiran negeri akan menghadapi masalah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunannya.


Kehendak dan keperluan rakyat semakin bertambah. Apatah lagi kerajaan yang memerentah juga telah membuat akujanji pada rakyat semasa pilihanraya umum dan tentunya ianya perlu dilaksanakan dalam apa keadaanpun. Malangnya hasil yang diperolehi tidaklah sebanyak mana... Setelah ditolak pengurusan bakinya tidaklah seberapa untuk diguna bagi projek-projek pembangunan.


Resolusi dan cadangan penstrukturan semula hasil tanah ini telah dipersetujui secara bersama dan wajar berdasarkan kepada perbandingan dengan negeri-negeri lain dan juga mengambil kira suasana semasa dan jenis kegiatan yang dibuat diatas tersebut. Namun begitu ianya masih dalam peringkat draf dan tentunya Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri pula akan meneliti cadangan ini dan mereka juga mempunyai pertimbangan-pertimbangan tersendiri dalam isu semakan ini kerana ianya melibatkan rakyat.. Namun begitu kita amat mengharapkan cadangan ini dapat dipertimbangkan sewajarnya kerana keperluan memenuhi kehendak rakyat juga perlu diambil kira sebaiknya.... 


Ok .. rasanya saya berhenti dulu kat sini... mata pun dah kuyu keletihan ni.. Kalau diteruskan juga boleh merapu pula fikiran yang tidak ketahuan ini.. Jadi wajar sangat saya berhenti dan masuk tidor... Ok jumpa lagi...


Terima kasih





Teratak Kasih

Alor Setar Kedah
12.30 mlm