Catatan: Mohd Asri Redha
Tempat: Darulaman Suites, Darulaman Golf and Resort, Jitra
Perbincangan dengan mereka yang pakar
berkenaan pentadbiran tanah untuk
mendapatkan pandangan dan cadangan
penstrukturan semula hasil tanah ..
|
Malam ini saya sudah makan ringan-ringan saja, dan baru selesai menyempurnakan perkara-perkara wajib pada diri kita sebagai umat Islam di masjid berhampiran... Adalah sedikit waktu untuk menulis dalam blog ini..
Blog inipun baru saja saya ujudkan untuk rekod saya dan juga untuk tatapan anak-anak buah saya di MDBB dan PDBB serta sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui aktiviti saya dan pandangan-pandangan saya... Jadi tidak ada paksaan kepada sapa-sapa untuk membaca atau tidak membacanya... tapi saya tetap menulis sebagai satu hobi dan untuk kepuasan diri...
Membentangkan hasil penemuan
cadangan kenaan kadar baru dalam
penstrukturan hasil tanah bawah
Jenis Pengguna Tanah Pertanian.
|
Sebenarnya saya mahu menceritakan apa yang saya buat sejak kelmarin hingga tengahari tadi.. Bermula 01.04.2015 hingga 02.04.2015, Pejabat Pengarah Tanah & Galian Negeri Kedah telah mengadakan Bengkel Semakan Semula Hasil Tanah di Darulaman Suites Jitra.. Bengkel ini adalah untuk menbincangkan dan mengeluarkan resolusi tentang Penstrukturan semula kadar-kadar hasil dan cukai tanah secara lebih menyeluruh.
Sebenarnya penstrukturan hasil dan cukai tanah kali terakhir yang dibuat ialah pada tahun 2006. Walau bagaimanapun implimentasinya menghadapi sedikit masalah bila berlaku pertukaran kepimpinan kerajaan negeri kepada Kerajaan Pakatan Rakyat menyebabkan pada 2008, sebahagian besar kadar-kadar yang ditetapkan sebelum ini telah diberi rebat sebagai memenuhi janji parti yang memerentah yang telah memberi janji kepada rakyat apabila mereka memenangi pilihanraya.. Jadi janji terpaksa dikotakan walaupun Kerajaan Negeri menghadapi kehilangan hasil yang agak banyak...
Mungkin ramai rakyat kurang mengetahui akan bagaimana Kerajaan Negeri mendapat pendapatannya..Apakah sumber utama pendapatan kerajaan negeri. Sebenarnya sumber kewangan kerajaan adalah berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna Kerajaan Negeri tidak boleh mengutip duit dari rakyat dengan sewenang-wenangnya. Ada bidang yang boleh dikutip oleh kerajaan negeri dan ada yang hanya boleh kutip oleh kerajaan persekutuan. Begitu juga Pihak Berkuasa Tempatan ada peruntukan untuk mengutip apa-apa cukai dari rakyat.
Walau bagaimanapun ruang kutipan cukai oleh kerajaan negeri adalah amat terhad berbanding Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri hanya boleh mengutip hasil tanah, hasil-hasil hutan, cukai hiburan, hasil-hasil lombong dan lain-lain sumber yang agak terhad dan kecil sahaja. Malangnya kutipan dari hasil hutan semakin berkurangan berikutan timbul isu-isu alam sekitar yang telah menyebabkan dasar telah dikeluarkan untuk mengurangkan penebangan balak-balak dan penerokaan untuk kuari galian dan sebagainya. Begitu juga kutipan cukai hiburan agak terhad bilangan dan jumlah RM yang diperolehi terlalu sedikit. Ia tidak sehebat cukai hiburan yang dikutip oleh negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang dan Selangor. Tidak banyak pusat hiburan yang ada diseluruh Kedah ini.
Dengan sumber hasil yang diperolehi melalui itulah sahaja kerajaan negeri menguruskan negeri yang tercinta ini dengan bantuan sedikit sebanyak pemberian dari Kerajaan Persekutuan berasaskan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sebab itu hasil cukai dari tanah amat penting kepada Kerajaan Negeri. Malangnya berbanding dengan negeri-negeri lain, kadar-kadar yang dikenakan samada cukai tanah atau hasil-hasil tanah Kedah adalah antara negeri yang paling terendah menetapkan kadar cukai untuk sebahagian besar kategori yang terlibat. Hampir 10 tahun kadar-kadar yang ada tidak disemak semula dan sewajar tindakan penstrukturan semula hasil dan cukai tanah dibuat dengan segera.
Hasilnya Bengkel ini telah diadakan dan telah mencapai beberapa resolusi yang pada anggapan semua anggota bengkel yang terlibat adalah terbaik dan saksama kepada semua pihak, dimana ianya tidak terlalu membebankan rakyat dan yang penting rakyat atau pemilik tanah yang hanya mempunyai tanah sekadar sara diri sahaja tidak terjejas terok dengan penstrukturan semula hasil tanah dan cukai tanah tersebut.
Usaha mengadakan bengkel ini amat sesuai dan kena pada waktunya kini kerana sejak 10 tahun yang telah berlaku banyak perubahan-perubahan dalam pengurusan pentadbiran tanah negeri Kedah, perubahan teknologi maklumat, perubahan dalam struktur gaji, perubahan dalam struktur perjawatan , perubahan dalam harga-harga utiliti dan bahanapi dan segala macam perubahan lagi. Perubahan-perubahan ini perlu selari dengan peningkatan pendapatan kerajaan negeri. Jika perubahan yang telah berlaku ini tidak diikuti peningkatan dalam pendapatan kerajaan negeri, maka tentunya pentadbiran negeri akan menghadapi masalah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunannya.
Kehendak dan keperluan rakyat semakin bertambah. Apatah lagi kerajaan yang memerentah juga telah membuat akujanji pada rakyat semasa pilihanraya umum dan tentunya ianya perlu dilaksanakan dalam apa keadaanpun. Malangnya hasil yang diperolehi tidaklah sebanyak mana... Setelah ditolak pengurusan bakinya tidaklah seberapa untuk diguna bagi projek-projek pembangunan.
Resolusi dan cadangan penstrukturan semula hasil tanah ini telah dipersetujui secara bersama dan wajar berdasarkan kepada perbandingan dengan negeri-negeri lain dan juga mengambil kira suasana semasa dan jenis kegiatan yang dibuat diatas tersebut. Namun begitu ianya masih dalam peringkat draf dan tentunya Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri pula akan meneliti cadangan ini dan mereka juga mempunyai pertimbangan-pertimbangan tersendiri dalam isu semakan ini kerana ianya melibatkan rakyat.. Namun begitu kita amat mengharapkan cadangan ini dapat dipertimbangkan sewajarnya kerana keperluan memenuhi kehendak rakyat juga perlu diambil kira sebaiknya....
Ok .. rasanya saya berhenti dulu kat sini... mata pun dah kuyu keletihan ni.. Kalau diteruskan juga boleh merapu pula fikiran yang tidak ketahuan ini.. Jadi wajar sangat saya berhenti dan masuk tidor... Ok jumpa lagi...
Terima kasih
Teratak Kasih
Alor Setar Kedah
12.30 mlm
No comments:
Post a Comment