Tempat: Pantai Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka
Tarikh: 04.04.2015 (Sabtu)
Hari ini saya ada sedikit idea untuk berceloteh.. Idea mai ni dia tak boleh ditahan-tahan. Kalau tak ditulis nanti dia hilang seperti angin berlalu pergi.. Ibarat air yang melalui daun keladi.. terus ia pergi begitu sahaja tanpa melekat pada daun tersebut.. Jadi tidak ada apa-apa isinya.. Jadi baik saya tulis segera tumpang masih ingat.
Kelmarin dan hari ini kebetulan,
Tahniah saya ucapkan kepada Pengerusi dan
Setiausaha JKKK Daerah Bandar Baharu kerana
penyertaan peserta adalah amat memberangsangkan
dimana lebih 95 % dapat hadir bengkel ini.
|
Sekarang saya rasa ianya sudah memberi pulangan yang baik kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani... Dari segi pengurusan operasi resort ini saya nampak ada perubahan besar dan memang menarik dan sesuai sekali untuk jabatan-jabatan kerajaan atau swasta mengadakan apa-apa aktiviti di resort ini..
Para peserta bergambar bersama
penceramah yang dijemput khas
memberikan ceramah dalam
bengkel tersebut.
|
Ok.. berbalik kepada bengkel yang diadakan ini, ianya melibatkan peserta yang terdiri dari semua Pengerusi dan Setiausaha JKKK Daerah Bandar Baharu dan semua Penghulu Mukim. Hasrat mengadakan Bengkel ini memang telah lama dirancangkan. Lebih-lebih lagi pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sendiri telah mengarahkan semua Kampong-Kampong menyediakan Profil Kampong masing.
Bengkel yang diadakan ini adalah sebagai memberi panduan kepada peserta bagaimana cara menyedia dan mereka bentok profil yang diperlukan dengan lebih teratur dan menepati kehendak kementerian dan kerajaan negeri. Sebelum inipun saya rasa kebanyakan kampong telah ada Profil Kampong masing-masing, tapi kemungkinan ianya tidak seragam dan ada setengah-setengah maklumat tidak dimasukkan dalam Profil Mukim. Jadi dengan adanya Bengkel ini akan lebih menepati kehendak dan keperluan sebenar.
Sepertimana yang saya jelaskan dalam ucapan perasmian bengkel ini , Profil Kampong amat penting dalam perancangan dan pembangunan kampong-kampong. Tanpa maklumat dan data-data sesebuah kampong sukar untuk dibuat perancangan dengan lebih teratur dan tepat. Dengan adanya Profil Kampong inilah baru diketahui akan kedudukan sesebuah kampong dari segi kelemahan yang dan ada dan kekuatan yang ada disesebuah kampong tersebut.. Profil Kampong akan menjadi rujukan utama jabatan-jabatan negeri maupun persekutuan untuk melaksanakan program-program masing-masing...
Begitu juga peranan Pengerusi dan Setiausaha JKKK dalam sesebuah kampong amat penting. Mereka adalah penggerak kepada pembangunan kampong mereka termasuklah penentu kepada keamanan sesebuah kampong. Melalui Profil Kampong ini ianya boleh menjadi panduan dan petunjuk kepada Pengerusi dan Setiausaha untuk membangunkan kampong masing-masing.
YB Dato' Norsabrina , ADUN Bandar Baharu turut
menjengok anak-anak buah beliau dalam
bengkel ini dengan memberikan kata-kata
semangat serta menyampaikan sedikit buah
tangan darinya.
|
Disamping itu saya juga mengingatkan kepada para peserta agar sentiasa mengemaskinikan data-data dan maklumat-maklumat yang ada dalam Profil Kampong masing-masing, kerana sudah tentu berlaku bermacam perubahan dalam kampong tersebut setiap hari. Pihak JKKK tidak perlulah menunggu bengkel tahun hadapan pula baru hendak mengemaskinikan data-data yang ada. Ianya kena dibuat berterusan bila ada perubahan .
Antara profil kampong yang sempat direkodkan |
Jumpa lagi....
No comments:
Post a Comment