Friday, 3 July 2015

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul...

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 01 Julai 2015
Tempat: PDK Cahaya Kristal, Parit Nibong, Daerah Bandar Baharu


Assalaamualaikum.. wrt buat sahabat2ku yg amat mulia disisi Allah SWT.. dan selamat pagi kawan2...
Saya berdoa hari ini kita gembira sahaja... boleh tak...boleh la.. kena gembira kalau mahu bahagia...

Semalam punya cerita... 'Betapa Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul'... saya berbuka puasa bersama anak2 kurang upaya dan ibu bapa yang punya anak kurang upaya... Memang berat penderitaan mereka.. kita yang ada anak cucu cukup sifat ni.. kena amat2 bersyukur sangat... Allah SWT uji mereka dgn ujian yg amat berat..  Namun mereka tabah dan terima seadanya.. Saya sendiri tidak dapat nak bayangkan bagaimana rasanya jika berlaku pada diri sendiri.. Kasih sayang mereka pada anak-anak yang kurang upaya ini amat tinggi.. walau pelbagai karenah mereka lakukan..

Saya amat malu sekali bila melihat ada yang punya anak cukup segalanya diperlakukan seperti binatang.. dera pelbagai mcm.....  Malahan binatang pun lebih tahu tanggungjawab menjawab anak.... Tapi ini kita manusia yang punya otak dan perasaan....  Apalah nak jadi dunia sekarang ini...

Apa-apapun saya seronok sekali berbuka puasa bersama mereka, AJK PDK ini dan cikgu-cikgu yang dedikasi. prihatin  dan penyayang  dengan keadaan anak murid mereka itu.. Tahniah kerana berjaya mengadakan majlis iftar Ramadhan ini..  Begitu juga dengan YB Dato Norsabrina yang banyak menyumbang mengadakan majlis ini. Terima kasih kerana menjemput saya..  Kalau tidak ni kena berbuka posa sorang-sorang la kat opis..

alfatihah.. aamiin

 Tokoh: 
YB Dato' Norsabrina ..ADUN Bandar Baharu
Jahari Said .. Pengerusi PDK Cahaya Kristal , Parit Nibong,  Bandar Baharu
Nor Azizah .. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu
Dr Ahmad Fadzil - Pegawai Pergigian Bandar Baharu tapi petah berceramah bab2 agama





Thursday, 25 June 2015

Bantuan Segala Macam .. Bahagianya Hidup Di Negeri Ku iNi

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 22 Jun 2015
Tempat: Masjid Al Khairiah, Mk Sg  Batu, Daerah Bandar Baharu

Assalaamualaikum.. WRT ... Buat sahabat-sahabat ku yang amat mulia disisi Allah SWT.. dan Selamat Berpuasa... Saya baru saja balik dari Masjid Al Khairiah, Mk Sungai Batu , Daerah Bandar Baharu.. Tadi baru sahaja berlangsung Majlis Berbuka Puasa Bersama Pembesar Negeri Kedah dan Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Guru Quran Sukarela, Para Pengendali Jenazah seperti Tukang Mandi Mayat dan Penggali Kubur dan juga Bidan-Bidan Kampong bagi Seluruh Daerah Bandar Baharu. Majlis tersebut diadakan di Masjid tersebut dan berjalan dengan santai-santai saja.

Bertuahnya negeri kita ini. Dalam keadaan sebahagian kecil negara-negara luar yang masih terkial-kial dalam membangunkan ekonomi negara mereka disebabkan keadaan negara yang tidak aman, kita masih dapat duduk dalam keadaan yang amat selesa sekali dan membangunkan ekonomi negara dalam keadaan yang aman makmur, tanpa apa-apa gangguan keamanan.

Sebab itu kadang-kadang oleh kerana kita tidak pernah diduga dengan peristiwa-peristiwa kecelaruan keselamatan dan kecelaruan ekonomi negara yang tidak berkesudahan, maka kita lupa akan nikmat keamanan itu.. Kita leka dengan kemewahan kita dan kita leka dengan kesenangan. Sebab itu kadang-kadang tingkah laku dan perbuatan sebahagian kecil rakyat kita banyak menjurus kepada hendak melingkupkan negara kita ini.. Mengadakan demonstrasi sana sini, fitnah sana sini, terlibat ajaran songsang, permainan politik yang keterlaluan, gejala-gejala sosial ciptaan anak-anak muda dan seumpama itu adalah merupakan asas-asas kepada keruntuhan kepada sesebuah tamaddun bangsa dan negara. Pakat-pakat lah kita semua mengekalkan perpaduan sesama kita tidak mengira bangsa, agama, suku, negeri dan sebagainya agar kekuatan negara kekal abadi dan keamanan negara sentiasa berterusan.

Ehh.. kenapa banyak sangat saya melalut ni bercakap berkenaan keamanan negara ini.. Moral ceritanya ialah kalau negara kita tidak aman, macam manalah kerajaan boleh memberi segala bantuan kepada rakyatnyaa. Kalau segala asset negara dikerah hanya untuk hal-hal berkaitan keselamatan sahaja, mana mungkin kerajaan nak tumpu sepenuhnya kepada program-program sosial dan ekonomi dengan sebaik mungkin. Tak mungkin perkara itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Tak mungkin majlis penyampaian bantuan pada hari ini dapat dilaksanakan kalau agensi tidak dapat menjana keuntungan hasil kegiatan ekonomi yang bercelaru ini.. Kerana keamananlah menyebabkan semua rakyat dapat melaksanakan aktiviti ekonomi dengan sebebas-bebasnya tanpa ada rasa takut dan tanpa ada rasa tidak selamat.. Jadi amatlah bertuahlah kita
semua dapat berada dalam negara ini.

Maka dapatlah kerajaan memberi bantuan yang bukan sedikit belanjanya. Di Daerah Bandar Baharu ini sahaja seramai lebih 440 orang telah diberikan bantuan kewangan tersebut. Saya difahamkan lebih dari RM2 Juta dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Kedah untuk diagih kepada para Bidan Kampong, Guru Quran Sukarela, Tok Mudim dan Ahli Pengendali Jenazah seluruh negeri Kedah.

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan ini disempurnakan oleh YB Dato' Hj Mohamad Rawi, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir ialah YB Dato' Norsabrina Mohd Nor , Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang juga ADUN Bandar Baharu.. Pegawai Kanan Jabatan Daerah Bandar Baharu, Kepimpinan Politik tempatan dan lain-lain lagi.  Dalam majlis ini juga
Tazkirah Khas berkaitan 'Rahmat Ramadhan'  oleh Ustaz Rohaizat Jaafar , Imam Masjid AL Fateh, Serdang telah diberikan kepada para hadirin yang hadhir.

YB Dato' Hj Mohamad  Rawi dalam ucapannya  telah menyingkap kembali tentang isu Pendatang Rohingya ke Kedah. Punca mereka lari dari negara mereka adalah kerana mereka tidak selamat lagi berada dinegara mereka disebabkan berlaku segala macam diskriminasi bangsa dan agama, penderaan sosial dan perkauman,  berlaku ketidakamanan dinegara tersebut dan segala macam isu kemiskinan..  Jadi beliau minta supaya rakyat bersyukur sangat2 dengan negara kita yang tercinta Kalau tidak, tidak mustahil rakyat negara ini juga akan menjadi seperti apa yang berlaku kepada orang Rohingya tersebut.

Oklah ya.. dah lewat benar ni.. saya mau tidur ni.. nanti nak kena bangkit sahor pula.. Kalau bangkit awal sikit boleh juga buat Sembahyang Tahajjud.. Bulan Ramadhan adalah paling terbaik kita mulakan balik sembahyang malam ini.. kalau yang lama tertinggal. . Kalau dok buat selalu .. Alhamdulillah.. tentunya sudah mendapat nikmatnya walau didunia ini. Sembahyang Tahajjud adalah sembahyang yang amat dituntut oleh agama, kerana amat besar faedahnya bagi yang mengerti.. Tengah malam nanti nak pi mengendap halaman kediaman rasmi DO , kerana waktu-waktu tu kawaq suka masuk curi buah durian yang dah mula luruh.. Bulan puasa iblis dirantai, tapi ada juga manusia-manusia yang sanggup mencuri dalam bulan-bulan puasa ni... rasanya separuh dari buah durian dalam kawasan kediaman rasmi DO Bandar Baharu habis kat depa sahaja...  Larat ka nak tunggu hari-hari..

Terima kasih kepada yang semua anak buah yang menjayakan program tadi, jabatan-jabatan, YIK, Pejabat YB Wakil Rakyat, NGO dan semuanya yang terlibat baik secara langsung dan tidak langsung. Tanpa kerjasama semua mana mungkin majlis yang diadakan ini boleh berjalan lancar.. Terima kasih sekali lagi..

Ok.. Selamat Malam, dan Selamat Sejahtera semua... sebelum tidur tu niat puasa dulu ya.. Saya sayang anda semua..

Al Fatihah.. aamiin.



Thursday, 18 June 2015

MenYambut RamadHan ....

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 16 Jun 2015
Tempat: Tepian Tasik Serdang 2, Bandar Baharu


Sama-sama berganding bahu menyediakan juadah
makan tengahari
Assalaamualaikum WRT.. Buat sahabat-sahabat saya dan anak-anak buah saya sekalian. Saya doakan semuanya sihat walafiat..

Sempena menyambut kedatangan bulan yang mulia , Bulan Ramadhan dan sekali gus semua umat Islam akan mula berpuasa, Kelab Kebajikan Majlis Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Ramadhan 2015/1436H telah diadakan di Tepian Tasik Serdang 2.

Majlis ini sekadar mengujudkan tali silaturahim sesama kakitangan disamping mengadakan majlis tahlil untuk ahli-ahli keluarga yang telah meninggal dunia.. Dalam majlis ini diadakan jamuan tengahari dan penyampaian kotak buah kurma kepada semua anggota Majlis Daerah Bandar Baharu.

Tahniah kepada urusetia yang berjaya mengadakan majlis ini.  Saya berdoa sepanjang bulan puasa ni kita semua diberi sebanyak mungkin pahala oleh Allah SWT. Al Fatihah.. aamiin  

SELAMAT BERPUASA....




PUSPANITA DAERAH BANDAR BAHARU ... TUNJUK BAKAT.......

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 16 Jun 2015.
Tempat : PLKN Relau

Hari ini saya nak cerita fasal aktiviti Puspanita  Daerah Bandar Baharu.. Dalam Puspanita Daerah.. saya hanya sebagai penasihat sahaja. Pengerusi ialah isteri Pegawai Daerah .. Mau tak mau, biasa tak biasa isteri DO kenalah jadi Pengerusi Puspanita Daerah.. Sebab itu bagi yang tidak biasa tu, kekok lah sikit untuk jadi Pengerusi, manakan tidak , ahli-ahli dalam Puspanita Daerah ada yang jadi pegawai kerajaan, ada suri rumah yang suaminya pegawai kerajaan. Ada jadi pegawai besar, ada pegawai profesional, dan ada pegawai bawahan. Jadi Pengerusi tu kena taulah juga sedikit sebanyak ilmu mengenai berpersatuan ni.

Oklah.. untuk menjadikan sesuatu persatuan itu boleh beroperasi dengan aktif tentunya memerlukan kerjasama dan sumbangan ahli-ahlinya.  Sebab itu ada persatuan yang tidak aktif, ada yang hidup segan mati tak mahu.. ada yang memang aktif betul dengan segala macam aktiviti yang diatur.

Secara kebetulan , baru saja saya menjadi Pegawai Daerah Bandar Baharu, Puspanita Negeri Kedah telah merancang untuk mengadakan lawatan turun padang ke Daerah Bandar Baharu. Mahu tidak mahu,  terpaksa diterimalah apa yang dirancang itu. Jadi saya serahkan kepada Puspanita Daerah yang akan menguruskannya dari awal hingga akhir. Sekurang-kurangnya dengan ada program ini adalah juga aktiviti Puspanita Daerah Bandar Baharu. Barulah boleh diatur mesyuarat dan sessi perkenalan dengan AJK Puspanita Daerah Bandar Baharu bersama Pengerusi Puspanita Daerah Bandar Baharu yang baharu lagi.

Pada tanggal 16 Jun 2015 yang lalu, datanglah rombongan Puspanita Negeri Kedah yang diketuai oleh Pengerusi Puspanita Negeri Kedah iaitu Ybhg Datin Paduka Dato' Hjh Che Barni bt Hj Mohd Noor. Lebih kurang 100 orang ahli Puspanita seluruh negeri Kedah telah hadir dalam program lawatan turun ke padang ini..

Puspanita Daerah Bandar Baharu telah menyediakan pelbagai program yang menarik sepanjang lawatan sehari ini. Walaupun masih baharu dan lama tidak mengadakan aktiviti, tuan rumah telah berjaya mengadakan persiapan yang sebaik mungkin dalam melayani kehadiran ramai ahli-ahli Puspanita dari seluruh daerah... Tempat program diadakan di PLKN Relau , Bandar Baharu.

Antara aktiviti yang diatur ialah melawat beberapa projek ekonomi yang diusahakan oleh penduduk tempatan seperti ladang ternakan madu kelulut, ternakan rusa dan sebagainya. Disamping itu para tetamu ditunjukkan demonstrasi membuat acar limau dan pincok dan beberapa kuih tradisional serta demonstrasi melukis batik.

Pihak Puspanita Negeri juga telah memberi sumbangan kepada beberapa ahli dan keluarga ahli yang ditimpa musibah semasa majlis makan tengahari. Pihak Puspanita Daerah sendiri telah menyediakan buah tangan terdiri produk-produk tempatan yang menjadi ingatan pelawat untuk dibawa pulang.

Lawatan ini telah berjaya mengeratkan tali silalturrahim sesama ahli-ahli Puspanita yang datang dari segenap cerok rantau negeri Kedah ini dan beramah mesra dengan Pengerusi Puspanita Negeri.

Tahniah kepada Puspanita Daerah Bandar Baharu yang berjaya mengendalikan program ini dengan jayanya walaupun ada juga sedikit sebanyak kekurangan dan kelemahan yang tidak dapat dielakkan dan tidak dijangkakan. Namun hasil kerjasama semua pihak terutama AJK Puspanita Daerah  dan lain-lain jabatan dan NGO serta YB Adun Bandar Baharu telah berjaya melaksanakan tanggung jawab yang diamanah....

Ok .. itu sahaja catatan saya.... sampai ketemu lagi..


antara barangan cenderamata 
produk tempatan yang menjadi
buah tangan pelawat.



Monday, 15 June 2015

Kita Berdialog Untuk Kebaikan Bukan Untuk Mengutuk: Dialog Science & ICT For Action

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 15 Jun 2015

Assalaamualaikum WRT... dan selamat malam semua.. Malam ini terniat pula nak tulis satu rencana yang berkaitan dengan program yang saya hadiri pagi tadi.. Malam ni kita sembang-sembang fasal ICT dan SCience.. Tapi selalunya topik seperti ini ramai tidak berminat.. ya laa.. agak teknikal sikit.. Tapi tak teknikal pun.. tajuk saja yang lebih-lebih..

Saya hidup dalam dunia kehidupan yang boleh dipisahkan dengan nyata dimana pada satu bahagian saya hidup dalam dunia yang serba kekurangan dan pada satu bahagian lagi saya hidup dalam dunia teknologi yang pelbagai macam.. Bila ini berlaku pada saya dan saya masih ingat akan peristiwa dibahagian awal kehidupan saya , sudah tentu saya boleh nampak perbedaan yang begitu nyata. Kita boleh buat perbandingan yang jelas sekali... antara dua dunia yang berbeda sama sekali... Nasib baiklah saya tidak anti kepada IT pada waktu permulaan perkembangan ICT dalam kehidupan seharian kita.  Kalau saya anti kepada teknologi ini , tentu saya rasa jadi buta IT terus.. Ramai juga sahabat yang lebih berumur dari saya yang tak berapa nak reti menggunakan pelbagai aplikasi yang canggih dalam dunia internet. Tapi oleh kerana mereka mampu, telefon mereka memang canggih . .Smart Phone lagi.. Malangnya aplikasi yang ada dalam telefon itu tidak digunakan sepenuhnya.. Telefon yang teramat canggih itu hanya digunakan untuk Telefon, SMS dan juga berinternet secara biasa.. Itu bagus jua kalau pemiliknya buat langganan broadband. Ada setengah tu sampai ke sut tak langgan Broadband yang banyai ditawar kan oleh Syarikat Penyedia Perkhidmatan,  Tapi bagi saya Alhamdulillah... walaupun saya tidak mempunyai ilmu yang mendalam berkenaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini, tapi minat yang tiba-tiba membuat saya berusaha belajar secara basic bersendirian.. Al Hamdulillah sedikit sebanyak saya dapatlah juga mengikuti perkembangan2 terkini dalam teknologi komputer, gajet-gajet elektronik, dan juga komunikasi yang  canggih...  Ok panjang pula intronya

Bagi saya teknologi komunikasi moden perlu dipelajari oleh semua orang tidak kira tua atau muda.. Jangan jadikan tua sebagai alasan untuk kita tidak menggunakan teknologi yang semakin berkembang setiap tahun itu. Apabila ada aktiviti promosi ICT dan Science diadakan di Daerah Bandar Baharu ini walaupun dikampong, saya suka sangat untuk mengambil bahagian sama.. Cumanya bagi Daerah Bandar Baharu ini yang agak jauh di Selatan Negeri Kedah, infrastruktur berkenaan komunikasi  ini agak kurang diberi perhatian.. Masih banyak lagi tempat-tempat di dalam Daerah Bandar Baharu ini tidak mempunyai liputan broadband yang luas dan laju. Kalau adapun tidak laju.. Kalau tidak laju macam mana pula rakyat  nak guna gajet atau smartphone untuk menimba ilmu dari internet dan memudahkan urusan harian  menggunakan kemudahan internet.


Inisiatif dari YB ADUN Bandar Baharu yang mengadakan Dialog  Science & ICT For Action di Kg Cherok Meranti, Sg Batu  adalah langkah yang amat baik. Melalui majlis ini dapatlah penduduk kampong mengenengahkan isu-isu dan masalah berkaitan infrastruktur komunikasi dan internet. Semua penyedia perkhidmatan  komunikasi seperti TM, DiGi, Celcom dan SKMM telah hadir dalam dialog tersebut..Begitu juga beberapa jabatan daerah seperti PDRM, MDBB, Penerangan telah hadir dalam majlis ini.  Melalui cara ini pihak Syarikat Penyedia Perkhidmatan dan SKMM boleh melihat dan mendengar sendiri luahan rasa dan perasaan orang-orang kampong yang juga dahagakan komunikasi yang canggih dan berkesan.. Mereka juga tidak harus ketinggalan dalam arus telekomunikasi canggih dan teknologi yang amat diperlukan.

Semua JKKK berdekatan dijemput dalam majlis ini iaitu dari Kg Sg Batu , Kg Sg Buluh, Kg Sg Kasai, Kg. Rantau Panjang, Kg. Sg Taka, Kg Sg Pasir dan Kg Kenangan. Banyak masalah dan cadangan disuarakan oleh penduduk kampong berkenaan untuk diteliti dan dikaji oleh pihak penyedia perkhidmatan dan SKMM. SKMM sendiri nampaknya memberi harapan yang agak positif dalam beberapa isu yang dibangkitkan. Isu-isu keselamatan dan infrastruktur fizikal juga dibangkitkan dan direkodkan untuk tindakan susulan jabatan-jabatan dimana yang bersesuaian.

Sekiranya talian dan komunikasi internet lebih baik dengan kelajuan yang berpatutan barulah orang-orang kampong boleh menggunakan telefon pintar mereka itu dengan lebih hebat lagi , disamping dapat menggunakan komputer untuk melayari internet. Selama ini sebahagian besar penduduk kampong dan warga emas dikampong hanya menggunakan fungsi tradisional seperti membuat panggilan dan menjawab panggilan, selain menaip khidmat pesanan ringkas SMS. Mereka tidak dapat memanafaatkan sepenuhnya kecanggihan telefon pintar yang ada dan dimiliki. Di dalam telefon pintar mengandungi pelbagai aplikasi seperti aplikasi peta, pencarian lokasi, pencarian segala jenis maklumat, , informasi dan kalendar yang sepatutnya dapat membantu memudahkan segala urusan harian mereka. Orang-orang kampong sekarang ini sudah mampu untuk memiliki telefon pintar , namun begitu ianya memerlukan infrastruktur komunikasi yang elok dan berkelajuan tinggi untuk membolehkan mereka melayari internet dan berkomunikasi tanpa masalah.. Saya berdoa agar pihak-pihak yang bertanggung jawab seperti SKMM dan Syarikat Penyedia Broadband melakukan sesuatu dengan segera agar seluruh kawasan Daerah Bandar Baharu diliputi sepenuhnya dengan kemudahan perhubungan digital yang lebih baik dan sempurna.

Oklah,, elok saya tamatkan cerita tadi disini sahaja. Sebenarnya saya amat berminat untuk menulis berkenaan  ICT canggih ni dan bagaimana ianya boleh memberi kemudahan yang begitu meluas dalam menjalani kehidupan seharian. Hanya yang biasa mengunakannya baru tahu betapa mudahnya urusan harian dapat diselesaikan hanya dengan mengadap komputer atau menggunakan smartphone yang ada... memang hebat dan memang amat memudahkan... Saya sudah banyak mendapat manfaatnya dari penggunaan teknologi komunikasi dan internet yang canggih ini.. nanti saya cuba cari bahan dulu dan akan tulis nanti..

Ok Permisi dulu.. Alfatihah.. aamiin.

Sunday, 14 June 2015

AYUH... MARI KITA ASINGKAN SISA-SISA PEPEJAL BUANGAN DARI DAPOR RUMAH KITA .. SELAMATKAN BUMI KITA..

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 13 Jun 2015
Tempat: Pendang Kedah

Assalaamualaikum... WRT.. buat sahabat-sahabat pembaca sekalian.. & Selamat Malam... Semoganya sihat sejahtera semua..

Saya sambung kembali tulisan saya dalam blog ini pada hari ini.. Seminggu dua ni syeh nak menulis tu tiba-tiba sahaja mai dan menjadi pula tu..  Sebelum ini banyak saya bercerita fasal
kebersihan, keindahan, fasal gotong royong dan seumpama itu.. Kali inipun saya masih lagi berminat nak memperkatakan perkara itu dalam catatan saya ini.... So kalau dah meluat tak payah baca..  tapi saya tetap nak menulis juga perkara berkenaan kebersihan ini tanpa jemu-jemu.. Agar ianya menjadi satu budaya untuk semua kaum sehingga memberi kesan yang positif pada persekitaran kita. Kita berangan-angan orang kita menjadi seperti orang Jepun atau Korea dalam hal berkaitan kebersihan ini.. Tak pa kan ambil contoh-contoh seperti itu.. Ada juga contoh-contoh tak baik, tapi sepertimana saya pernah katakan dulu, kita ambil yang baik-baik sahaja.. Yang tak baik tu biar pi kat depa, itu dunia mereka..  Saya tak pasti samada hal berkaitan menjaga alam sekitar dan kebersihan ada berkaitan dengan ugama atau kepercayaan mereka tapi kalau dalam Islam, soal kebersihan memang berkaitan dengan Agama Islam sepertimana Firman Allah SWT dalam Surah Al Taubah ayat 108, dan Surah Ali Imran Ayat 222.. yang membawa maksud 'ALLAH SWT SENTIASA MENYAYANGI MEREKA YANG BERSIH DAN SUKAKAN KEBERSIHAN'. Begitu juga Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, Al Tirmizi dan Ibn Majah ' iaitu 'KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN'.

Jadi kalau ia berkaitan dengan agama dan ada hukum hakam dan ada halal haramnya, maka sepatutnya lebih-lebih lagilah kita Umat Islam perlu mementingkan kebersihan dan mengamalkan kebersihan dalam setiap kehidupan kita. Malangnya itu tidak terjadi pada semua umat Islam, malahan institusi agama seperti masjid dan surau pun tidak menampakkan ciri-ciri kebersihan sepertimana yang dituntut oleh Agama Islam..

Malu kita dengan orang-orang yang bukan berugama Islam. Inilah yang perlu digerakkan dan diketengahkan berterusan.. Manusia sekarang ini kurang sekali nak mendengar ceramah-ceramah berkaitan kebersihan, ceramah-ceramah agama, kuliah-kuliah agama dan sebagainya, terutama anak-anak muda . Banyak sangat pengaruh luaran sehingga sukar anak-anak muda malahan golongan dewasa dan orang tua untuk memberi perhatian pada hal-hal berkaitan pembangunan insan yang menuju kepada insan yang bertakqwa dan prihatin dengan alam sekitar.

Sekitar aktiviti di Majlis Pelancaran di Taman Sri Merbok
CCTV yang dipasang oleh Pengurusan Taman ini diserata
sudut taman telah menyifarkan kejadian  jenayah
di Taman Sri Merbok ini.

Bukan tidak ada ceramah ceramah agama yang dibuat dimasjid dan surau serta ditempat awam.. selalu sangat dibuat. Yang dok pi kaki masjid juga la yang ramai.. yang lain tu hilang entah kemana. Kalau sudah segan sangat nak pergi dengar ceramah agama, kerajaan bawa ceramah agama atau kuliah agama ke rumah melalui media-media elektronik TV, Internet, Radio dan sebagainya.. Ya laa.. mungkin alasan malas nak pi kerana jauh, rimas panas tak selesa dalam masjid atau tempat awam, tiada kenderaan nak pi dan sebagainya. Itu pun masih dok mengelak.. Tengok sahajalah kat rumah, bila ada ceramah atau kuliah ugama dalam TV atau Radio, macam ada orang suruh, automatik tangan sambar control TV ubah channel.. Kan kah sekarang ini ada beratus channel yang boleh ditengok. Sanggup tengok gambar kantonis yang tak faham apa satu tu dari dengar kuliah motivasi atau kuliah ceramah agama. Tak percaya , tengok sendirilah dirumah.. Betul tak..  TV pula waktu tu la dia nak tayang drama-drama box office dia. Macam dirancang pula... Tapi itulah keadaannya... realitinya begitu. Jadi kalau kuliah yang mai kerumah pun tak mau dengar dan lihat, nak dengar tang mana lagi.


Ok hari ini punya cerita... Pagi tadi saya menghadhiri satu program berkaitan Kitar Semula di Taman Sri Merbok, Pendang.. Hari ini hari Sabtu.. Cuti. Tapi bila ada jemputan seperti ini saya akan beri keutamaan, walaupun pada pagi yang sama ada 2 program dijemput iaitu di Kuala Nerang  dan di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah (Program Berbasikal Kayuhan Ceria)

Program di Taman Sri Merbok Daerah Pendang itu berkaitan Program Printis Pengasingan Sisa Pepejal Buangan  Rumah . Program ini sebenarnya berkaitan Pengasingan Sisa Pepejal Di Rumah dimana mulai 01 SEPTEMBER 2015 nanti Kerajaan telah mewajibkan setiap premis wajib mengasingkan sisa pepejal sebelum dibuang masukkan ke dalam tong sampah.Pembahagiannya mengikut Kumpulan seperti berikut:

 Antara sisa pepejal yang perlu diasingkan mengikut kumpulan ialah

1. Kertas,
2. Plastik segala macam

3. Lain-lain : a. Kaca/Seramik . b. Sisa elektronik/barang elektrik kecil, c. Bahan         Fabrik/kasut/getah/kulit, d. Tin aluminium/besi/logam, 

e. Sisa berbahaya,
4. Sisa Pukal .. katil buruk , peti air lama kusyen lama dll seumpamanya
5. Sisa Kebun/Taman .. daun , ranting, pelepah kelapa dll seumpamanya
6. Sisa Makanan/Lampin Pakai buang dll .. yang ini masuk dalam tong sampah setelah bubuh dalam plastik.

Bilangan 1 hingga 5 , yang kecil masukkan dalam plastik dan letak diluar tong.

Jadi program pengasingan sisa pepejal ini sebenarnya banyak manfaatnya dan akan mengurangkan pembuangan sampah ditapak pelupusan yang semakin terhad sekarang ini.

Saya tertarik dengan ucapan dari KP SWCorp yang berkaitan Kempen Jelajah Mata Hati...  Bermaksud kita melihat dengan Mata Hati.. Bukan sekadar  melihat, tapi kena ada  rasa apa-apa. keprihatinan. Malangnya ramai buang sampah, tapi tak rasa apa-apa.. Kita tengok orang buang sampah merata-rata, kita tak rasa apa.. Kita tengok sampah depan mata kita , kita tak rasa apa-apa... Jadi kalau itu memang kita melihat tapi hanya sekadar melihat sahaja tanpa ada perasaan untuk membantu, melaksanakan atau menolong mengurangkan pencemaran sampah disekitar kita.. Kita tidak membantu kearah kesejahtaraan bumi yang bersih, indah, terpelihara dari pencemaran dan seumpama itu.

Saya berharap semoga  semua usaha-usaha ini akan mendapat kerjasama manusia-manusia yang menghuni bumi Malaysia ini, kerana ia amat bermanafaat kepada manusia dan memelihara kestabilan alam sekitar ini. Walaupun apapun program yang dilancar dan sebaik manapun program ini, ianya tidak mungkin berjaya jika rakyat tidak memberi kerjasama kepada usaha-usaha murni ini.. Sikap dan perangai manusia ini memang sukar diubah.. Kerajaan pernah buat kempen ini beberapa tahun yang lalu , tapi ia tidak mencapai kejayaan.. Rakyat masih bersikap  tidak ambil kisah. Mereka masih kekal dengan tabiat lama, campur adukkan ..segala jenis sampah dalam bungkusan atau tong.. Negara-negara maju seperti Eropah, Jepun, Korea, Singapore dan lain-lain telah lama mengamalkan pengasingan bahan buangan sisa pepejal ini, dan telah lama menikmati manfaatnya. Kita di Malaysia masih terkial-kial dengan sikap dan perangai sebahagian kecil rakyatnya yang masih tidak mahu berubah dan memandang enteng sahaja akan program murni seperti itu.. Apa-apapun  sesiapa yang membaca catatan saya ini adalah orang yang terbaik dan prihatin dengan kebersihan.. .. Marilah kita jadikan diri kita contoh yang terbaik dengan mengamalkan pengasingan sisa pepejal buangan rumah.. agar apa yang kita buat ini menjadi contoh kepada jiran-jiran, sahabat-sahabat serta masyarakat sekeliling kita. Itulah yang saya rasa kita mampu buat.. Kita nak paksa orang buat, rasanya tak kesampaian.. Penguatkuasaan undang-undang memang boleh buat, tapi ia tidak akan berkesudahan, kerana kalau penguatkuasa nampak dia ikut la, bila penguatkuasa tak ada , balik asal juga... Larat ka nak jaga dan tengok setiap hari..

Taman yang menjadi tempat pelancaran kempen pengasingan sisa pepejal ini adalah contoh terbaik kepada kita untuk diikuti dan dicontohi.. Seronok sangat saya bila masuk ke Taman ini. Tengok semunya begitu menarik dan indah sekali. Keadaan persekitaran adalah kemas, bersih, longkang bersih, sampah tiada, rumput terpelihara, infrastruktur permainan yang ada terjaga elok dan ada CCTV lag.. Tahniah kepada kepimpinan taman ini yang begitu berjaya dalam mendidik semua penduduk dalam Taman Sri Merbok agar prihatin dengan aspek kebersihan, aspek keselamatan, dan kegiatan-kegiatan sosial penduduk Taman ini. Banyak inovasi yang mereka lakukan. Pemimpin Taman ini telah berjaya mengujudkan suatu suasana keharmonian yang amat unik, kerana Taman ini  didiami oleh pelbagai orang yang berlainan agama, bangsa dan fahaman politik.  Kerjasama yang diberikan oleh ahli adalah amat baik sekali dan setiap aktiviti yang dilaksanakan mendapat kerjasama semua ahli.

Saya rasa di Kedah, inilah satu-satunya Taman Perumahan yang mempunyai Kawalan Keselamatan Kawasan melalui CCTV yang dipasang disetiap sudut taman tersebut. Kos pemasangan CCTV ini adalah hasil sumbangan semua ahli taman tersebut...    hebaat... hebaat...memang hebat.. Taman-taman lain boleh kaa... Nak kutip duit upah Pengawal Keselamatan jaga Taman sendiripun, puas berkelahi...Alangkah bahagianya jika semua Taman Perumahan dapat menuruti jejak seperti Taman Sri Merbok, Pendang ini....  Sekali lagi tahniah saya ucapkan....

Ok.. permisi dulu... saya mahu pergi Ke Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.... dijemput untuk terima Tauliah Pelantikan sebagai Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah ... tak pernah terlibatpun dengan Bulan Sabit Merah ni... tapi atas kapasiti sebagai DO, depa lantik juga untuk daerah.. Tak apalah .. terima sahaja...

Jumpa lagi....


Friday, 12 June 2015

Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) .....

Catatan rekod: Mohd Asri Redha
Tarikh: 12 Jun 2015

Assalaamualaikum WRT... dan Selamat Sejahtera buat semua sahabat-sahabat. yang membaca blog saya ni.. Bagi saya sapa yang baca blog saya ni kira sahabat-sahabat saya lah.. walaupun ada yang saya tak kenal dan bertemu muka... boleh kan jadi sahabat saya

Hari ini  cuma nak cerita program yang saya hadiri di PICC, Putrajaya pada 29 Mei 2015. Program tersebut ialah Majlis Pelancaran Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Peringkat Kebangsaan. Ia disempurnakan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Catatan ini dibantu dengan laporan berita akhbar yang dilampirkan bersama dalam catatan blog ini. Jadi tak payahlah saya nak cerita apa- apa lagi... Apa yang berlaku disitu dah dicerita dalam berita akhbar tersebut. Sengaja saya ambil akhbar bahasa inggeris.. berlagak sikit, walaupun bahasa inggeris saya berterabur juga.


Cuma bagi daearah Bandar Baharu , saya amat mengharapkan agar semua JPP Daerah Bandar Baharu dapat memainkan peranan yang sepatutnya dalam membangunkan kawasan-kawasan dibawah tanggungjawab mereka, tidak hanya sekadar meminta itu  dan ini, tapi yang penting mengatorkan program-program yang boleh melibatkan semua anggota masyarakat dibawah  mereka seperti mengadakan kempen kebersihan, kempen bayar cukai pintu, program gotong royong, program sosial, program ekonomi, program pendidikan, program keselamatan dan 1001 macam aktiviti yang boleh diaturkan.

Untuk memudahkan pembaca blog saya dan sesiapa sahaja yang hendak mengetahui akan peranan  dan tanggungjawab JPP ini, saya lampirkan pamplet mengenainya..  mudahkan.. bila nak refer nanti...

Ok itu sahaja.. kita jumpa lagi.. AL FATIHAH.. AAMIIN..
Sebahagian dari JPP Daerah Bandar Baharu