Wednesday, 1 April 2015

Bengkel Kemasukan Data Jalan Marris .. 2015

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 31.03.2015
Tempat.. Hotel Adya, Pokok Assam Kuah, Langkawi.

Assalaamualaikum wrt... dan selamat tengahari.. saya mendoakan saudara semua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera... Hari ini saya nak menyambung kembali catatan2 blog saya.. Syeh dah mai...Kebetulan saya baru hadir bengkel seperti diatas yg diadakan disebuah hotel yang baru sangat beroperasi di Pekan Kuah ini.. Namanya  Hotel Adya. Selesa dan cantik hotel ini... elok lah  kalu sapa2 yg nak mai menginap di Pulau Langkawi tempah bilik kat sini.... ehh.. tolong promosi pula.. tak apa la  .. lagipun hotel ini diuruskan oleh sebuah Syarikat GLC negeri Kedah.. Bengkel yg dibuat kat sinipun adalah sebagai memberi sokongan kepada operasi hotel ini.. Kalau kita tak sokong sapa lagi nak sokong.. banyak saingan hotel2 kat Pulau ini.. tp yg ini orang tempatan yg bangunkan elok la kita pakat2 bantu... Cuma harga biliknya tu kalau blh diturunkan sikit bagus juga sebagai satu strategi menarik pelanggan. Disamping itu kemampuan kelajuan internetnya melalui WiFi perlu dipertingkatkan lagi... kerana pengalaman bila buat bengkel menggunakan internet ketika itu agak mengecewakan...






Én  Amir  dari Majlis Daerah Bandar Baharu sedang 
menerima sijil kehadiran bengkel dari 
YB Pegawai Kewangan Negeri  
Sebenarnya semasa merancang melaksanakan bengkel ini saya masih bertugas di Perbendaharaan Negeri Kedah.  Hari ini saya sudah tidak bertugas lagi di sini,  baru saja ditukarkan ke Pejabat Daerah Bandar Baharu.. Dok panas2 lagi. Saya datang juga menghadhiri bengkel ini memandangkan Program Penyelenggaraan Jalan Marris ini masih ada hubung kait dengan Pejabat Daerah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu kerana jabatan ini merupakan pelaksana kepada program ini..

Dulu saya merancang dan mengagihkan peruntukan, sekarang jabatan saya adalah penerima projek dan pelaksana projek. Beza banyak tu.. Jadi saya masih ada hubungan lagi jabatan lama lagi..

MARRIS itu adalah satu sistem yang dibangunkan untuk mendaftarkan jalan2 raya negeri, jalan2 penyelenggaraan PBT, jalan2 ladang penyelenggaraan JPS, dan jalan2 kampong penyelenggaraan Pejabat Daerah. Semua jalan ini akan didaftarkan masuk dalam Sistem Malaysian Road Information Systemonline (System MARRISOnline) . Untuk mendaftar jalan2 tersebut ia perlu memenuhi syarat dan kriteria jln yg dimaksudkan itu. Dari sistem inilah baru MOF akan teliti dan akan mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk tujuan penyelenggaraan jalan pada negeri terlibat berdasarkan perkiraan mereka pula

Pemberian penyelenggaraan jalan negeri adalah dibawah peruntukan Per.109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan bertujuan membantu Kerajaan Negeri menyelenggara jalan negeri masing2

Setiap tahun lebih RM150 juta diperuntukkan kepada kerajaan negeri untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan tersebut... Bengkel yang diadakan selama 2 hari ini adalah untuk 'key in' data-data Jalan-Jalan JKR Negeri, jalan PBT, jalan JPS dan Jalan Kampong secara  lebih berkesan dengan panduan dari pegawai-pegawai dari MOF dan JKR yang turut hadir sebagai fasilitator kepada peserta bengkel.

Sekiranya mana-mana rakyat merasakan ada jalan-jalan disekitar kejiranan mereka yang perlu penyelenggaraan , boleh mengemukakan maklumat-maklumat terperinci dengan lengkap keadaan jalan, nama jalan, jenis kerosakan jalan, jenis jalan samaada jalan PBT, JPS, JKR atau Pejabat Daerah kepada jabatan-jabatan yang berkaitan untuk disiasat dan direkodkan dalam MARRISOnline.

Pengisian data secara berbengkel adalah lebih praktikal dan berkesan dalam menambahkan lagi data bilangan jalan dan panjang jalan-jalan yang direkodkan dalam Sistem MARRISOnline.

Pada hari akhir bengkel Pegawai Kewangan Negeri YB Dato' Bakar Din telah menyempurnakan majlis penutup dan menyampaikan sijil pada semua para peserta yang hadir yang terdiri dari wakil semua Pejabat Daerah, wakil semua PBT Kedah, wakil JPS dan JKR Kedah selain dari Jabatan Perbendaharaan sendiri.

No comments:

Post a Comment