Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 30 April 2015
Tempat : Majlis Daerah Bandar Baharu..
Saya doakan mereka semua ini sentiasa beroleh kesihatan yang baik
dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT, ditambahkan lagi
rezeki mereka dan diberi kebahagian berterusan... Al Fatihah.. aamiin
|
Lebih bahagia lagi bila ada sahabat-sahabat mengingati kita dengan mengadakan majlis ulang tahun kelahiran kita.... betul tak?... itu bermakna kita masih ada kawan-kawan sejati yang masih sayang dan ingat akan kita....
H ygari ini saya suka sangat bila dijemput oleh anak-anak buah untuk menghadiri majlis meraikan ulang tahun kelahiran beberapa orang anak buah saya di Majlis Daerah Bandar Baharu. Yang penting bukannya makan-makan sangat tetapi , ingatan tu... Sekiranya sesama kita sentiasa memurahkan kasih sayang kita kepada sahabat-sahabat kita, Insya Allah aman bahagialah dunia ini..... Sebab itu hidup kita kena ramaikan sahabat.. dan berbaik dengan semua kawan-kawan.. bukannya membanyakkan lagi musuh-musuh.. Tanamkan sifat kasih sayang sesama kita,... bukannya belanja duit ringgit apapun untuk tunjukkan kasih sayang tu, tapi kesannya amat besar sekali kepada kebahagiaan diri kita.... Al Fatihan.. aamiin
Gambar-gambar dibawah ini adalah sebahagian anggota yang diraikan sempena ulang tahun kelahiran mereka...... dan meraikan pelajar praktikal yang tamat latihan..
Tidak ketinggalan adik-adik yang mengikut latihan
praktikal di MDBB diraikan bersama sempena
tamat nya latihan praktikal mereka disini.. Moga
mereka beroleh kejayaan disegenap bidang..
|
No comments:
Post a Comment