Thursday 30 April 2015

Musibah.. Satu Ujian Allah Terhadap Hamba-Hambanya Yang Beriman

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 26 April 2015


Salah sebuah rumah di Taman Kelisa Emas yang agak
terok kerosakan yang  dialami akibat ribut kuat tersebut .
Kebetulan mangsa adalah kakitangan Pejabat Daerah
Bandar Baharu sendiri... 
Assalaamualaikum WRT.. dan selamat sejahtera kepada sahabat-sahabat yang masih mengikut perkembangan saya dalam blog ini... Catatan kali ini hanya menceritakan tentang kejadian ribut kuat yang berlaku pada petang 26 April 2015 yang lalu.

Daerah Bandar baharu memang kerap juga berlaku  bencana ribut kuat... Mungkin laluan tetap ribut itu kut.. . Kalau ribut datang melanda , tidak ada apa yang dapat menghalangnya. Kuasa Allah SWT tiada siapa yang boleh mengatasi NYA.. Sebagai umat Islam, kita terpaksa akur dan terima apa saja dugaan yang Allah SWT berikan kepada kita. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu.   Memang bercakap sapa pun boleh bercakap, sebab kejadian bencana itu tidak menimpa diri sendiri. Bagi yang menerima bencana itu lebih-lebih lagi la penderitaan yang dihadapinya..  Kita yang ada ini hanya sekadar boleh berikhtiar membantu seadanya bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi... Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

Kejadian yang berlaku pada 26 April 2015, benar-benar memberi kesukaran kepada yang menerima musibah tersebut. Ada yang hilang terus bumbung rumah, ada yang terkena hempasan pokok besar dan memusnahkan sebahagian besar rumah yang sejak sekian lama diduduki dan ada yang hanya sedikit sahaja kerosakan yang berlaku. Lebih kurang 25 buah rumah telah mengalami kerosakan akibat ribut kuat pada petang tersebut. Antara kampong yang terlibat ialah Perumahan Tradisional Keda Sg Salleh, dan Kg Sg Salleh Mk Serdang,  Lubuk Buntar Mk Bagan Samak, Permatang Simpor Mk Bagan Samak, dan Permatang Kerat Telunjuk Mk Bagan Samak, Kg Paya Takong dan Taman Kelisa Emas..

Pejabat Daerah Bandar Baharu turut bersimpati pada mangsa dan tampil sama untuk membantu mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa ribut tersebut dengan menyerahkan sejumlah wang bantuan dari Tabong Bencana Daerah Bandar Baharu. Semoga ianya dapat membantu mengurangkan sedikit sebanyak penderitaan mereka..

Terima kasih...




Sebahagian dari mangsa ribut yang menerima bantuan





No comments:

Post a Comment