22 hb Mac 2015
Pejabat Daerah Bandar Baharu, Serdang
Catatan: Mohd Asri Redha
Assalaamualaikum .. WRT
Selamat Sejahtera semua sahabat-sahabat ku sekalian
Saya mendoakan kalian semua sentiasa diberi kerahmatan Allah SWT dalam menjalani kehidupan didunia yang hanya sementera ini.. Layarilah kehidupan didunia ini dengan penuh kebahagiaan. Jangan diisi kehidupan ini dengan penuh keserabutan hal2 dunia yang tidak berkesudahan ini.. Akhirnya tidak ada apa-apa yang boleh kita bawa untuk bekalan kita di alam baqa dan alam akhirat nanti... disitu juga yang kekal abadi... Dalam masa kita menikmati kehidupan didunia ini , dalam masa yang sama kita juga berusaha mengumpul segala pahala didunia untuk untuk alam yang kekal abadi nanti... Di sana nanti tidak payah dok kumpul apa-apa pahala lagi.... buatlah apa nak buat pun... bebas sebebasnya....
Ok... Hari ini saya mula bertugas di Daerah Bandar Baharu... Satu daerah yang terletak dipenghujung Selatan Negeri Kedah.. Sempadan dengan Perak dan Penang.. Punyalah jauh lebih kurang 150 km dari Alor Setar...
Daerah ini pernah saya datang bertugas pada satu ketika dahulu iaitu dalam tahun 2003 . Jawatan saya ketika itu ialah sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Bandar Baharu dan pada masa yang sama juga sebagai Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu. DO waktu itu ialah Aruah Dato' Hashim Ismail. Jadi lama dah saya tinggalkan Daerah Bandar Baharu lebih kurang kurang 11 tahun yang lalu. Duduk bekerja kat Bandar Baharu nipun hanya 3 bulan sahaja.. terlalu singkat benar..
.
Ada saya paparkan aktiviti saya semasa waktu itu.. dok cari-cari kat album2 lama dirumaah terjumpa juga terjumpa gambar-gambar ini.. itu yang saya masukkan balik dalam blog yang baru saya buka ini. Ada dalam gambar tu anggotanya telah kembali ke rahmatullah. Ada yang masih bertugas di MDBB dan Pejabat Tanah dan Daerah Bandar Baharu.
Hari ini saya datang kembali sebagai Pegawai Daerah Bandar Baharu, juga menjalankan tugas sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Bandar. Besar tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya oleh Kerajaan Negeri Kedah. Rasa macam tak tertanggung beban yang dikenakan sebab saya menyedari untuk memimpin satu jabatan yang serba serbi ala kadar sahaja bukan satu yang mudah. Dengan kekangan kewangan, kekangan sumber manusia dan peralatan serta terletak jauh dari pusat pentadbiran negeri membikin hati sudah tidak keruan memikirkannya. Tapi atas rasa kebertanggungjawaban saya terima cabaran ini, dan akan cuba sedaya upaya yang ada untuk memberikan perkhidmatan terbaik di Daerah Bandar Baharu ini.
Ramai orang memberi tahniah kepada saya kerana jadi DO.. Saya pun tak taulah fasal apa beri tahniah.. saya bukannya naik pangkat pun.. sekadar bertukar kerja sahaja... Mungkin jawatan DO itu kot orang ingat ia besar sangat.. Memang kalau waktu saya bersekolah dulu, saya selalu melalui kediaman Rasmi Pegawai Daerah Yan yang tersergam besar dan indah di Pekan Yan itu.. Dalam hati dok terfikir ... siapa ya DO ini, tentu hebat kerja DO ini... waktu itu la.. Langsung tak terfikirkan yang satu hari nanti saya akan menjadi seorang DO.. Memang takut sungguh nak jumpa DO.. Kerani Besar waktu itupun hebat tak sangka dah... semua orang 'respect'.. Kerani-kerani pun tak berani nak bantah cakap Kerani Besar... Apatah lagi kalau dengan ADO dan DO... La ni cubalah tengok macam mana agaknya perhubungan itu berlaku... DO pun orang buat kawan biasa sahaja... Dengan ADO, ada setengah staf cakap hang aku sahaja bahasanya begitu....
Satu hal yang saya tengok sekarang ini ialah setiap jabatan banyak jawatan-jawatan kenaikan pangkat yang pelbagai gred diujudkan. Satu segi ia adalah bagus untuk kerjaya penjawat awam tetapi seeloknya pegawai yang menduduki gred yang lebih tinggi kenalah ada juga kepimpinan dalam organisasinya. Kadang-kadang seorang penjawat awam dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi, tapi ia masih macam duduk digred lama, tak ada apa-apa perubahanpun dalam kerjanya dan kepimpinannya.. Sampaikan nak tegor anggota bawahannya pun tak berani nak buat.. semuanya kena bagi ketua no 1 juga yang tegor..
Sebab itu saya ada setengah jabatan tahap disiplinnya agak mengecewakan. Apabila disiplin tiak terkawal, maka akan berlakulah penggunaan sumber manusia yang tidak efisien hingga kita merasakan kita seolah-olah tidak cukup kakitangan. Mana la nak cukup kakitangan kalau yang dok adapun buat kerja halai balai sahaja.. Datang lewat, tuang kerja, balik awal, buat kerja sendiri waktu pejabat, dok kalut kerja politik , bersembang kosong menghabiskan masa, asyik berinternet yang tidak berkaitan dan lain-lain..
Saya tak tahulah macammana keadaan jabatan saya di Pejabat Tanah & Daerah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu.. Saya harap tak dak kut orang-orang macam tu kat opis saya.. kalau ada menjadi tanggungjawab saya untuk tidak membiarkan perkara tersebut berlaku berleluasa dan tindakan disiplin perlu diambil, dan kalu terok sangat sewajarnya diambil tindakan pecat sahaja pegawai seperti ini..
Ok.. saya rasa cukup sahaja catatan saya untuk kali ini.... nanti banyak lagi saya nak tulis hal-hal yang berkaitan segala macam yang boleh ditulis dan dicerita.
Jumpa lagi.... Assalaamualaikum.. WRT
No comments:
Post a Comment